Kenangan Lalu | Perniagaan Internet | Tiada Yang Spesifik
RSS:
Publications
Comments

Profail Syarikat

A) Latarbelakang Syarikat

Syarikat LiveWEBS Network & Technology pada asalnya ialah sebuah syarikat pemilikan tunggal yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 26 Jun 2006 dengan nombor pendaftaran 001554974-A.

Logo rasmi syarikat LiveWEBS Network & Technology.

Ketika penubuhannya, operasi syarikat dijalankan secara separuh masa sahaja memandangkan saya masih bekerja bersama majikan.

Teras utama perniagaan pada masa itu adalah khas dalam bidang IT seperti pembangunan laman web dan perkhidmatan rangkaian komputer. Antara target utama ialah memberi perkhidmatan pembangunan laman web CMS berasaskan sumber terbuka seperti Joomla dan PHP Nuke. Namun matlamat tersebut tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana ia memerlukan komitment dan masa yang tinggi untuk dilaksanakan.

Pada 16 Oktober 2006, saya menubuhkan sebuah lagi syarikat pemilikan tunggal yang diberi nama Internet Business Marketing, nombor pendaftaran SA0038435-W.

Logo rasmi syarikat Internet Business Marketing.

Bersesuaian dengan namanya, objektif utama penubuhan syarikat ini ialah dalam bidang perniagaan Internet memandangkan pada waktu itu masyarakat Malaysia kebanyakannya masih baru dalam bidang ini.

Skop bidang perniagaan Internet yang difokuskan ialah seperti pemasaran Internet, khidmat rundingan dan latihan perniagaan Internet iaitu bengkel dan seminar dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengannya. 

Bermula pada 1 Febuari 2007, saya dengan secara rasminya meletak jawatan dari majikan dan menjalankan perniagaan Internet secara sepenuh masa. Di sinilah ‘turning-point’ saya bermula…

Objektif dan rancangan perniagaan sepenuh masa saya ialah menjalankan perniagaan Internet. Beberapa jenama produk telah mula dijual di Internet.

Hasilnya produk berjaya dijual menggunakan 99.9% teknik pemasaran Internet sehinggakan ramai yang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk menjual produk di Internet? Ini kerana pada masa itu rata-rata masyarakat Malaysia masih ragu-ragu dengan pembelian secara online, tetapi saya boleh membuat jualan lumayan melalui Internet.

Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan dan permintaan, akhirnya saya menawarkan kursus praktikal yang dikenali sebagai BengkelWebsite.com.

Pada bulan Mac 2008, Jom Training Center  (JTC) telah dibina di bawah jenama produk milik Internet Business Marketing. Ia juga selaras dengan tujuan syarikat untuk menyediakan kemudahan-kemudahan training di bawah kelolaan Internet Business Marketing.

Logo rasmi JomTraining Center.

Namun akhirnya, JTC bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada Internet Business Marketing, malah banyak latihan-latihan daripada organisasi luar telah dijalankan di JTC hingga ke hari ini.

Pada Januari 2010, penambahbaikan operasi dan imej syarikat ditingkatkan dengan menaik taraf status pemilikan tunggal kepada syarikat Sendirian Berhad.

Oleh yang demikian, pada 30 November 2009 LiveWEBS Network & Technology telah pun diperbadankan menjadi LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.  (LNTSB)

Sijil Pendaftaran Syarikat di Perbadankan.

Rangkaian jenama produk-produk di bawah syarikat LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd. iaitu:

  1. Jom Training Center (JTC)
  2. EzGuard
  3. Kursus PHP & MySQL
  4. Kursus Web Joomla! 1.5
  5. Bengkel Perniagaan Internet Secara Praktikal

 

INFO SYARIKAT

B) Nama Syarikat:

LIVEWEBS NETWORK & TECHNOLOGY SDN. BHD.

No. pendaftaran: 880913-T

Tarikh diperbadankan: 30 November 2009.

 C) Pengarah-Pengarah:

  1. Mohamad Zaki b. Mohamad Yusof
  2. Faridah bt. Ab. Rahman

D) Modal Syarikat:

  • Modal Berbayar: RM100,000.00
  • Modal Dibenarkan: RM100,000.00

E) Setiausaha Syarikat:

MCR Management Services Sdn. Bhd.
Lot 4365, Tingkat 4, The Mall, 100 Jalan Putra
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
50350, Malaysia.
Tel: 03-4043 8208 | Fak: 03-4043 8211

F) Akaun Syarikat:

Bank: Maybank.
Nombor akaun:  562777207375
Nama akaun: LIVEWEBS NETWORK & TECHNOLOGY SDN. BHD.
Cawangan: Puchong Prima, Puchong, Selangor.

G) Alamat Pejabat Urusan & Pusat Latihan JTC2:

Papan iklan sebenar di Pejabat Urusan.

47-1 , Jalan OP 1/2,
1 Puchong Business Park,
47160 Puchong, Selangor, MALAYSIA.
TeleFax: (+6) 03 8075 0392
H/P: (+6) 019 2626 101  | (+6) 016  2636 101
Waktu Pejabat: ( Isnin – Jumaat: 9am – 5.30pm )

Peta lokasi: << Klik di sini >> | Google Maps: << Klik di sini>>

Gambar sebenar pejabat urusan: << Klik di sini >>

H) Alamat Pusat Latihan JTC1:

Jom Training Center 1
Wisma DPI-INVERGOLD,
34-4, Jalan 3/146, Metro Business Center,
Bandar Tasik Selatan,
57000, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
www.JomTraining.com

Peta lokasi: << Klik di sini >>

Gambar sebenar JTC2: << Klik di sini >>

I) Foto Album Aktiviti Perniagaan Syarikat

<< Klik di sini >>

J) Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Sijil MOF 

Nombor akuan Pendaftaran MOF: 357-02153388

Kod bidang:

020201 – Mesin-mesin Pejabat
210104 – Software Product And Services
210105 – Other Computer Related Services
220109 – Perkakas/Sistem Elektrik
220204 – Penyediaan Pameran / Pentas
220502 – Tenaga Pengajar
220503 – Data Entry/Perisian
221501 – Media Elektronik (Tidak Termasuk Kerja Percetakan)
221504 – Mereka Cipta, Reka Bentuk Grafik, Animasi Dan Senihalus