10- Video Panduan

Lihat Album Foto Saya!

Saya nak kongsikan kepada anda…

Anda boleh melihat banyak koleksi gambar dari album foto JTC, Bengkel Website, EzGuard dan banyak lagi di blog ini. Ada ribuan foto sebenarnya!

Koleksi foto-foto (yang dirasakan penting) ini saya kumpul dan simpan sejak saya memulakan perniagaan Internet saya secara sepenuh masa iaitu mulai 1 Feb 2007 (tetapi bukanlah kesemuanya..).  Asalnya foto-foto ini hanya disimpan di dalam komputer saya sebagai rujukan dan kenang-kenangan sahaja.

Oleh kerana menyimpan koleksi foto-foto di komputer ada risikonya seperti pc rosak dan sebagainya, maka saya juga meletakkan foto-foto ini di dalam album foto online yang boleh saya akses dimana-mana melalui Internet. Jika gambar hilang pun tak jadi masalah… sebab saya boleh dapatkan semula di album foto Internet ni.

Untuk melihatnya, klik di sini.

Tahukah anda? Saya menggunakan software percuma yang dinamakan Coppermine Photo Gallery untuk membuat album foto online ini. Walaupun percuma tapi ianya canggih dan memudahkan saya untuk melihat atau mendapatkan album foto ini bila-bila masa dan dimana saja bila diperlukan.

Anda ingin mencubanya?

Jika anda ingin tahu cara membina album foto online ini, anda boleh lihat video tutorial panduan di bawah ini: (tentu anda masih ingat, saya pernah memberikan video tutorial panduan ini kepada anda satu masa dulu..)

Klik di sini video tutorial bina album foto online.

Untuk melihat album foto,  klik di sini. Anda juga boleh memberi komen pada foto-foto di sana.


InnoTech Summit 2009 & Grant.

Semalam 18hb. Nov seharian saya telah hadir ke MSC InnoTech Summit 2009 di Berjaya Times Square Hotel di Bukit Bintang, KL. Banyak manfaat dan info yang  saya perolehi di sana.

Antaranya perkongsian menarik presentation daripada beberapa orang usahawan Malaysia yang telah berjaya. Mereka berkongsi cerita bagaimana daripada mula mereka boleh menjadi usahawan sehingga telah berjaya memasarkan produk-produk mereka hingga ke seluruh dunia (produk mereka adalah dalam kategori ICT). 

Antara produk-produk tersebut ialah seperti http://www.cworks.com.my , http://www.planet-pulse.com , http://socialwalk.com dan banyak lagi…

Ya… jangan disangka produk ICT Made in Malaysia juga boleh menembusi pasaran ke seluruh dunia.

Nak tahu apa itu InnoTech? Saya sertakan video tentang InnoTech di bawah. (temubual bersama Director MDeC berkenaan InnoTech 2009 - temubual sebelum Innotech ini berlangsung…silalah tonton ya.. rugi tak tonton video ni!)

 
MSC Malaysia InnoTech Summit 2009 – The 2.0 Era (02)The most amazing bloopers are here

Terdapat juga beberapa buah booth yang mempamerkan produk-produk  lain ciptaan usahawan-usahawan Malaysia. Antara produk tersebut seperti sistem tracking notebook yang hilang, software social network buatan Malaysia, portal untuk mencari pekerjaan khas dalam bidang IT & security dan banyak lagi.

Sempat juga saya bertanyakan tentang produk mereka dan sememangnya inovasi yang dihasilkan menarik. Contohnya, saya sempat bertanya kepada satu syarikat pembuat social network portal dan katanya software tersebut telah berjaya dijual sebanyak 8,000 (harga minima USD99) unit ke seluruh dunia walaupun baru 1 tahun.

Selain daripada itu, terdapat juga booth daripada pihak bank dan kerajaan yang menyediakan kemudahan pembiayaan dan grant untuk para usahawan.  Antaranya daripada SME Bank, BSN, Ambank, MARA, Cradle dan sebagainya.

Sebenarnya kedatangan saya ke sini hanyalah satu tujuan. Iaitu saya ingin tahu apakah peluang atau platform yang ada yang boleh digunakan untuk mengembangkan bisnes sedia ada saya sekarang?

Namun, disamping itu saya telah memperolehi satu maklumat yang sangat berguna (inilah juga info yang saya cari-cari selama ini..).. Iaitu berkenaan grant yang disediakan. Kebetulan pula kerana sekarang ini saya sedang merancang untuk mengkomersialkan satu idea berkenaan satu produk.

Saya sempat bertanyakan beberapa booth, namun saya rasa Cradle adalah pihak yang sesuai sekali untuk tujuan tersebut.

Sebenarnya, kita rakyat Malaysia ada peluang yang besar untuk mengkomersialkan idea yang ada. Banyak kemudahan yang disediakan. Cuma kita mungkin tak sedar peluang ini.

Jom kita komersialkan idea inovasi kita ke seluruh dunia… Bajet takde tak apa.. Grant ada! Mana tahu…? jika idea inovasi anda diterima, anda boleh mendapat grant berjumlah RM150,000.

Apa itu Grant? Grant = bukan pinjaman. Anda akan diberikan grant tanpa perlu membayarnya semula. Inilah yang seronoknya ya!…

Saya nak maklumkan, InsyaAllah pada 15hb. Disember (Selasa) nanti, pihak Cradle akan mengadakan sesi Informational Talk berkenaan grant yang ditawarkan (masuk PERCUMA!). Saya nak jemput anda sekali datang ke sesi tersebut.

Jom ke sana… saya dah pun daftar. Kalau nak datang anda kena daftar dahulu ya… Daftar sebagai user di laman web mereka di http://www.Cradle.com.my kemudian anda perlu cari maklumat berkenaan Informational Talk tersebut (dalam web tersebut) dan berikan info (emel) kepada pihak mereka untuk anda hadir pada tarikh tersebut.


Video Panduan: Buka Akaun PayPal.

a) Apa itu Paypal?

Paypal ialah satu kemudahan yang boleh kita gunakan secara PERCUMA untuk menerima wang dan menghantar wang secara elektronik. Laman webnya di www.PayPal.com

b) Menerima Wang:

Sekiranya anda mempunyai akaun Paypal, anda boleh menerima wang daripada seseorang dengan 2 cara iaitu samada:

i-  mereka menghantar wang (Send Money) kepada alamat emel anda ATAU

ii- anda meletakkan butang pembayaran di dalam laman web anda (jika anda menjual produk) dan mereka membuat bayaran kepada anda.

Apabila pembayaran berlaku, duit  tersebut akan terus masuk ke dalam akaun PayPal anda.

c) Menghantar Wang atau Membuat Pembelian di Internet:

Sekiranya anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh menghantar wang kepada seseorang melalui alamat emel beliau. Mana-mana alamat emel boleh menerima wang daripada PayPal. hehehe… senang nyo!

Cuma jika penerima tersebut masih belum mempunyai akaun PayPal, maka beliau perlu membuka akaun PayPal tatkala ingin menerima wang tersebut.

Anda juga boleh membuat bayaran menggunakan PayPal sekiranya anda ingin membuat belian daripada mana-mana laman web yang menyediakan kemudahan bayaran PayPal. Bayaran tersebut akan ditolak daripada baki akaun PayPal anda (jika ada).  Sekiranya akaun PayPal anda tiada baki duit @ duit baki tidak mencukupi, maka bayaran akan dicaj pada kad kredit anda. (Dalam kes ini, anda perlu mendaftarkan kad kredit anda di PayPal terlebih dahulu..)

d) Syarat-syarat nak buka akaun PayPal:

1- Sesiapa pun boleh buka (semua rakyat Malaysia hari ni sangat-sangat digalakkan memiliki akaun PayPal)

2- Caj bayaran untuk buka akaun PayPal – PERCUMA jer.

3- Perlu ada kad kredit ker? Untuk membuka akaun Paypal TAK PERLU ada kad kredit. Tetapi jika anda ingin membeli barang dari mana-mana laman web yang ada kemudahan bayaran guna PayPal dan baki dalam akaun PayPal anda tidak mencukupi atau duit dalam akaun Paypal belum ada lagi, maka anda perlu ada kad kredit dan anda perlu mendaftarkan kad kredit anda bagi PayPal membuat caj kepada kad kredit anda nanti.

e) Cara Membuka Akaun PayPal:

Saksikan video ringkas di bawah. Sebenarnya lebih kurang hanya 3 minit sahaja membuka akaun PayPal. Aduh… kacang je yer.. rugi sapa tak buka akaun PayPal ni… hehehe…


 

 

f) Cara Nak Ambil Duit Dari Akaun PayPal Anda:

Duit anda yang ada di dalam akaun PayPal boleh dipindahkan terus ke akaun bank tempatan anda. Tak kiralah akaun individu atau syarikat. Seperti Maybank, Public Bank, RHB Bank, CIMB bank dan lain-lain. Konsepnya sama seperti memindahkan wang ke akaun bank lain. Dan bila-bila masa anda boleh withdraw seperti biasa.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress