01- Personal

Perginya Steve Jobs!

Steve JobsGambar masa sihat.

Steve JobsIni masa dia dah sakit.

Steve Jobs… pengasas komputer Apple telah meninggal dunia hari ini.

Dipetik dari MalaysiaKini.com

Firma gergasi komputer dan teknologi maklumat, Apple mengumumkan bahawa pengasas syarikat itu, Steve Jobs meninggal dunia hari ini.

Beliau berusia 56 tahun.

Dalam satu kenyataan ringkas, Jobs dilaporkan meninggal dunia pagi ini selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama.

Mengulas perkembangan itu, pengasas Microsoft, Bill Gates berkata kematian Jobs akan memberi kesan kepada dunia untuk tempoh yang lama.

Katanya, kematian Jobs hari ini sebagai satu kehilangan yang menyedihkan dan menyifatkan persahabatan antara mereka sebagai penghormatan yang tiada ternilai.

“Steve dan saya kali pertama bertemu hampir 3 lalu dan sehingga itu menjadi sahabat baik, rakan pesaing hampir separuh daripada hidup kami,” katanya dipetik AFP.

“Dunia jarang mempunyai seseorang yang mempunyai kesan yang besar seperti yang dimilik Steve, kesan yang akan dirasai berzaman lamanya,” katanya.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Blog kembali pulih…

Selepas beberapa lama blog saya rosak (tak dapat dikemaskini), alhamdulillah kini kembali pulih semula selepas berjaya diperbetulkan masalahnya.

Agak teknikal juga, melibatkan database, pemindahan fail dan beberapa perkara lain. Apa pun rujukannya ialah Internet. Gunakan pakcik Google..akhirnya dapat solutionnya.

Awalnya dah berputus asa juga tapi memandangkan sayang sangat dengan blog ni… nekad juga cari jalan untuk memperbaikinya. Kini dah beroperasi semula.

InsyaAllah selepas ni bolehlah saya menulis info-info lain di dalam blog ni ya..

Terima kasih yang masih mengingati dan mengunjungi blog saya ni.

Kita jumpa lagi nanti….

Wassalam.

p/s – Lepas ni nak jenguk rumah di Desa Kolej Nilai…. kalau ada sesapa nak mencari rumah sewa di sana.. saya offer. Teres 2 tingkat. Penyewa dah keluar akhir bulan September lepas. Call saya 019-2626 101. Sewa boleh runding.


PHP Meetup 2011

Salam keceriaan sahabatku,

Semalam, Sabtu 19 Feb saya telah menghadiri PHP Meetup 2011 di MIMOS.

Ramai yang datang (80% seat penuh dalam auditorium).

Walaupun saya datang lewat (sebab paginya ada Kelas PHP) tapi sempat mendengar beberapa talk daripada otai-otai PHP.

Talk disampaikan oleh beberapa orang presenter. Ia agak teknikal. Siapa yang tiada asas PHP memang takde idea la apa yang dicakapkan.

Syabas kepada Penganjur & MIMOS (kerana kerjasama yang diberikan untuk Meetup ini). Penganjur meetup ini adalah komuniti PHP.Net.my

Dan apa yang paling saya suka, boleh dikatakan hampir majoriti yang datang dan para pesertanya adalah orang-orang muda belaka.

 Azrad sedang membentangkan Ruby on Rails.

Apa benda la macam nama Kak Ruby lak ni?… Part ni yang saya nak dengar sangat ni.

 

Hymns membentangkan PHPHyppo. Ingatkan macam BlueHyppo…he3.

 

 

Dah habis…

Bangunan MIMOS di Technology Park, Bukit Jalil dimana meetup ini berlangsung.

Antara topik yang dibentangkan:

1. Zend Framework (TerasAmpuh)
2. CakePHP (Bazet)
3. PHPHyppo (hymns)
4. Code Igniter (aizuddinmanap.com)
5. dooPHP – Leng Sheng Hong (darkredz)
- Guest Languages:
6. Django – framework untuk Python (Doubt).
7. Ruby on Rails (Azrad)

P/S – PHP pun ada cake?… he3.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress