01- Personal

Sambutan Hari Raya Korban 2011.

Salam ceria sahabatku,

Rasanya masih tidak terlambat untuk saya ucapkan “SELAMAT HARI RAYA KORBAN“. Macam mana Raya? Ada buat korban ker?

Alhamdulillah pada Ahad lepas (6 Nov) surau di tempat saya iaitu Surau Ar-Raudhah di Apartment Permai Villa, Taman Puchong Permai telah mengadakan sambutan Hari Raya Qurban 1432H @ 2011.  Sebanyak 5 ekor lembu telah disembelih.

Alamak… risau juga macam mana la nak tumbangkan 5 ekor lembu tu nanti. Dengar ustaz kata, kita kena berhati-hati dengan lembu-lembu korban tu supaya semasa dijatuhkan nanti ia tidak mencederakan dan tidak merosakkan anggota badannya.

Maksudnya jangan sampai patah kaki, cedera badan dan sebagainya. Sebab kalau berlaku demikian, binatang korban tersebut dikira tidak sah. Al-maklumlah amanah peserta korban perlu juga dijaga agar korban dapat dilaksanakan dengan penuh sempurna.

 

Inilah antara lembu yang akan dikorbankan.
Tengok dinding tepi tu… saya risau dinding tu boleh mencederakan lembu sebab ia tentu akan meronta-ronta dan melanggar tembok tu nanti.

Tapi Alhamdulillah… Tn. Hj. Ramli (saya panggil ‘otai lembu’) menunjukkan skil menumbangkan lembu.
Beliaulah satu-satunya orang yang arif tentang operasi lembu ni. Cara tumbangkan lembu yang sebenarnya.. mudah dan cepat.
Alhamdulillah lembu tak cedera, langsung tak langgar tembok belakang tu.

Dari pengalaman dengan Tn. Hj. Ramli tempohari, saya dapat tips nak tumbangkan lembu dengan cara mudah, cepat dan selamat (untuk lembu & manusia):

  1. Leher lembu diikat di tiang/pokok ( tali jangan terlalu pendek – panjang tali boleh dilaras supaya tak menjerut lehernya. Lembu yang terjerut boleh mencederakan)
  2. Ikat kaki belakang sebelah kiri dahulu. Sebelah kanan pun boleh (pilih salah satu sahaja samada kiri @ kanan). Pegang @ ikat pada tiang/pokok agar lembu tidak dapat bergerak ganas. Tujuannya untuk senang nak ikat kaki depannya pula nanti.
  3. Ikat kaki depan sebelah kanan (kalau kaki belakang ikat sebelah kiri) – lawan kaki depan & belakang. Tali pengikat kaki kanan tersebut disilangkan arah kiri melalui bawah badan lembu. (boleh pegang terus tali – tak perlu ikat.)
  4. Tarik serentak pada tali pengikat kaki belakang dan tali depan tadi.
  5. Lembu akan terus jatuh.

Kemudian, untuk disembelih pegang kepada lembu dengan kuat ke tanah dan boleh ikat kaki depan dan belakang lembu.

Siap… boleh sembelih.

Tn. Hj. Ramli juga pakar dalam membedah lembu. Kalau tak betul cara boleh rosak (hancur) daging lambu tu… katanya.
Yang ini saya belum belajar lagi… InsyaAllah tahun depan saya nak korek rahsia ni pula…hehehe.

 

Kaum ibu pun sibuk dengan tugas memotong dan menimbang daging.

Sup segar tulang lembu… gearbox power!

Masakan pun dah siap, korban pun dah selesai, kita makan-makan…

Acara makan-makan …

Terima kasih saya ucapkan semua penduduk dan petugas yang terlibat sepanjang acara korban.

InsyaAllah semoga tahun hadapan kita dapat mengadakannya sekali lagi dengan lebih meriah lagi.

Daripada: Zaki Yusof
Pengerusi Surau Ar-Raudhah, Permai Villa,
Taman Puchong Permai, Puchong,
Selangor.


Seminar Analisa Teknikal Pasaran Saham: 27 Okt 2011

Salam sejahtera sahabatku,

Pada hari Khamis lepas iaitu 27 Oktober 2011, sahabat lama saya telah menganjurkan Seminar berkenaan pasaran saham.

Ramai yang hadir hingga penuh bilik latihan. Peserta dari pelbagai tempat termasuk dari seberang Laut China Selatan katanya.

Sahabat saya ni dah lama betul tak jumpa. Seingat saya lepas kami tamat pengajian di UTM dulu, sejak itu masing-masing membawa diri. Adalah dalam berbelas tahun. Akhirnya, semasa melayari fb barulah kami berhubungan dan berutus berita secara maya sahaja.

Hinggalah beliau mengadakan kursus di JTC pada hari Khamis lepas. Dan di situlah kami berjumpa.

Tak sangka… sudah ramai juga sahabat-sahabat lama yang saya temui di JTC.  Terima kasih sahabat-sahabatku di atas hubungan silaturrahim ini.

 Inilah sahabat saya (berdiri), Sdr Maznan Deraman namanya…
sedang membuat persiapan sebelum seminar bermula.

Seminar penuh.. full house! Ramai betul yang berminat dengan saham ya…

Khusyuk mendengar sambil melihat graf saham secara online di PC!

Time makan memang best. Sebab perut dah lapar!

 Relax minda jap…. Asyik training je sebu juga.

Untuk info seminar boleh lawati TetaResources.com


Web Dinamik Vs Web Statik?

Web Dinamik vs StatikTahukah anda apakah perbezaan web dinamik berbanding web statik?

Secara ringkasnya saya boleh terangkan begini…

Web Dinamik?

Sebarang kandungan yang diubah (seperti menu, isi kandungan dan lain-lain) akan menyebabkan perubahan dibahagian-bahagian lain secara otomatik tetapi tidak menjejaskan struktur dan gangguan kepada laman web. Contohnya, satu menu baru dimasukkan, maka sistem tidak akan mengganggu muka laman yang lain.

Contoh Web Dinamik ialah web jenis Content Management System (CMS). Yang popular seperti Joomla dan WordPress. Contoh web dinamik yang lain seperti web jenis Shopping Cart atau Kedai Online.

Kesesuaian – sangat sesuai untuk laman web yang kerap melakukan ubahsuai kandungan. Seperti web berita, forum, menambah produk-produk baru termasuk harga baru dan sebagainya. Web dinamik seperti Joomla juga sangat sesuai untuk laman web berbentuk korporat (untuk syarikat @ organisasi) dan profesional.

 

Web Statik?

Laman web yang tidak memerlukan banyak perubahan  Jika perlu perubahan pun hanya pada isikandunganya sahaja. Sebarang bentuk perubahan tidak akan menyebabkan perubahan pada bahagian-bahagian lain. Untuk perubahan tersebut berlaku, ianya perlu dilakukan secara manual.

Contohnya seperti menambah satu menu baru, maka di bahagian lain tiada penambahan menu berlaku sebaliknya ianya perlu ditambah secara manual.

Kesesuaian web statik ialah sangat sesuai digunakan untuk laman web jualan atau minisite yang tidak memerlukan sebarang perubahan pada isi kandungan. Kalaupun ada perubahan hanya pada sedikit bahagian tertentu sahaja. Perisian yang boleh digunakan untuk membina web jualan ialah seperti Kompozer, Adobe Dreamweaver atau MS Frontpage.

 

Kesimpulan

Dalam menentukan yang manakah kaedah paling sesuai membina laman web maka kita mestilah mengetahui apakah objektif sesebuah laman itu?

Jika objektif sesebuah laman web itu untuk kerap berlaku ubahsuai kandungan seperti berita, forum dan sebagainya termasuk kelihatan korporat dan profesional, maka jenis web yang sesuai ialah CMS. Maka boleh menggunakan Joomla! atau WordPress.

Jika objektif sesebuah laman web itu untuk membuat jualan satu produk secara khusus maka jenis laman web yang sesuai ialah web jualan atau minisite iaitu boleh menggunakan MS Frontpage.

Jika objektif sesebuah laman web itu untuk menjual bermacam-macam produk maka jenis laman web yang sesuai ialah shopping cart atau kedai online iaitu boleh menggunakan Zen Cart, OSCommerce atau OpenCart.

 

#1- Klik untuk belajar Web Dinamik Joomla!

#2- Klik untuk belajar Web Statik Minisite

#3- Klik untuk belajar Web Dinamik Shopping Cart

 

 


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress