Salam ceria sahabatku,
Dah lama saya tak update pasal kursus Joomla! di blog ini. Walau tiada info di sini tapi kursus tetap berjalan seperti biasa.
Baru-baru ni 23 – 24 Feb (Rabu – Khamis) selesailah kursus Joomla! siri yang ke 11.
Sebenarnya ini kali pertama kursus diadakan pada hari bekerja. Disebabkan ada antara peminat Joomla! dan juga kakitangan organisasi yang agak sukar nak datang pada weekend.
Alhamdulillah kursus selesai dan berjalan dengan jayanya.
Di akhir kursus ada spesial gift khas untuk peserta kali ini. Ini memang betul-betul spesial sebab sebelum ini tiada peserta yang dapat. Sifu pun bagi spesial gift juga… beruntung betul.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Jangan lupa kalau ada masalah, kita pergi ke forum bantuan ya…
Dari kiri wanita: Pn. Noralaili (Rawang), Pn. Nurulhuda (MP Sepang), Pn. Aisyah (MP Sepang), Pn. Norsalmah (YADIM).
Dari kiri lelaki: Saya le tu, En. Zainul (Shah Alam), En. Nizar (Ampang), Sifu Yasir, En. Amir Hamzah (Cheras), En. Abdul Alim (IPP Johor, ), En. Farhan (IPP Johor), En. Elias (Hospital Jasin), En. Nazarkhan (PKG Ipoh)
Tiada dalam foto: En. Mohammad Fauzi (Singapura)
Foto-foto lain, klik di sini.
SIRI-SIRI YANG LEPAS YANG TAK SEMPAT SHARE DI SINI:
1) Kursus Joomla! Siri 10, 7 – 8 Feb 2011 untuk kakitangan JKR Pahang: Klik di sini.
2) Kursus Joomla! Siri 9, 22 – 23 Jan 2011: Klik di sini.
3) Kursus Joomla! Siri 8, 18 - 19 Dis 2010: Klik di sini
Kursus Joomla! terdekat. Klik di sini.
atau lawati http://www.KursusWebJoomla.com












