05- Kelas PHP & MySQL

PHP Meetup 2011

Salam keceriaan sahabatku,

Semalam, Sabtu 19 Feb saya telah menghadiri PHP Meetup 2011 di MIMOS.

Ramai yang datang (80% seat penuh dalam auditorium).

Walaupun saya datang lewat (sebab paginya ada Kelas PHP) tapi sempat mendengar beberapa talk daripada otai-otai PHP.

Talk disampaikan oleh beberapa orang presenter. Ia agak teknikal. Siapa yang tiada asas PHP memang takde idea la apa yang dicakapkan.

Syabas kepada Penganjur & MIMOS (kerana kerjasama yang diberikan untuk Meetup ini). Penganjur meetup ini adalah komuniti PHP.Net.my

Dan apa yang paling saya suka, boleh dikatakan hampir majoriti yang datang dan para pesertanya adalah orang-orang muda belaka.

 Azrad sedang membentangkan Ruby on Rails.

Apa benda la macam nama Kak Ruby lak ni?… Part ni yang saya nak dengar sangat ni.

 

Hymns membentangkan PHPHyppo. Ingatkan macam BlueHyppo…he3.

 

 

Dah habis…

Bangunan MIMOS di Technology Park, Bukit Jalil dimana meetup ini berlangsung.

Antara topik yang dibentangkan:

1. Zend Framework (TerasAmpuh)
2. CakePHP (Bazet)
3. PHPHyppo (hymns)
4. Code Igniter (aizuddinmanap.com)
5. dooPHP – Leng Sheng Hong (darkredz)
- Guest Languages:
6. Django – framework untuk Python (Doubt).
7. Ruby on Rails (Azrad)

P/S – PHP pun ada cake?… he3.


Video Kursus PHP & MySQL (4 hari)

Salam sejahtera sahabatku,

Saksikan video ringkas kursus PHP & MySQL yang sempat saya rakam pada 27 – 30 Nov 2010 diadakan di JTC2 baru-baru ni.

Penyertaan terdiri daripada kakitangan syarikat dan individu. 

Dari kiri: saya la tu, Yuseri (Bhg. Teknologi Pendidikan, Kelantan), Hamdan (Terengganu), Ariff (Bhg. Teknologi Pendidikan, Kelantan), Sifu, Sadish Babu (S.Alam), Zulkarnaini (Sentul), Suhana (Lembaga Pelabuhan Klang), Hafilah (Lembaga Pelabuhan Klang).

Yang menariknya, mereka juga dapat membangunkan sistem secara live di Internet. 

Jadi selepas kursus peserta akan merasai sendiri bagaimana untuk meletakkan sistem yang telah siap di Internet.

Takkanlah sistem yang siap hanya kat pc kita jer kan? Bukanlah sistem namanya tu. Sebab ia perlu diakses kepada pengguna lain juga. Cara paling mudah… melalui Internet la ya.

Ada sesetengah system develepor tidak tahu perkara ini. Mereka cuma tahu buat sistem sahaja. Masalah juga tu. Kalau nak upah orang buat tentu mahal cajnya. Walhal.. kalau boleh buat sendiri kan bagus?

Tapi kursus di sini akan mengajarkan teknik ini. Ditempat lain mungkin tiada! Inilah kelebihannya belajar kat JTC. :-)

Balik ofis boleh tunjuk bos. Bos ini sistem yang saya dah buat. Sistem LIVE… bos boleh tengok! Tentu bos suka. Bagus! bagus!…bos kata. (berbaloi aku hantar kau training… bos kata dalam hati)

InsyaAllah, kursus seperti ini akan diadakan lagi pada bulan Disember ini.

Memandangkan ramai yang ada kelapangan masa untuk cuti sempena cuti sekolah ni. Tarikh kursus terdekat pada 25 – 28 Disember ini (4 hari – Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa). Tempatnya di JTC2, 1 Puchong Business Park, Puchong.

Hotel penginapan di sini pun dekat jer… dan kalau nak hotel berdekatan lain pun banyak pilihan. Saya boleh rekemenkan mana yang sesuai. Macam peserta lepas mereka hanya menginap di hotel berdekatan sini jer. Jalan kaki beberapa minit dah sampai JTC.

Lepas tarikh ni, tak tahu bila? Mungkin lambat lagi la kot. Bergantung kepada permintaan.

Untuk sertainya dan nak dapatkan tajaan co. saya cadangkan bolehlah buat permohonan dari sekarang.

Anda boleh dapatkan semua maklumat kursus dan brosur kursus di laman web www.KelasPHP.com . Dah dapat maklumatnya hantarkanlah permohonan tersebut kepada ketua Jabatan atau bos anda. Kalau ada apa-apa keperluan lain, maklumkan je kepada saya. InsyaAllah saya sedia membantu.

Kalau nak terus bayar pun boleh. Cara bayaran dan penyertaan, silalah klik di sini.

Tempat terhad dan yurannya pula paling murah dipasaran! Tak caya?… tanyalah Mr. Sadish Babu… Minta izin Mr. Sadish Babu… gunakan nama you.. hehehe..

Foto-foto lain serta testimoni peserta ada di sini. Anda lihatlah komen-komen mereka tentang kursus ini.

1 Comment more...

Catatan Kelas PHP & MySQL Siri #6

Salam ceria sahabatku,

Maaf… agak lewat saya mengemaskinikan acara ini. Lantaran terlalu sibuk dengan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.

Pada 29 Mei – 1 Jun 2010 minggu yang lalu, selesailah diadakan kursus PHP & MySQL anjuran JomTraining Siri #6.

Peserta kali ini datangnya dari UiTM, Kolej RISDA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan individu.

Terima kasih kepada anda semua yang datang. Tentunya selepas kursus ini banyak yang dipelajari dan boleh diaplikasikan. Jangan lupa ya… jika ada masalah hubungilah saya atau Pak Cu ya…

Jom kita buat satu sistem contoh…

Ashikin seorang pelajar bidang Sains Komputer dari Kelantan. Meminati PHP & MySQL. Lantaran projek diploma beliau pun katanya ingin menggunakan PHP & MySQL. Saya kagum dengan semangat dan sokongan keluarga beliau. Keluarga beliau sendiri (ibu & ayah) datang dari Kelantan ke JTC menghantar beliau ke sini. Untung Ashikin dapat ayah & ibu yang ambil berat…

Mazliana yang sentiasa cool ajer..

Saifulnizam dan Hasani yang tersenyum … kelas php ni kena banyakkan senyum baru cepat masuk.. hahaha

Salah satu modul sistem yang dibangunkan.

Ingat tak nama diagram ni? Inilah flowchart namanya. Sebelum membina satu-satu sistem eloklah buat flowchart seperti ini supaya mudah nak nampak aturan sistem.

4 hari dah tamat. Syabas dah sukses. Penyampaian Sijil…

Hasani dari SSM.

Saifulnizam dari UiTM

Ashikin dari Kelantan.

Mazliana dari Kolej RISDA.

Info Kursus PHP & MySQL, klik di sini.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress