05- Kelas PHP & MySQL

Program Finishing School Poli Nilai

Salam sejahtera sahabatku,

Ini kali kedua JTC mengendalikan program finishing school untuk Politeknik Nilai. Kali pertama diadakan pada Julai lalu di JTC 2, Puchong. Program kali pertama dulu telah berjaya dilaksanakan dan lanjutan daripada itu, program kedua telah diadakan lagi.

Bezanya kali ini ia diadakan di kampus baru Politeknik Nilai iaitu di Nilai (berhadapan dengan Felda LB Johnson). Kampus baru yang terletak dalam kawasan kompleks pendidikan N.S. yang luas.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu program Finishing School? Program ini ialah program yang dianjurkan oleh pihak Politeknik khas untuk pelajar tahun akhir bagi mendapatkan ilmu secara praktikal ‘value-added knowledge’ bagi membantu mereka sebelum memasuki alam pekerjaan.

Untuk program ini, ianya khas untuk pelajar tahun akhir Diploma Pengajian Perniagaan (e-Commerce).

Sebanyak 4 kursus yang dianjurkan dalam program ini iaitu:

  1. Kursus Web e-Commerce / Shopping Cart
  2. Kursus PHP & MySQL
  3. Kursus Pembangunan Web Profesional Joomla! 1.5
  4. Kursus Search Engine Optimization (SEO)

 

Kursus-kursus yang diadakan di atas memang sangat bersesuian dengan jurusan mereka. Tambahan pula semua kursus di atas adalah secara praktikal. Mudah-mudahan ia dapat membantu keboleh pasaran dalam peluang pekerjaan mereka nanti. InsyaAllah.

Program ini telah bermula pada 24 Nov lepas dan InsyaAllah akan tamat pada 5 Disember nanti (10 hari).

 Kemudahan terlengkap di kampus baru.

Hari pertama bersama pelajar.

Diadakan di makmal baru.

Kursus pertama telah selesai… masing-masing suka hati…

Kursus ke-2 PHP &  MySQL…

Beruntung mereka semua dapat menyertai program ini. Apa tidaknya semua ditanggung oleh pihak Poli termasuklah makan dan minum sepanjang program. Datang kursus belajar sahaja…

1 Comment more...

Kursus PHP & MySQL: Isnin – Khamis (31Okt – 3 Nov) ini…

Salam ceria sahabatku,

Dah lama  saya tak adakan kursus ini sejak Julai lepas.

InsyaAllah pada 31 Okt – 3 Nov – atau Isnin depan ni saya akan adakan kursus PHP & MySQL.

Kursus ini akan bermula pada Isnin dan tamat hari Khamis. Iaitu 4 hari berturut-turut.

Tahukah anda…? banyak jabatan kerajaan bahkan organisasi swasta memilih PHP & MySQL untuk membangunkan sistem-sistem dalaman mereka. Ini kerana ianya adalah percuma tetapi berkualiti.

Saya juga ada menjalankan beberapa projek dengan jabatan kerajaan menggunakan PHP & MySQL.

Salah satunya ialah sistem e-LATIHAN untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Lihat di sini => SISTEM E-LATIHAN JPA

Tahukah anda sistem di atas saya caj RM5 angka … Ada lagi beberapa sistem lain yang saya bangunkan dan caj beberapa angka. Rasanya tak perlulah saya nyatakan di sini.

Sekiranya anda  berminat untuk membina sebuah sistem dan dapat menjadikan pembangunan sistem sebagai satu kemahiran yang lumayan, saya syorkan anda boleh mempelajari PHP & MySQL.

Untuk itu, anda berpeluang belajar PHP & MySQL dengan yuran paling murah tetapi berkualiti di www.KelasPHP.com

Jika di tempat lain yurannya memang tinggi tetapi di sini ianya rendah daripada yuran pasaran.

Ingat ya … kursus akan bermula Isnin 31 Okt ini… beberapa hari jer lagi. Sempat lagi untuk buat persiapan. InsyaAllah.

Kali terakhir kursus ialah pada bulan Julai lepas. Foto-foto kursus lepas.

Siapa kata PHP & MySQL susah… “saya pun bole…”

“Tak susah sebenarnya… kalau dah tahu dan minat apa pun boleh buat”

“Pelaburan Ilmu Takkan Rugi Sampai Bila-Bila…”

Daftar sekarang di www.KelasPHP.com


Laporan Kursus PHP & MySQL

Salam ceria sahabatku,

Minggu lepas, 19 – 22 Feb 2011 selama 4 hari Kursus PHP & MySQL telah berjaya dilaksanakan. 2 orang peserta paling jauh terbang dari Sabah. Gambar kenang-kenangan bersama peserta.

Wanita dari kiri: Cik Norhazelidal (Majlis Perbandaran Alor Gajah), Cik Noriza (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR), Cik Norhanidah (Majlis Perbandaran Subang Jaya), Cik Noraini (Majlis Perbandaran Subang Jaya), Cik Nik Mazni (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR), Cik Noorhayati (Majlis Perbandaran Alor Gajah), Kapt. Sakeenah (TUDM Kuching).

Lelaki dari kiri: Saya, En. Ikhsan (bekas peserta bengkel website & Joomla!), En. Azrul Izwan (Majlis Perbandaran Alor Gajah), Sifu Pak Cu, En. Mohd Redzuan (PERHEBAT), En Azami (Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Kementerian Pelancongan Negeri Sabah), En. Ab Ghaffar (Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Kementerian Pelancongan Negeri Sabah), Cikgu Mokthar Jaafar (Sek Men Keb Zainab 1, KB, Kelantan), En. Mohd Hamizi (Seri Kembangan).

Di akhir kursus, setiap peserta dapat spesial gift. Suprise!

Manakala sebelum itu pada 25 – 28 Disember 2010, kursus PHP & MySQL juga telah diadakan. Gambar kenang-kenangan bersama peserta.

Dari kiri: Saya, En. Mohd Azmi (Lembaga Pelabuhan Klang), Sifu Pak Cu, En. Murali (Lembaga Pelabuhan Klang), En. Nor Azman (CIMB), Cik Suryati (bekas peserta Bengkel Website dan anak murid praktikal dulu..), Nooriyanty (Kolej Binary).

Maaf kalau tersilap nama di atas. Kalau ada yang silap harap bagi tahu lah ya.

InsyaAllah kursus ini akan diadakan lagi pada bulan April nanti. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau

http://www.KelasPHP.com

Perbezaan utama kursus di sini ialah yuran termurah, kualiti diutamakan, kemudahan dan prasarana kursus secara profesional. Jika anda datang pasti puas hati. InsyaAllah. – itu antara kata-kata bekas peserta.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress