02- JomTraining

Seminar Analisa Teknikal Pasaran Saham: 27 Okt 2011

Salam sejahtera sahabatku,

Pada hari Khamis lepas iaitu 27 Oktober 2011, sahabat lama saya telah menganjurkan Seminar berkenaan pasaran saham.

Ramai yang hadir hingga penuh bilik latihan. Peserta dari pelbagai tempat termasuk dari seberang Laut China Selatan katanya.

Sahabat saya ni dah lama betul tak jumpa. Seingat saya lepas kami tamat pengajian di UTM dulu, sejak itu masing-masing membawa diri. Adalah dalam berbelas tahun. Akhirnya, semasa melayari fb barulah kami berhubungan dan berutus berita secara maya sahaja.

Hinggalah beliau mengadakan kursus di JTC pada hari Khamis lepas. Dan di situlah kami berjumpa.

Tak sangka… sudah ramai juga sahabat-sahabat lama yang saya temui di JTC.  Terima kasih sahabat-sahabatku di atas hubungan silaturrahim ini.

 Inilah sahabat saya (berdiri), Sdr Maznan Deraman namanya…
sedang membuat persiapan sebelum seminar bermula.

Seminar penuh.. full house! Ramai betul yang berminat dengan saham ya…

Khusyuk mendengar sambil melihat graf saham secara online di PC!

Time makan memang best. Sebab perut dah lapar!

 Relax minda jap…. Asyik training je sebu juga.

Untuk info seminar boleh lawati TetaResources.com


Kursus PHP & MySQL: Isnin – Khamis (31Okt – 3 Nov) ini…

Salam ceria sahabatku,

Dah lama  saya tak adakan kursus ini sejak Julai lepas.

InsyaAllah pada 31 Okt – 3 Nov – atau Isnin depan ni saya akan adakan kursus PHP & MySQL.

Kursus ini akan bermula pada Isnin dan tamat hari Khamis. Iaitu 4 hari berturut-turut.

Tahukah anda…? banyak jabatan kerajaan bahkan organisasi swasta memilih PHP & MySQL untuk membangunkan sistem-sistem dalaman mereka. Ini kerana ianya adalah percuma tetapi berkualiti.

Saya juga ada menjalankan beberapa projek dengan jabatan kerajaan menggunakan PHP & MySQL.

Salah satunya ialah sistem e-LATIHAN untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Lihat di sini => SISTEM E-LATIHAN JPA

Tahukah anda sistem di atas saya caj RM5 angka … Ada lagi beberapa sistem lain yang saya bangunkan dan caj beberapa angka. Rasanya tak perlulah saya nyatakan di sini.

Sekiranya anda  berminat untuk membina sebuah sistem dan dapat menjadikan pembangunan sistem sebagai satu kemahiran yang lumayan, saya syorkan anda boleh mempelajari PHP & MySQL.

Untuk itu, anda berpeluang belajar PHP & MySQL dengan yuran paling murah tetapi berkualiti di www.KelasPHP.com

Jika di tempat lain yurannya memang tinggi tetapi di sini ianya rendah daripada yuran pasaran.

Ingat ya … kursus akan bermula Isnin 31 Okt ini… beberapa hari jer lagi. Sempat lagi untuk buat persiapan. InsyaAllah.

Kali terakhir kursus ialah pada bulan Julai lepas. Foto-foto kursus lepas.

Siapa kata PHP & MySQL susah… “saya pun bole…”

“Tak susah sebenarnya… kalau dah tahu dan minat apa pun boleh buat”

“Pelaburan Ilmu Takkan Rugi Sampai Bila-Bila…”

Daftar sekarang di www.KelasPHP.com


Bengkel Website 22 – 23 Okt. 2011

Salam ceria sahabatku,

Sudah agak lama saya tidak mengendalikan bengkel website. Kali terkahir ialah pada bulan Julai (sebelum puasa). Selepas itu saya agak sibuk dengan beberapa perkara dan tak sempat untuk mengadakannya.

Namun pada 22 – 23 Okt (Sabtu – Ahad) lepas bertempat di JTC 2, saya berpeluang bersama beberapa orang untuk mengadakannya. Saya kongsikan beberapa foto yang sempat dirakam.

Pn. Sheila (perunding imej) sedang memperkenalkan diri. Di sebelahnya En. Azman (usahawan Hi Got)

Pn Nani dan Pn Wati (jiran dekat di Puchong). Kedua-duanya saling berbincang dalam kelas.
Pn. Wati walaupun pesara tapi masih tetap ‘maintain’…. Ramai yang tak percaya!

Tuan Che Mat dari Kelantan (tokey tokek) dan Firdaus. Walaupun pendiam tapi Tuan Firdaus cekap… diam-diam berisi.

Tuan Faizal & Tuan Ramli. Kedua-duanya dari JB. Tapi jumpa di JTC. Saiz M jangan lupa….

Cikgu Aziah dari Teluk Intan dan Pn Ayun dari Gombak.

Cik Ila (yang datang dengan dorongan makciknya).

En. Saiday (dari Terengganu) minat nak belajar Joomla! pula selepas ni…

Gambar beramai-ramai. Senyum-senyum…

Terima kasih kepada semua yang datang. Ilmu yang diajar jangan lupa untuk diamal. InsyaAllah… bermula dengan sedikit lama-lama jadi bukit.

http://www.BengkelWebsite.com


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress