02- JomTraining

Bengkel Pemasaran Facebook

Salam sejahtera sahabatku,

Pada Sabtu – Ahad lepas (12 – 13 Nov) sahabat saya Faisal Abdullah telah mengadakan seminar intensif mengenai pemasaran facebook.

Ramai yang hadir. 22 orang peserta. Setahu saya ini adalah kesinambungan daripada seminar yang beliau adakan sebelum ini dimana lebih 100 orang peserta hadir.

Memandangkan ini adalah kursus secara intensif dan praktikal dengan terhad jumlah penyertaannya, jadi beliau telah memilih JTC.

Sebelum ini juga beliau telah beberapa kali menjalankan kursus sebegini di JTC.

Saya kongsikan beberapa foto yang sempat diambil.

Hari ke-2, kursus diadakan di JTC 2.

 

Hari pertama, kursus di JTC 1.

Apa kata beliau mengenai JTC? Baca di bawah…


Streamyx Oh Streamyx!

Salam sejahtera sahabatku,

Terasa kecewa sangat kerana bengkel shopping cart yang sepatutnya diadakan pada Ahad semalam (13 Nov) terpaksa dibatalkan kerana masalah streamyx.

Bukan masalah streamyx untuk bengkel shopping cart, tetapi untuk Bengkel Intensif Facebook yang diadakan selama 2 hari bertempat di JTC 1, Bandar Tasik Selatan yang dianjurkan oleh sahabat saya Sdr. Faisal Abdullah.

Untuk rekod, Sdr. Faisal telah beberapa kali mengadakan kursus pemasaran Facebook secara praktikal di JTC dan semuanya berjalan baik sebelum ini.

Setelah bertungkus lumus dan menunggu masalah streamyx yang tidak pulih-pulih, akhirnya pada hari kedua saya terpaksa membuat keputusan untuk memindahkan bengkel Facebook ke JTC 2 di Puchong. Alhamdulillah Sdr. Faisal dan para peserta memahami dan boleh menerima keadaan ini.

Bermakna bengkel shopping cart saya terpaksa ditangguhkan.

Streamyx Oh Streamyx!!!… walaupun pihak technician TM sebelum ini sudah memberi jaminan semua dah okay… termasuk telah menggantikan modem yang baru, saya juga telah menguji cuba beberapa hari sebelum hari kursus tersebut namun masalah sama masih juga timbul lagi. Dan yang hairannya dalam modem baru yang diganti ada ‘restriction’ akses wireless untuk 16 pc sahaja! Tak masuk akal betui la…

Streamyx Oh Streamyx!!!… kenapalah kau selalu menyusahkan. Bukan sekali daa…

Adakah ini strategi untuk bertukar kepada UniFi?

Oleh yang demikian saya ingin memaklumkan jika anda ingin menggunakan kemudahan Internet untuk kursus @ seminar, buat masa ini saya mencadangkan untuk anda guna JTC 2, Puchong. Sehingga menantikan JTC 1 digantikan dengan UniFi.

InsyaAllah dalam minggu ini saya akan uruskan perkara tersebut.

Dan untuk BengkelShoppingCart.com yang tertangguh, InsyaAllah saya akan adakan pada 19 Nov 2011 (Sabtu) ini sebagai gantinya.

Kepada yang berminat untuk sertai, sila daftar di sini. Penyertaan masih dibuka.


Laporan Kursus Joomla! 1.5

Salam sejahtera sahabatku,

Pada 9-10 Nov (Rabu-Khamis) lepas selesailah sudah saya mengendalikan kursus Pembangunan Web Profesional Joomla! 1.5 di JTC 2.

Seramai 13 orang peserta telah hadir terdiri daripada kakitangan organisasi dan individu. Saya sangat teruja untuk menyampaikan kursus ini kerana sebelum ini kursus Joomla! dikendalikan oleh sahabat saya iaitu Sdr. Yasir Arafat. Tapi kali ini saya sendiri akan mengendalikan kursus ini sepenuhnya.

Macam biasalah… persediaan awal pun dilakukan. Maklumlah dah lama juga tiada kursus Joomla! kerana asyik tertangguh jer. Seingat saya sejak sebelum puasa tempohari. So… persiapan terakhir pun berjalan lancar.

Cuma entah macam mana, printer untuk mencetak CD pula tiba-tiba rosak. Langsung tak boleh mencetak ‘cover CD’. Alamak… nak baiki memang ambil masa betul ni… akhirnya tak sempatlah saya nak cetak ‘cover CD’ tersebut. So saya akan poskan kemudianlah CD tersebut. Namun, para peserta pula tak kisah sangat perkara tu… yang penting katanya kandungan CD. Jadi… mereka masing-masing telah mengambil CD tersebut. Saya minta maaflah yer…. sebab ada ‘kureng’ sikit. Tapi semalam saya sudah beli printer yang baru… yahoo!

Saya kongsikan beberapa foto yang sempat diambil.

Para peserta sedang kusyuk ‘bermain’ Joomla!

Saya sedang menunjukkan penggunaan File Manager – untuk memasang Joomla! di Internet
Inilah kelebihan kursus yang saya anjurkan. Anda akan ditunjukkan sepertimana apa yang diperlukan di organisasi anda. Bukan sekadar kursus Joomla! yang biasa sahaja!

Kiri depan: Sdr. Akmal dari Grand Wellness Network (Kuantan) & Sdr. Feroz dari MAHSA College
(datang kursus atas tajaan syarikat)

Dari kiri: Cikgu Halim dari Mersing & Sdr. Saiday dari Terengganu.
Kedua-duanya datang atas tajaan sendiri. Jauh mereka berdua ni datang untuk mencari ilmu.

Sdr. Azam & Sd. Razak. Kedua-duanya daripada JKR Perak.
Otai JKR yang pakar dalam kejuruteraan akan berjinak-jinak pula dengan Joomla! selepas ni.

Sdri Ezzah masih menuntut di sebuah IPT. Sebelahnya Sdr. Iqbal dari Grand Wellness (Kuantan)
Orang muda, tenaga muda, minda muda… memang mudah dan cepat faham mereka berdua ni.

Sdr. Nasir dari Rawang. Datang atas tajaan sendiri.
Duduk keseorangan jer sebab bawa notebook sendiri. Sape la partner yang bawa notebook tu ya?… :-)
Tiba-tiba hilang pula partner tu…

Selepas ni beliau nak belajar Shopping Cart pula katanya.

Dari kanan: Sdr. Anuar Kasa – dari UKM, Bangi. Juga merupakan seorang pensyarah di UKM.
Beliau telah beberapa kali menghadiri kursus-kursus di JTC kendalian saya seperti Bengkel Website, Bengkel Shopping Cart.
Kali ini beliau datang untuk Kursus Joomla! pula bersama staffnya yang di belakang tu…

Di kirinya Sdr. Hafizi dari Geodata Services Resources. Dah pernah buat Joomla! dengan mencuba sendiri tapi datang untuk mempelajari Joomla dengan cara yang betul. Puas hati katanya…

Pn. Norinah dari UKM. Datang kursus atas arahan bosnya En. Anuar Kasa.
Di sebelahnya Tn. Hj. Raimi dari Brunei. Namun Tn. Hj. terpaksa menarik diri pada hari pertama
kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan.

Gambar kenang-kenangan. Semoga anda semua berpuashati berkursus di sini.

Untuk melihat testimoni semua peserta klik di sini.

Kursus Joomla akan datang ialah 7-8 Dis 2011 (Rabu – Khamis). Lanjut www.KursusWebJoomla.com


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress