08- EZGuard

Lihat Album Foto Saya!

Saya nak kongsikan kepada anda…

Anda boleh melihat banyak koleksi gambar dari album foto JTC, Bengkel Website, EzGuard dan banyak lagi di blog ini. Ada ribuan foto sebenarnya!

Koleksi foto-foto (yang dirasakan penting) ini saya kumpul dan simpan sejak saya memulakan perniagaan Internet saya secara sepenuh masa iaitu mulai 1 Feb 2007 (tetapi bukanlah kesemuanya..).  Asalnya foto-foto ini hanya disimpan di dalam komputer saya sebagai rujukan dan kenang-kenangan sahaja.

Oleh kerana menyimpan koleksi foto-foto di komputer ada risikonya seperti pc rosak dan sebagainya, maka saya juga meletakkan foto-foto ini di dalam album foto online yang boleh saya akses dimana-mana melalui Internet. Jika gambar hilang pun tak jadi masalah… sebab saya boleh dapatkan semula di album foto Internet ni.

Untuk melihatnya, klik di sini.

Tahukah anda? Saya menggunakan software percuma yang dinamakan Coppermine Photo Gallery untuk membuat album foto online ini. Walaupun percuma tapi ianya canggih dan memudahkan saya untuk melihat atau mendapatkan album foto ini bila-bila masa dan dimana saja bila diperlukan.

Anda ingin mencubanya?

Jika anda ingin tahu cara membina album foto online ini, anda boleh lihat video tutorial panduan di bawah ini: (tentu anda masih ingat, saya pernah memberikan video tutorial panduan ini kepada anda satu masa dulu..)

Klik di sini video tutorial bina album foto online.

Untuk melihat album foto,  klik di sini. Anda juga boleh memberi komen pada foto-foto di sana.


PTN Terbaru Negeri Sembilan

Pada 9 Disember (Rabu) lalu, EzGuard telah mempunyai PTN terbaru untuk Negeri Sembilan. PTN tersebut adalah dari syarikat Ultrabest Security Services Sdn. Bhd. Syarikat ini beribupejabat di Wangsa Maju, K. Lumpur.

UltraBestSecurity

Saya telah menemui En. Azezul iaitu Director syarikat ini semasa pelantikan dan penyerahan EzGuard di pejabatnya. Beliau sangat mesra dan ramah. Masih muda lagi, tetapi mempunyai wawasan yang jauh dalam perniagaan syarikatnya. Walaupun baru pertama kali bertemu tempohari tetapi seperti sudah kenal lama.

Syarikat  Ultrabest SSSB diasaskan oleh ayahnya sendiri iaitu Mejar Jeneral Dato Oseman Bin Chik (B), merupakan bekas seorang pegawai tertinggi ATM. Jawatan terakhir beliau ialah Panglima Logistik Tentera Darat Malaysia.

Sepanjang kami berbual tentang perniagaan, dapat disimpulkan syarikatnya semakin berkembang maju sekarang ini. Walaupun syarikat ini baru ditubuhkan pada bulan Mac 2009, tetapi projek-projek kawalan keselamatan syarikat telah diperolehi di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Dengan reputasi yang besar dalam bidang ketenteraan dan keselamatan, misi syarikat ini memang hebat. Ini termasuklah dalam mengaplikasikan penggunaan EzGuard dalam perkhidmatan kawalan keselamatan untuk syarikat mereka dan pelanggan (seperti yang diceritakan oleh beliau kepada saya).

Pada awalnya, beliau merancang untuk menjadi PTN Selangor/KL. Namun kerana kesibukan dengan tugas, beliau terlepas peluang menjadi PTN Selangor/KL kerana kuota telah penuh. Namun demikian, oleh kerana rangkaian perniagaan beliau yang berada di seluruh Malaysia, maka beliau telah memilih Negeri Sembilan untuk PTN Negeri.

Sekiranya anda yang berada di Negeri Sembilan atau yang berdekatan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang EzGuard, alamat beliau di Negeri Sembilan ialah:

ULTRABEST SECURITY SERVICES SDN BHD
165 Jalan Meranti 1,

Taman Bukit Chedang,

70300 Seremban,

Negeri Sembilan.

03-4142 3244 (Pejabat)

012-312 2586 (Azezul)

Silalah hubungi beliau terlebih dahulu untuk temujanji.

Anda boleh melihat profile syarikat Ultrabest Security Services Sdn. Bhd. di laman web ini. www.UltraBestSS.com


Solid Force Security Sdn. Bhd.

Saya menerima berita daripada Sdr Husaimi (PTN Selangor/KL), bahawa sebuah syarikat kawalan keselamatan iaitu Solid Force Security Sdn. Bhd. (SFS) beribu pejabat di TTDI Jaya, KL adalah pelanggan terbaru EZGuard.

Pembelian tersebut adalah peringkat awal sebelum SFS bercadang membeli set EZGuard yang seterusnya.

SolidForceSecurity

En. Mohd Jamil Bin Suradi, Pengarah Operasi Solid Force Security Sdn. Bhd. bersama set EZGuard yang diterima.

Terima kasih SFS di atas pembelian tersebut.

P/S : Sebuah syarikat kawalan keselamatan (berstatus VIP) akan menjadi PTN dalam masa terdekat. InsyaAllah. 

P/P/S: Semalam saya telah berjumpa dengan ‘orang penting’ syarikat tersebut, membuat demo dan berbicara tentang kelebihan PTN. Beliau telah menyatakan minat menjadi PTN. Syarikatnya sedang berkembang maju dan terkini mereka mempunyai sejumlah 600 orang pengawal keselamatan di seluruh negara. PTN Negeri mana?… dirahsiakan buat masa ini.

Apa itu EZGuard?


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress