08- EZGuard

EzGuard di Imbi Plaza

Salam ceria sahabatku,

Anda ingat lagi Imbi Plaza?

Sudah lama sebenarnya saya tidak ke sini. Dahulu seingat saya 10 tahun lepas kali terakhir saya ke sini. Itupun semata-mata untuk mencari dan melihat barang-barang ICT seperti komputer, printer dan sebagainya. Apa sahaja barang-barang komputer pasti ada di sini.

Pemandangan terkini dari bahagian belakang Imbi Plaza.

Semalam, saya telah datang semula ke Imbi Plaza. Tetapi saya merasakan Imbi Plaza yang dahulu tidak sama dengan hari ini.

Kedai-kedai komputer di Imbi Plaza.

Dahulu ianya memang meriah dan kedai-kedai komputer yang sesak dengan orang ramai. Kini ianya agak lengang walaupun masih terdapat kedai-kedai komputer seperti dulu.

Saya difahamkan ini disebabkan sudah banyak IT Mall berdekatan yang diwujudkan berdekatan dengan Imbi Plaza seperti di Low Yat dan Times Square. Atau mungkin saya berada di sini pada bukan hari cuti / hujung minggu?

Yang paling jelasnya… sekarang ini kebanyakan pekerja atau pembantu kedai di sini terdiri dari warga asing seperti Pakistan dan Bangladesh. Mereka ini rata-ratanya saya lihat terlibat di kedai-kedai membaikpulih komputer.

Ni salah seorang daripadanya…

Di sebelah kiri sekali, mungkin Bangla / Pakistani ’technician’ (mungkin tokey) kedai komputer and repairing.

Sejak beberapa tahun lepas Imbi Plaza diurus oleh Joint Management Body (JMB). Kedatangan saya di sini ialah untuk memasang EzGuard yang telah ditempah oleh pihak JMB.

Pemasangannya merangkumi keseluruhan bangunan setinggi 7 tingkat. Bangunan Imbi Plaza ini rupa-rupanya mengandungi ruang pejabat di tingkat 5,6 & 7 manakala kedai-kedai komputer di tingkat G dan LG. Selebihnya iaitu tingkat 2,3 dan 4 adalah kawasan parking kenderaan.

Bangunan ini adalah bangunan lama. Dan ia adalah bangunan terawal yang popular yang menjadi mercu tanda di kawasan Bukit Bintang suatu masa dulu. Sesiapa sahaja pasti biasa mendengar nama Imbi Plaza.

Penyerahan EzGuard kepada wakil JMB Imbi Plaza.

Pemasangan checkpoint EzGuard di kawasan parking. Ini bagi memastikan kawalan rondaan dilakukan di kawasan ini.

Pemasangan checkpoint di luar bangunan. Untuk pemantauan di pintu masuk.

Checkpoint dipasang di spot-spot tertentu di kawasan kedai-kedai bagi memastikan rondaan dibuat di kawasan ini oleh pengawal keselamatan. Peniaga di sini pasti lega kerana nak tak nak guard terpaksa meronda di kawasan ini.

Saya sedang menunjukkan cara-cara melihat report EzGuard. Mudah sangat… cuma klik jer. Report terus keluar. Boleh print, save atau emelkan kepada pihak management. 200% jimatkan masa kerani untuk dapatkan laporan rondaan.

Tempat anda nak guna EzGuard? Klik di sini.


PTN Terbaru – Kuantan Pahang

Salam ceria sahabat sekalian,

Sudah agak lama saya tak memberikan input tentang EzGuard. Hari ni saya nak kongsikan info tentang EzGuard.

Pada minggu lepas, EzGuard telah melantik satu lagi PTN untuk negeri Pahang. Iaitu En. Zulkifli Idris (panggilan mesra Abang Zul jer…).

Dengan pelantikan ini, maka PTN untuk negeri Pahang telah penuh. Jadi tiada lagi pelantikan PTN baru untuk Pahang. Hanya agen sahaja boleh dilantik di negeri Pahang.

Beliau sebenarnya seorang yang saya kenali sebelum ini. Orangnya handsome juga (masa muda-muda dulu la… ). Tapi sekarang pun masih maintain lagi.  Lihatlah gambar di bawah ini:

Beliau sedang menunjukkan cara penggunaan EzGuard kepada saya… kira dah boleh lah ni..

Beliau menjalankan perniagaan sendiri dan EzGuard merupakan satu produk terbaru dan InsyaAllah semoga perniagaan beliau dengan produk EzGuard ini mendatangkan hasil yang lumayan dan menyeronokkan.

Yang paling best kalau demo EzGuard ni boleh dikatakan 99% prospek akan terpikat (ini pengalaman saya buat demo pada prospek dibeberapa tempat). Bermakna kadar penolakan EzGuard sangat rendah.

Sesiapa yang berada sekitar Kuantan / Pahang yang ingin mendapatkan khidmat beliau untuk produk EzGuard, boleh menghubungi beliau di talian 019-9166 955.

Sesiapa nak jadi agen sangat dialu-alukan… Daftar sebagai agen RM150 sekali sahaja (dapat pemplet berwarna 20 keping dan nama & contact hp masuk dalam web ezguard).. untung agen RM200/unit… lumayan tak?

Ni bukan direct selling @ MLM…

Maklumat lanjut tentang EzGuard klik di sini.

P/S. Berita yang baru diterima dari wakil PTN Selangor It4u Sdn. Bhd., Langkasuka Hotel Langkawi telah menggunakan EzGuard di sana.


EZGuard di MAHB, KLIA.

Pada hari Isnin & Selasa lepas, saya dan Fais telah membuat pemasangan EZGuard di Pejabat Korporat Malaysia Airports Holdings (MAHB) di KLIA. Untuk tujuan itu kami telah di’escort’ oleh pegawai keselamatan ke seluruh kawasan bangunan.

Pejabat Korporat ini adalah bangunan yang baru siap dibina awal tahun ini. Saya difahamkan oleh salah seorang kakitangan bahawa kos pembinaannya ialah RM34 juta. Memang cantik dan moden bangunan ini jika dibandingkan dengan bangunan korporat lama berhampiran terminal 3 di Subang.

Semua kakitangan di Subang telah berpindah ke bangunan baru ini termasuklah beberapa lagi kakitangan anak syarikat yang berada di KLIA sebelum ini.

Pihak EZGuard telah diberi kepercayaan oleh Bahagian Keselamatan MAHB untuk memasang EZGuard di sekitar bangunan ini. Ia merangkumi keseluruhan kawasan bangunan ini daripada tingkat bawah (basement), sekeliling, dan setiap tingkat.

Saya kongsikan beberapa foto semasa proses pemasangan tempohari.

Bangunan Pejabat Korporat MAHB, KLIA yang baru. Cantik dan menawan!

Dihadapan penyambut tetamu… possing!

Set-set  yang telah siap sedia untuk pemasangan.

Proses pemasangan check-point.

Pemasangannya mudah sahaja. Boleh diskrew pada dinding. Alat berbutang di atas BUKAN komponen EZGuard.

Teruskan dengan pemasangan.

Antara kawasan yang perlu dilakukan rondaan.  InsyaAllah terjamin lah kawasan ini.

Untuk maklumat lanjut EZGuard, klik di sini.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress