Salam Ramadhan sahabatku,
Beberapa hari lepas, iaitu pada 22 – 26 Ogos saya dan Fariz (staff) telah ke Bintulu untuk memasang EzGuard di sana. Kami berada di sana selama 5 hari.
Namun 3 hari adalah khas untuk pemasangan EzGuard. 2 hari pula adalah tempoh perjalanan kerana penerbangan AirAsia ke Bintulu hanya sekali sahaja sehari itupun disebelah petang sahaja.
Tempat pemasangan EzGuard kali ini ialah di Lembaga Pelabuhan Bintulu (Bintulu Port Authority – BPA) yang terletak di Tg. Kidurong. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Bandar Bintulu.
Kami dibawa oleh wakil jualan EzGuard di Bintulu iaitu En. Mansor Hj. Yusof dari syarikat Zahara Lestari Sdn. Bhd.
Sepanjang 3 hari di sana, program hari pertama ialah memberi taklimat dan cara penggunaan EzGuard kepada semua kakitangan pengawal keselamatan yang terllibat. Manakala dua hari berikutnya ialah pemasangan EzGuard di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.
Inilah bangunan ibu pejabat BPA yang dinamakan sebagai Menara Kidurong. Bangunan ini juga telah dipasang dengan EzGuard.
Bersama Tuan Dzulkarnain Abas (Ketua Polis BPA) dan pegawai-pegawainya. Di sebelah kiri saya adalah En. Mansor wakil jualan EzGuard di Bintulu.
Pemandangan Pelabuhan Bintulu dari Menara Tinjau.
Hari ke-2, sebelum proses pemasangan dilakukan. Bergambar kenangan di sini… hahaha…
Memberikan training secara praktikal kepada En. Aleva tentang cara penggunaan EzGuard. Beliau adalah pegawai keselamatan yang akan bertanggungjawab terhadap sistem EzGuard keseluruhannya di sana.
Salah satu pemasangan checkpoint di bilik auditorium. Fariz sedang memasang checkpoint jenis bulat.
Satu lagi checkpoint. Bezanya checkpoint di sini ialah jenis silinder dimana ianya ditanam di dalam dinding simen. Jadi ia tidak kelihatan dari luar. Ini bagi mengelakkan daripada vandalisme seperti checkpoint dicuri atau dirosakkan. Fariz sedang membuat sedikit lubang untuk memasukkan checkpoint tersebut.
Boleh dikatakan hampir kesemua checkpoint di BPA menggunakan jenis tanam (silinder) kecuali di dua lokasi yang menggunakan round tag. Ini adalah baik bagi menjimatkan kos dalam jangkamasa panjang.
Fariz memasukkan checkpoint ke dalam lubang yang telah ditebuk.
Setelah checkpoint dimasukkan, bahagian luaran ditampal dengan filler bagi menutup lubang tersebut.
Checkpoint telah siap dipasang. Tidak kelihatan checkpoint daripada luar. Reader di dekatkan kepada checkpoint dan maklumat rondaan telah berjaya direkod walaupun checkpoint berada di dalam dinding.
EzGuard juga dipasang di kawasan perumahan kakitangan.
Fariz masih mampu tersenyum lagi walaupun dah nak pancit dah…. hehehe.. terpaksalah menahan kepanasan ditambah lapar dan dahaga.. namun digagahkan juga. Besar pahala puasa tuh!…
Kepada syarikat yang berminat menggunakan EzGuard di Bintulu dan sekitarnya, bolehlah menghubungi En. Mansor di talian 019-8453817
Pelabuhan lain yang telah menggunakan EzGuard ialah Lembaga Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman. Untuk maklumat EzGuard di Kuantan, Pahang dan sekitarnya sila hubungi En. Zulkifli 019-9166 955
Untuk keterangan lanjut EzGuard, klik di sini.



























