03- BengkelWebsite

Bengkel Website 22-23 Mei 2010.

Salam sejahtera sahabatku,

Pada 22 – 23 Mei iaitu hari Sabtu – Ahad lepas, telah diadakan kursus bengkel website di JTC2, Puchong.

Ramai yang datang dan memang menjadi kebiasaan penyertaan daripada seluruh negara. Peserta paling jauh kali ini daripada Johor dan Pahang.

Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Anda semua memang BEST!!!

Sulfahmi baru nak control handsome tu :-) . Kalau telefon rosak inilah pakarnya! Kerap dijemput mengendalikan kursus membaiki handphone. Sebenarnya kepakaran tuan adalah salah satu dari produk yang boleh dimajukan lagi melalui Internet.  Amalkan teknik yang dipelajari.. InsyaAllah bisnes tuan akan lebih maju nanti.

Naziehah dan Rosidah. 2 bakal usahawanita Internet yang bakal menggegar dunia IM. Ya.. ini cabaran saya kepada anda berdua :-) :-) . Naziehah ni juga sebenarnya seorang tauke itik di kampung. Walaupun datang ke kursus bengkel website ni tapi bisnes itik beliau tetap mahsyuk. Hari kursus ni je ada pelanggan tempah 3000 biji telur itik daripada beliau. Itu baru marketing ‘bodo-bodo’  je kata beliau… Apa kata lepas ni promosikan telur itik cara Internet marketing pulak…  Yang penting amalkan teknik yang diajarkan…gerenti meletup! InsyaAllah.

2 orang pakar IT.  Nabil & Alfa. Gandingan yang mantap. Walaupun begitu masih perlu menghadiri bengkel website kerana belajar tiada guru umpama belajar yang tidak sempurna. 

 

Hj.@ Cikgu Zaki dan Anuar. Masing-masing guru dan kontraktor. Tak kurang hebat juga mereka berdua ni … hasilnya meyakinkan. Dalam masa 2 hari ni laman web berjaya disiapkan dan dicapai di Internet. 100% buat sendiri. Balik ke rumah cuba akses… hosting dan username masih boleh digunakan ya.

Shairul dan Sarifuddin… semua okay…

Dari kiri: Shairul (Bandar Tasik Selatan), Azman (Muadzam Shah), Nik Mohd Zaman (Kinrara), Sarifuddin (Alor Gajah), Azhar (Putrajaya), Haidir (Kuala Kangsar), Alfa (Putrajaya), Anuar (Johor), Rosdin (Putra Perdana, Puchong), Zainal (Temerloh), Nabil (Ipoh), Azimah (Klang), Rosidah (Bt. Pahat), Naziehah (Rawang), Hj. Zaki @ Cikgu Zaki (Bentong), Sulfahmi (Selayang), Roslan (Kota Damansara), Zarudin (Johor), saya la tu…

 Maklumbalas dan testimoni peserta.

Lihat foto album lagi…? Klik di sini.


Sekitar Bengkel Website 17-18 April 2010…

Salam sejahtera sahabat sekalian,

Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat hendaknya.

Alhamdulillah pada 17-18 April 2010 (2 hari) iaitu pada hari Sabtu – Ahad lepas telah diadakan kursus Bengkel Website di JTC2. Ini adalah kali pertama kursus bengkel website diadakan di sini. Sebelum ini ianya diadakan di JTC1.

Alhamdulillah ramai yang datang… jadi meriahlah JTC2…

Terima kasih kepada semua peserta yang telah datang. Saya sangat teruja dengan kehadiran anda semua. Ada yang datang sejauh Perlis, Alor Setar, Sg. Petani, Ipoh, Kuantan. Walaupun berbeza tempat  namun tujuan dan matlamat adalah sama iaitu untuk mempelajari suatu ilmu yang sangat penting tentang Perniagaan Internet.

Semoga semangat dan pengorbanan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya selepas bengkel ini.

Saya kongsikan beberapa keping foto yang sempat diambil semasa 2 hari bengkel berlangsung.

Klik foto – besarkan.

Wanita dari kiri: Masriyah (usahawan minyak wangi – aroma2u.biz), Farahafizah (nanti saya tanyakan kursus tu ya..), Asmani (oh rupanya suami kawan lama dulu ya..), Kak Siti (usahawan buluh madu & wewanita.com.my), Zarina (di Puchong juga rupanya…).

Lelaki dari kiri:
Amir Hamzah, Zulkarnain (usahawan butik + civil engineer), Cikgu Rosman (selalu kita contact ya..), Razali (rasanya orang jawa lah Razali ni..), Hashim (dah banyak juga belajar ilmu Internet Bisnes), Sharidan, Noor Azmi, Mohd Fateh (pakar telekomunikasi ni…29 tahun pengalaman), Azhar Tajudin (usahawan kraftangan – orang daerah juga rupanya), Sheikh Ishak, Idris, Mohamad Rosli, Abdullah (Usahawan minyak wangi aroma2u.biz), Azhar Ahmed (abang tentera yang meminati perniagaan Internet), Saya. (Tiada dalam Foto: Ahmadi – penceramah motivasi)

Selepas ni jangan lupa ya… Praktik dan terus praktik ya…

Jika ada sebarang masalah @ pertanyaan hubungilah saya.

Album kursus di sini.


Bagaimana Mendapatkan Mesin Kad Kredit?

Salam sejahtera sahabat sekalian,

Ketika berada di pejabat tengahari semalam, saya dihubungi oleh seseorang daripada wakil sebuah syarikat pemasaran Maybank dengan tujuan menawarkan kepada saya kemudahan mesin kad kredit.

Dalam istilah sebenar dipanggil Electronic Data Capture (EDC) terminal.

EDC Terminal. (atau lebih dikenali sebagai mesin swipe. Namun teknologi kini tidak menggunakan kaedah swipe, sebaliknya hanya memasukkan kad kredit di dalam unit EDC ini sahaja.)

Sebenarnya mesin kad kredit seperti ini ada 2 jenis. Iaitu EDC Terminal yang menggunakan talian telefon dan satu jenis lagi ialah  jenis GPRS yang menggunakan SIM Card telefon. Namun jenis GPRS lebih mahal kadar sewaannya.

Sebenarnya sebelum ini saya juga pernah bercadang untuk memiliki alat ini. Memandangkan ianya satu kemudahan yang baik untuk sebuah perniagaan.

Dengan adanya alat ini pelanggan mempunyai alternatif membayar. Pelanggan boleh menggunakan kad kredit mereka untuk membuat bayaran dipremis.

Sebelum ini saya juga sempat mendapatkan beberapa maklumat daripada Internet berhubung perkhidmatan ini. Walaupun beberapa maklumat telah diperolehi namun belum berkesempatan untuk melaksanakannya kerana sibuk dengan tugasan lain

Bagai memahami keinginan saya, tiba-tiba (dengan kehendak Allah jua) seseorang telah menghubungi saya melalui nombor telefon yang saya paparkan di luar premis perniagaan saya.

Akhirnya beliau telah datang ke pejabat saya dan menceritakan tentang kemudahan ini.

Ringkasannya, saya ingin kongsikan beberapa syarat untuk memiliki alat ini:

1- Anda mesti mempunyai syarikat. Samada syarikat Enterprise atau Sdn. Bhd. Borang-borang berkaitan tentang syarikat perlu diserahkan semasa proses permohonan. Bermakna individu tak boleh memohon lah ya!

2- Syarikat anda mesti mempunyai akaun semasa dengan bank. Dalam kes saya ni, EDC terminal yang ditawarkan adalah dari Maybank. Maka syarikat saya perlu memiliki akaun dengan Maybank (tapi memang dah ada pun).

3- Anda memiliki premis dan produk yang sah. Wakil tersebut akan mengambil foto premis perniagaan dan gambar produk untuk diserahkan bersama borang permohonan kepada pihak Maybank.

4- Yuran mengikut kadar/caj yang telah ditetapkan. Terdapat bayaran yang perlu dijelaskan semasa proses permohonan dibuat. Bayaran tersebut boeh diberikan kepada wakil syarikat dan kemudiannya wakil syarikat akan menyerahkan bayaran kepada pihak Maybank.

Untuk caj dan kos yang terlibat pula seperti ini:

1- Yuran permohonan:

3 bulan sewa advance (Kadar sewa RM100/bulan) + Deposit (1 bulan) = Jumlah RM400 (bayaran semasa pendaftaran).

Dibayar ke MBB Merchant Business, Cards Business Group, Maybank.

2- Sewa bulanan

RM100/bulan. Perlu dibayar setiap bulan.

3- Kadar Caj Transaksi atau dipanggil Merchant Discount Rate (MDR)

  • VISA & Mastercard = 1.8%
  • JCB = 3.0%
  • American Express (AMEX) = kadar akan ditetapkan pihak Maybank.

Contohnya jika pelanggan membuat belian harga barang RM100 menggunakan kad kredit VISA, maka RM1.80 (1.8%) akan ditolak daripada bayaran tersebut. Ini bermakna saya hanya menerima RM100-RM1.80= RM98.20.

Semua jenis kad kredit yang mempunyai logo di atas boleh digunakan dimesin EDC terminal tersebut. Kad debit yang mempunyai logo di atas juga boleh digunakan.

4- Kemudahan EZYPay Scheme untuk pelanggan

  • 6 bulan = 4% diskaun.
  • 12 bulan = 5% diskaun.
  • 18 bulan = 6% diskaun

% diskaun di atas akan ditolak dari jumlah bayaran belian oleh pelanggan.  Contoh: pelanggan saya memilih plan EZYPay 12 bulan dengan membeli barang  bernilai RM1,000. Maka saya sebagai penjual akan menerima jumlah hanya RM950 sahaja (5% akan ditolak oleh pihak bank).

Pihak pelanggan membuat bayaran kepada pihak bank setiap bulan dalam tempoh 12 bulan dengan kaedah EZyPay (tiada interest).

5- Cara Penyambungan

EDC Terminal akan disambungkan ke talian telefon sahaja. Dengan setting yang akan dilakukan oleh wakil syarikat dan latihan penggunaan alat tersebut, ianya sedia digunakan.

6- Tempoh Proses Permohonan

1 – 1 setengah bulan. Permohonan akan diluluskan oleh pihak Maybank.

7- Maintenance Mesin

PERCUMA. Termasuk kertas roller pada EDC Terminal diberi percuma.

Tawaran yang diberikan ini bagi saya memang menarik. Yang paling penting ia akan memudahkan pelanggan untuk membuat bayaran. Namun saya masih dalam pertimbangan untuk memiliki alat ini.

Saya ingin kongsikan kepada anda jika anda perlukan maklumat tambahan dan perbandingan, anda boleh lawati laman web ini: www.mesinkadkredit.com 

(oh ya… wakil syarikat yang menghubungi saya bukanlah agen daripada laman web tersebut ya…).


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress