03- BengkelWebsite

Bengkel Website vs Kursus Web Joomla!

Salam 1Malaysia,

Ramai yang bertanyakan, apa beza kursus Bengkel Website dengan Kursus Web Joomla! 1.5?

 

Saya senaraikan perbezaan paling ketara di antara keduanya.

Dan mudahlah untuk anda memilih yang mana satu untuk hadir mengikut apa objektif atau keperluan anda?

  • Bengkel Website: Kursus praktikal membina laman web khas untuk menjual produk di Internet. Dengan kata lain laman web ini khas untuk perniagaan Internet dan cara pemasaran Internet.
  • Kurus Web Joomla: Kursus praktikal membina laman web khas untuk  organisasi, syarikat, jabatan, persatuan, atau individu tetapi bukan untuk menjual produk di Internet.  Ia dikenali sebagai laman web korporat atau profesional.

 

  • Bengkel Website: Contoh laman web jualan. Klik di sini.
  • Kursus Web Joomla: Contoh laman web korporat / profesional. Klik di sini.

 

  • Bengkel Website: Perisian asas yang diperlukan adalah kompozer & filezilla (percuma).
  • Kursus Web Joomla: Perisian asas yang diperlukan adalah XAMPP & Joomla! 1.5 (percuma)

 

  • Bengkel Website: Laman web bersifat statik dan tidak perlu canggih. Yang paling penting dapat menghasilkan jualan yang lumayan melalui Internet.
  • Kursus Web Joomla: Laman web bersifat dinamik dan boleh diubahsuai secanggih yang mungkin mengikut kehendak pelanggan. Laman web boleh diubahsuai menggunakan plug-in yang boleh didapati secara percuma atau berbayar agar kelihatan lebih menarik dan canggih.

 

  • Bengkel Website: Laman web jenis ini tidak perlu sentiasa dikemaskini. Namun kemaskini juga mudah dilakukan.
  • Kursus Web Joomla: Laman web jenis ini membolehkan maklumat sentiasa dikemaskini. Namun ianya sangat mudah untuk dikemaskini tanpa merosakkan struktur laman web. 

 

Yang pastinya, objektif kedua-dua laman web di atas adalah berbeza. Jadi ia bergantung kepada keperluan dan objektif yang anda inginkan. Tentukan apakah objektif anda?

Kerana tidak semua laman web itu sama… walaupun ada persamaan iaitu keduanya adalah sebuah laman web (website) juga!

Kesimpulannya, sekiranya anda memang ingin menjual produk di Internet maka Bengkel Website adalah tempat yang paling sesuai.

Namun, sekiranya ingin membina laman web khas untuk organisasi, syarikat, jabatan, persatuan dan lain-lain maka Kursus Web Joomla adalah paling sesuai. Kerana laman tersebut tentunya perlu dibina dengan rekabentuk profesional dan korporat.

Untuk itu anda boleh memilih mana-mana kursus terdekat untuk keduanya:

Kursus Bengkel Website di www.BengkelWebsite.com

@

Kursus Web Joomla! 1.5 di www.KursusWebJoomla.com


Kursus Bengkel Website Sept 2010

Salam 1Malaysia,

Saya berada di KK, Sabah sekarang. Atas urusan mengendalikan kursus untuk satu jabatan kerajaan dari Putrajaya. Alhamdulillah kursus dah tamat. Hari ni pulanglah ke rumah.

Yang bestnya di KK ni kebanyakan hotel memberikan akses Internet percuma (tak seperti Semenanjung). Pelik juga ya?… walaupun di Semenanjung prasarana broadband lebih hebat berbanding Sabah.. tapi di sini ianya diberikan 100% percuma. Bilalah agaknya hotel di Semenanjunbg pula boleh berikan percuma ya?

Jadi kemaskini blog ni pun menggunakan akses Internet yang diberikan percuma di setiap bilik. Internet speed?… average la… boleh lah .. not bad. Especially di Imperial International Hotel ni. Siap ada option lak nak akses wireless pun boleh.. akses guna Ethernet cable pun bole. 100% free!

Oh ya… post kali ni saya nak share foto bengkel website yang diadakan selepas Raya lepas. Lama tak update post dalam blog ni.. Layannn… 

InsyaAllah catatan di Sabah saya akan update selepas saya balik ke Puchong nanti.

Dari kiri: Szaza, Shahida, Mahathir, (saya la tu…), Salleh, Sahipul, Asiah, Hibatun.

 

Nak tengok apa kata peserta selepas tamat kursus? Klik di sini. (uncensored)

InsyaAllah, bengkel terdekat pada hujung bulan Oktober ni (30 – 31 Okt) akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Klik di sini. Pendaftaran masih dibuka.


Bengkel Website Selepas Raya di Sabah & Puchong.

Salam ceria sahabatku,

Salam Ramadhan… InsyaAllah tak lama lagi AidilFitri pula menjelma. Sudah agak lama saya tidak mengupdate tentang bengkel website di blog ini.

Sehingga 2 bengkel website sebelum ini pun saya tidak menuliskan laporannya di sini..

Namun, semua kenangan dan rakaman gambar bengkel website boleh di lihat di galeri gambar di bawah ini:

Gambar Bengkel Website 3-4 Julai 2010 (JTC2, Puchong)

Gambar Bengkel Website 7-8 Ogos 2010 (JTC2, Puchong)

Anda juga boleh melihat testimoni-testimoni daripada para peserta. Saya sukakan sesuatu yang telus. Anda boleh menilai sendiri samada bengkel website ini sesuai untuk anda atau pun tidak.

Saya menerima banyak permintaan dari luar KL untuk mengadakan bengkel website seperti ini di tempat mereka.

Sebenarnya memang sudah lama saya merancang untuk melaksanakannya kerana ingin memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk mempelajari kaedah perniagaan Internet yang sebenarnya.

Jika anda yang ingin menjalankan perniagaan Internet, asas adalah sangat penting sebelum anda bermula. Nasihat ikhlas saya, Bengkel Website adalah tempat yang paling sesuai untuk anda mendapatkan asas secara praktikal.

Jika anda sudah ada ilmu yang penting ini, mudahlah untuk anda mengorak ke langkah seterusnya.

Bukan tidak mahu mengadakan kursus di luar dari JTC. Tapi memandangkan saya agak cerewet dengan kemudahan training yang disediakan di luar sana, maka saya tangguhkan dulu buat seketika. Pengalaman menggunakan training center di luar sebelum ini membuatkan saya berhati-hati untuk menggunakannya lagi.

Sehinggalah saya yakin telah menemui tempat latihan yang benar-benar sesuai dan kemudahan yang terbaik untuk bengkel website ini. Supaya anda sebagai peserta berpuashati dengan kursus yang anda hadiri nanti.

Setelah membuat beberapa penilaian tempat dan kemudahan yang sedia ada, maka buat pertama kalinya saya akan mengadakan bengkel ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Saya memilih Sabah kerana permintaan untuk kursus ini dijalankan di sana lebih tinggi berbanding di negeri lain. Tambahan pula sepatutnya warga Sabah juga tidak harus dipinggirkan.

Maksud saya, jika orang Sabah ingin datang ke Semenanjung, tentulah banyak belanja yang perlu dikeluarkan. Berbanding jika orang Semenanjung, sejauh manapun ianya berada ia masih boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

Saya telah memilih tempat Bengkel Website nanti adalah di Open University Malaysia (OUM), Jalan Lintas, KK, Sabah.

Kampus OUM, KK 

Tarikh: 30 – 31 Okt 2010 (Sabtu – Ahad)

Waktu: 8.30am – 5.30pm

Tempat:  Open University Malaysia

Block A, Lot 1-10,

Lintas Jaya Uptownship,

Jalan Lintas, Kepayan Highway,

88200, Kota Kinabalu, Sabah

Komputer, makan & minum sepanjang kursus disediakan. Penginapan tidak disediakan.

Saya kira ini adalah pilihan terbaik yang ada disekitar KK. Dengan kemudahan yang akan diberikan oleh pihak OUM, saya percaya ianya akan memudahkan lagi sesi pembelajaran di bengkel nanti.

Berita baiknya, pihak OUM juga telah memberikan diskaun untuk yuran sewaan semua kemudahan yang diperlukan. Oleh yang demikian, yuran kursus Bengkel ini nanti dapat dikekalkan sama seperti harga yuran di Semenanjung.

Oleh itu, anda jangan lepaskan peluang ini. Anda akan dapat menjimatkan banyak belanja dengan menghadiri kursus di KK nanti. Berbanding jika anda terpaksa datang ke Semenanjung, kos tiket penerbangan, penginapan dan sebagainya lagi. Bayangkan… berapa kos yang terpaksa anda belanjakan?

Tetapi kini dengan yuran yang sama, anda boleh datang terus ke Kota Kinabalu. Biarlah saya yang berbelanja lebih untuk mengeluarkan tambang tiket penerbangan, penginapan, belanja makan & minum dan sebagainya.

Tambahan pula saya juga perlu membawa staff bersama. Semua itu saya juga yang akan menanggung kosnya.

Rebutlah peluang yang datang mungkin sekali ini sahaja daripada kedatangan saya ini nanti.

Cepatlah daftarkan diri anda sekarang jika anda memang sudah lama berhajat datang ke bengkel ini.

Tempat adalah sangat terhad. Saya hanya menerima 20 orang peserta sahaja bagi menjamin kursus ini dapat dijalankan dengan sebaiknya. Ianya mungkin akan penuh bila-bila masa. Kalau lebih nanti ianya kurang berkesan. Ingat! yurannya sama sahaja. Tiada kenaikan. Jadi jangan lepaskan peluang ini ya…

Untuk mendaftar sekarang silalah klik di sini.

Kursus Bengkel Website di Puchong pula ialah pada 25 – 26 Sept 2010 (Sabtu – Ahad). Klik di sini.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress