06- Bengkel Shopping Cart

Program Finishing School Poli Nilai

Salam sejahtera sahabatku,

Ini kali kedua JTC mengendalikan program finishing school untuk Politeknik Nilai. Kali pertama diadakan pada Julai lalu di JTC 2, Puchong. Program kali pertama dulu telah berjaya dilaksanakan dan lanjutan daripada itu, program kedua telah diadakan lagi.

Bezanya kali ini ia diadakan di kampus baru Politeknik Nilai iaitu di Nilai (berhadapan dengan Felda LB Johnson). Kampus baru yang terletak dalam kawasan kompleks pendidikan N.S. yang luas.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu program Finishing School? Program ini ialah program yang dianjurkan oleh pihak Politeknik khas untuk pelajar tahun akhir bagi mendapatkan ilmu secara praktikal ‘value-added knowledge’ bagi membantu mereka sebelum memasuki alam pekerjaan.

Untuk program ini, ianya khas untuk pelajar tahun akhir Diploma Pengajian Perniagaan (e-Commerce).

Sebanyak 4 kursus yang dianjurkan dalam program ini iaitu:

  1. Kursus Web e-Commerce / Shopping Cart
  2. Kursus PHP & MySQL
  3. Kursus Pembangunan Web Profesional Joomla! 1.5
  4. Kursus Search Engine Optimization (SEO)

 

Kursus-kursus yang diadakan di atas memang sangat bersesuian dengan jurusan mereka. Tambahan pula semua kursus di atas adalah secara praktikal. Mudah-mudahan ia dapat membantu keboleh pasaran dalam peluang pekerjaan mereka nanti. InsyaAllah.

Program ini telah bermula pada 24 Nov lepas dan InsyaAllah akan tamat pada 5 Disember nanti (10 hari).

 Kemudahan terlengkap di kampus baru.

Hari pertama bersama pelajar.

Diadakan di makmal baru.

Kursus pertama telah selesai… masing-masing suka hati…

Kursus ke-2 PHP &  MySQL…

Beruntung mereka semua dapat menyertai program ini. Apa tidaknya semua ditanggung oleh pihak Poli termasuklah makan dan minum sepanjang program. Datang kursus belajar sahaja…


Bengkel Shopping Cart Ahad lepas…

Salam sejahtera sahabatku,

Pada hari Sabtu lepas (19 Nov) saya telah mengadakan bengkel shopping cart. Bengkel ini sepatutnya diadakan seminggu sebelumnya. Tapi bagi memberikan slot untuk bengkel pemasaran facebook, maka ianya ditangguhkan dan akhirnya dapatlah diadakan pada Sabtu lepas.

Mengikut senarai peserta, 9 orang kesemuanya. Tetapi malangnya 2 orang tak dapat hadir. Termasuklah sahabat saya En. Husin yang datang dari Melaka. Beliau telah tersesat. Walaupun memandu sudah sampai ke Puchong tapi masih tidak menjumpai JTC… Akhirnya beliau terus pulang semula ke Melaka :-(

Tak mengapalah tuan… InsyaAllah lain kali boleh datang lagi yer…

Saya kongsikan foto yang sempat diambil. Kalau nak tengok banyak foto lagi klik di sini.

 

Dari kiri: Saya, En. Shuhaimi, En. Nasir, En. Norahpandi, En, Shahrir, En. Harizal, En. Arzam, Pn. Syafini

Senang menggunakan software shopping cart ni (kalau tahu)….

Bengkel praktikal seperti ni akan lebih mudah faham….

P/S – Hari ini dan esok saya akan memberikan kursus ini kepada para pelajar tahun akhir jurusan e-Commerce Politeknik Nilai, N.S. di bawah program Finishing School.

www.BengkelShoppingCart.com


Streamyx Oh Streamyx!

Salam sejahtera sahabatku,

Terasa kecewa sangat kerana bengkel shopping cart yang sepatutnya diadakan pada Ahad semalam (13 Nov) terpaksa dibatalkan kerana masalah streamyx.

Bukan masalah streamyx untuk bengkel shopping cart, tetapi untuk Bengkel Intensif Facebook yang diadakan selama 2 hari bertempat di JTC 1, Bandar Tasik Selatan yang dianjurkan oleh sahabat saya Sdr. Faisal Abdullah.

Untuk rekod, Sdr. Faisal telah beberapa kali mengadakan kursus pemasaran Facebook secara praktikal di JTC dan semuanya berjalan baik sebelum ini.

Setelah bertungkus lumus dan menunggu masalah streamyx yang tidak pulih-pulih, akhirnya pada hari kedua saya terpaksa membuat keputusan untuk memindahkan bengkel Facebook ke JTC 2 di Puchong. Alhamdulillah Sdr. Faisal dan para peserta memahami dan boleh menerima keadaan ini.

Bermakna bengkel shopping cart saya terpaksa ditangguhkan.

Streamyx Oh Streamyx!!!… walaupun pihak technician TM sebelum ini sudah memberi jaminan semua dah okay… termasuk telah menggantikan modem yang baru, saya juga telah menguji cuba beberapa hari sebelum hari kursus tersebut namun masalah sama masih juga timbul lagi. Dan yang hairannya dalam modem baru yang diganti ada ‘restriction’ akses wireless untuk 16 pc sahaja! Tak masuk akal betui la…

Streamyx Oh Streamyx!!!… kenapalah kau selalu menyusahkan. Bukan sekali daa…

Adakah ini strategi untuk bertukar kepada UniFi?

Oleh yang demikian saya ingin memaklumkan jika anda ingin menggunakan kemudahan Internet untuk kursus @ seminar, buat masa ini saya mencadangkan untuk anda guna JTC 2, Puchong. Sehingga menantikan JTC 1 digantikan dengan UniFi.

InsyaAllah dalam minggu ini saya akan uruskan perkara tersebut.

Dan untuk BengkelShoppingCart.com yang tertangguh, InsyaAllah saya akan adakan pada 19 Nov 2011 (Sabtu) ini sebagai gantinya.

Kepada yang berminat untuk sertai, sila daftar di sini. Penyertaan masih dibuka.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress