
Lihat gambar di sebelah ni… Amacam macho hamsome tak?
Itulah saya yang sebenarnya. Ramai yang kata, “dalam gambar nampak tua… tapi yang sebenarnya nampak lagi muda”… ohhh… bagus juga tu… hahaha.. Jadi kalau nak dapat gambaran yang sebenarnya, ada rezeki bolehlah berjumpa.
Di bawah saya tuliskan secara ringkas jer berkenaan diri saya. (mungkin ada kawan lama yang terbaca… ehhh… macam kenal pulak ya… hahahaha.)
Kawan baru? Saya sangat suka. Semoga silaturrahim kita bermula di sini dan berkekalan selamanya. Amiiin.
Nama Penuh: Mohamad Zaki bin Mohamad Yusof a.k.a Zaki Yusof.
Asal: Kuala Selangor, Selangor.
Kelulusan:
- B.Sc (Hons) Comp. Sc. UTM. (1995)
- Diploma Sains Komputer, UTM.
- Sek. Men. Dato’ Harun Tg.Karang, Selangor.
- Sek. Keb. Sg. Terap, Tg. Karang (bermula dari darjah 3)
- Sek. Keb. Jengka 18, Temerloh, Pahang (sehingga darjah 3).
Pengalaman Kerja:
2001 – 2007: Malaysia Airports Technologies Sdn. Bhd. KLIA (anak syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad) sebagai Senior IT Engineer merangkap Section Head Application Support.
1996- 2001: KL International Aiport Berhad, KLIA sebagai IT Executive.
1995-1996: Baitulmal MAIWP sebagai Juruanalisa Sistem merangkap Ketua Unit Komputer.
Profesion Sekarang:
Mulai Feb 2007: Perniagaan sendiri merangkap usahawan Internet sepenuh masa.
Kepakaran khusus:
- Perniagaan Internet.
- Pemasaran Internet.
- Bengkel / Kursus Praktikal Perniagaan Internet.
- Penulisan Surat Jualan.
- Pemasaran Emel (Autoresponder).
- Penyedia Khidmat Latihan dan Kursus.
- Pembangunan Laman Web berasaskan CMS Joomla.
