Salam sejahtera,
Pada hari Selasa lepas 22/Nov pihak kontraktor TM telah datang ke JTC 1, Bandar Tasik Selatan untuk membuat pemasangan UniFi – Internet berkelajuan tinggi. Temujanji pun tepat iaitu jam 2:30pm mereka sampai di JTC.
Pemasangannya tak lah lama.. kurang dari sejam. Ianya cuma menggunakan talian telefon sedia ada (yang sebelum ini untuk talian Streamyx). Dengan hanya beberapa device yang dibawa iaitu modem (jenama Huawei), WiFi N-router (jenama D-Link) dan telefon voip DECT (jenama Motorolla).
Selepas selesai membuat pemasangan (lebih kurang jam 3pm), saya telah membuat ujian kelajuan dan inilah hasilnya:
Kelajuan Download (muat turun) – 4.96Mbps (menghampiri 5MB tu…) – kencang tu… berbaloi untuk akses banyak PC serentak. Memang selalunya banyak PC digunakan kerana kursus-kursus memerlukan talian Internet.
Kelajuan Upload (muat naik) – 8.04Mbps (Streamyx sebelum ni pun kurang 1Mbps … cuma takat 400Kpbs sahaja!) Ini 8Mbps?… memang berbaloi sangat.
Pakej yang diambil Biz 5
Kepada rakan-rakan yang nak menggunakan JTC 1, bolehlah booking sekarang. Internet akses ni kami sediakan free jer!



November 23rd, 2011 on 3:03 pm
Satu peningkatan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pengurusan JTC.
November 24th, 2011 on 5:32 am
Terima kasih Tuan.
Demi kepuasan pelanggan-pelanggan dan menjaga mutu perkhidmatan JTC …
November 23rd, 2011 on 6:55 pm
bagus tu..kalo amik yg 20mbps tu lg bagus..hehehe
November 24th, 2011 on 5:33 am
20 memang power tuh…
Tapi 5 pun sudah memadai…
November 23rd, 2011 on 7:07 pm
Tahniah di ucapkan kepada Jtc.
November 24th, 2011 on 5:35 am
TQ tuan Fendy…
November 25th, 2011 on 1:42 am
tahniah
November 25th, 2011 on 1:44 am
1′