Salam sejahtera sahabatku,
Ini kali kedua JTC mengendalikan program finishing school untuk Politeknik Nilai. Kali pertama diadakan pada Julai lalu di JTC 2, Puchong. Program kali pertama dulu telah berjaya dilaksanakan dan lanjutan daripada itu, program kedua telah diadakan lagi.
Bezanya kali ini ia diadakan di kampus baru Politeknik Nilai iaitu di Nilai (berhadapan dengan Felda LB Johnson). Kampus baru yang terletak dalam kawasan kompleks pendidikan N.S. yang luas.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu program Finishing School? Program ini ialah program yang dianjurkan oleh pihak Politeknik khas untuk pelajar tahun akhir bagi mendapatkan ilmu secara praktikal ‘value-added knowledge’ bagi membantu mereka sebelum memasuki alam pekerjaan.
Untuk program ini, ianya khas untuk pelajar tahun akhir Diploma Pengajian Perniagaan (e-Commerce).
Sebanyak 4 kursus yang dianjurkan dalam program ini iaitu:
- Kursus Web e-Commerce / Shopping Cart
- Kursus PHP & MySQL
- Kursus Pembangunan Web Profesional Joomla! 1.5
- Kursus Search Engine Optimization (SEO)
Kursus-kursus yang diadakan di atas memang sangat bersesuian dengan jurusan mereka. Tambahan pula semua kursus di atas adalah secara praktikal. Mudah-mudahan ia dapat membantu keboleh pasaran dalam peluang pekerjaan mereka nanti. InsyaAllah.
Program ini telah bermula pada 24 Nov lepas dan InsyaAllah akan tamat pada 5 Disember nanti (10 hari).
Kemudahan terlengkap di kampus baru.
Kursus pertama telah selesai… masing-masing suka hati…
Beruntung mereka semua dapat menyertai program ini. Apa tidaknya semua ditanggung oleh pihak Poli termasuklah makan dan minum sepanjang program. Datang kursus belajar sahaja…






November 27th, 2011 on 9:33 pm
salam, sy berminat bagi menganjurkan program tuan di politeknik kuching … bole bagi saya kertas cadangan serta harganya utk dikendalikan di kampus poli kuching
ahmad
0162331443..
February 9th, 2012 on 9:22 pm
hmm criuga nih, dr kemaren posting2nya ttg menikahkan, atau wife, atau married, wakakakakkajangan2..hahahhahaamiennnnnnnnnn