Archive for July, 2010

Akhirnya Berdaftar dengan MOF.

Salam ceria sahabatku,

Selepas melalui berbagai proses, akhirnya syarikat LIVEWEBS NETWORK & TECHNOLOGY SDN. BHD. telah memperolehi sijil akuan kontraktor berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia / Ministry of Finance (MOF).

Sebenarnya sudah lama saya ingin mendapatkan sijil akuan ini. Sijil ini memang penting. Namun oleh kerana keperluan yang masih belum begitu mendesak ketika itu, rancangan tersebut ditangguhkan seketika.

Sehinggalah pada awal tahun 2010 ini, saya merasakan sudah tiba masanya untuk memiliki sijil ini bagi mengembangkan lagi operasi syarikat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya…. apa pentingnya sijil akuan pendaftaran MOF ni?

Untuk anda yang mungkin pertama kali mendengar mengenai sijil akuan MOF ini, sebenarnya sijil ini sangat penting jika anda menjalankan urusan dengan pihak / jabatan kerajaan di Malaysia. Dengan kata mudahnya, pelanggan anda adalah dari jabatan / pihak kerajaan.

Ini kerana proses pembayaran selepas selesai kerja-kerja memerlukan anda memberikan nombor pendaftaran kontraktor Kementerian Kewangan. Anda perlu menjadi kontraktor berdaftar dengan MOF terlebih dahulu. Anda perlu mendatftar di ePerolehan. Selepas berjaya dalam permohonan tersebut, barulah anda akan menerima nombor pendaftaran kontraktor MOF.

Dengan adanya nombor rujukan pendaftaran ini, maka barulah urusan pembayaran boleh dibuat terus ke akaun bank syarikat anda nanti. Kaedah ini juga dikenali dengan pembayaran melalui LO (pesanan kerajaan).

Untuk syarikat anda mendaftar atau menjadi kontraktor MOF, anda boleh mendaftar secara online di sini:

-> http://home.eperolehan.gov.my

Jadi, kesimpulannya akuan pendaftaran sebagai kontraktor MOF ini memang sangat penting jika anda ingin berurusan dengan jabatan kerajaan. Sekiranya tiada, sebagai alternatifnya anda boleh meminjam syarikat yang memiliki akuan MOF ini.

Seperti yang saya lakukan sebelum ini saya menggunakan nama syarikat sahabat saya untuk menerima pembayaran yang melibatkan urusan dengan jabatan kerajaan. Biasalah, kalau pinjam nama syarikat ni, adalah sedikit upahnya. Kawan-kawan juga… upah jangan lupa… hehehe…

Lagi satu, kerugian kita adalah dari segi nama syarikat. Sudah tentu rekod kerja yang dilaksanakan bukan nama syarikat kita sedangkan sebenarnya syarikat kita yang melaksanakan kerja-kerja tersebut. Oleh itu, sangat baguslah kalau ada sijil akuan MOF atas nama syarikat sendiri.

Saya telah memohon 10 bidang namun 1 bidang telah ditolak dengan alasan ianya dikhaskan untuk pemilik hotel @ resort sahaja. Manalah saya tahu ya…. 9 kod bidang adalah seperti dalam imej di bawah. 9 kod bidang ni pun dah kira sangat baik…

 

Sijil MOF & No. akuan Pendaftaran MOF: 357-02153388

9 Kod Bidang:

========================
020201 – Mesin-mesin Pejabat
210104 – Software Product And Services
210105 – Other Computer Related Services
220109 – Perkakas/Sistem Elektrik
220204 – Penyediaan Pameran / Pentas
220502 – Tenaga Pengajar
220503 – Data Entry/Perisian
221501 – Media Elektronik (Tidak Termasuk Kerja Percetakan)
221504 – Mereka Cipta, Reka Bentuk Grafik, Animasi Dan Senihalus
================================================


Laporan Kursus Joomla Siri #2 & Siri #3

Oh… lama sungguh saya tak mengupdate blog ini. Sebenarnya ada banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa hari @ minggu yang lepas. Disebabkan jadual saya yang terlalu padat hampir saja saya melupakan blog ‘kesayangan’ saya ni. Tapi… eh mana boleh…

Hari ni saya nak share laporan Kursus Joomla Siri #2 dan Siri #3. Saya rangkumkan sahaja 2 in 1 di sini. Disebabkan ada banyak lagi info yang saya nak update dalam blog ini, saya nak share foto-foto kursus sahaja lah.

Kursus Joomla Siri #2 telah diadakan pada 19-20 Jun lalu. Oh dah lama juga tu… tapi tak mengapalah blog ini pun untuk kenangan peribadi saya selepas ini.

Foto Kursus Web Joomla! Siri #2

Para peserta (14 orang): Ahmad Humaizi Mat Noor (www.ahmadhumaizi.com), Farhana Ezura Zainal, Haslinda Hashim, Mohammad Zaini Yahaya, Mohd Saifulnizam Abu Bakar, Mohd Taufiq Rusli (Smart Venture 2U), Nurmalayati Moktar (UKM), Redzuan Khalib, Sherifah Alsagof, Siti Maisara Roslan (Majlis Perubatan Malaysia), Sinniah Karuppiah, Zakaria b. Mat Hassan, Gurbakhish Singh (GB), Siti Zuraini Ahmad Zulkifli. (maaf… gambar di atas tidak mengikut susunan nama.)

Ramai yang terpaksa pulang bila sesi ambil gambar. Oleh kerana kelas tamat lewat sedikit…

Kalau nak tengok album penuh di sini>> Foto lagi… klik di sini Kursus Web Joomla Siri #2, 19-20 Jun 

Manakala Kursus Joomla Siri #3 pada minggu lepas iaitu 10 – 11 Julai 2010.

Foto Kursus Web Joomla! Siri #3

Para peserta (18 orang).

Duduk dari kiri: Siti Norhaimiza Mohd Nor (ctel.com.my), Faridah Kamis (usahawanita), Aimi Syairah Adnan (ctel.com.my), Eka Noorul Azrini Darwin (A & F Excellent Vision), Zuhaini Zulkiflee (Kejora Techology Resources).

Berdiri dari kiri: Omar Yahyer (graduan Internet Marketing), saya la tu.., Cikgu Yasir, Azizul B. Hj Sulan (UTM), Mohd Khairi b. Ramlee, Hj. Rozman Hj. Abas, Adil Shah Yusof,  Shek Mohamed Kamal Sheikh Ishak (@ Andy), Khairul Anuar Mohd Ariffin (Yayasan Takmir ABIM), Mohd Faizi Mohd Salleh (UTM), Zulkiffle Salleh, Mohamad Erwan Munir, Azman Ahmad, Mohd Kamaruzaman Zabor (@WakKrong) – JPA Cyberjaya.

Tiada dalam gambar: Nuradillah Abu Bakar (Telekom Smart School) terpaksa pulang awal nak kejar flight.

Foto lagi Kursus Web Joomla! Siri #3 >> Klik di sini.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Biasalah.. di kursus Joomla ni ada yang datang atas tajaan sendiri dan majikan. Namun masing-masing dengan misi dan visi yang sama iaitu untuk mempelajari Joomla! 1.5 secara praktikal.

Untuk kursus Web Joomla! yang akan datang, klik di sini.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress