Salam sejahtera sahabatku,
Entah kenapa tiba-tiba HP Nokia saya tak boleh dionkan!
Sampai saja di LCCT jam 5.30pm hari Ahad 18/Julai lepas semasa sedang menunggu bagasi saya pun nak hidupkan hp. Ye lah dah sampai terminal barulah boleh onkan hp.
Tapi… tiba-tiba terus tak boleh on. Langsung tak boleh nak lihat apa-apa fungsi hp. Sehinggalah semalam…. waduhh!!. masih juga bermasalah.
Nak hantar repair, bimbang ambil masa untuk diperbaiki. Akhirnya buat keputusan untuk beli hp baru. Lagipun dah lebih 3 tahun guna hp tersebut… mungkin dah sampai masa dia nak ‘bersara’. Seingat saya dah 2 kali juga hp tu di hantar ke klinik… apa salahnya sekarang nak tukar selera pula.
Belek punya belek… fikir punya fikir… ni lah hp terbaru yang saya beli. Tak survey sangat pun… yang penting boleh buat panggilan. Kalau ada fungsi tambahan elok juga.. mana yang boleh digunakan boleh la mencubanya.. tapi sebenarnya kebanyakan fungsi yang canggih tak guna pun.. hehehe (pengalaman guna hp sebelum ni).
Tapi saya tertarik dengan fungsi GPSnya… apa kata nak try GPS dari hp ni nanti.
Nokia E72
Saya tak pasti lah samada teknologi hp ni masih terkini atau dah out-dated. Mungkin anda dah lama guna hp ni… tapi saya baru nak guna.. hahaha.. Hakikatnya inilah hp termahal yang saya beli sepanjang hayat saya… hehehe..
Maka semalam dalam jam 5pm… saya pun mulalah ‘akad nikah’ dengan hp ni. Sambil ada urusan di luar… tak sempat pula nak menggodeknya. Sambil tu hp ni ada terima mesej dan miss called yang dah berusia 2-3 hari lepas.
InsyaAllah lepas ni boleh lah balas. Semua mesej dah dipindahkan ke dalam hp baru ni. Wah banyak juga mesej dan miss called.
Sambil tu hp ni pula kejap boleh on.. kejap mati… kejap kena on semula. Tak apalah mungkin baterinya lemah (belum dicas.. maklumlah hp baru…)
Oleh kerana itu ia perlu dicas terlebih dahulu. Maka dengan rasa excitednya, selepas pulang ke rumah petang semalam… saya pun mulalah caskan hp ini. Tapi selepas beberapa ketika… semasa sedang nak mencuba fungsi hp ni… saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena pula.
HP langsung tak boleh dionkan. Sehinggalah saya mencubanya dengan berbagai cara. Akhirnya saya pergi semula ke kedai HP dan memaklumkan tentang masalah ni.
SAH… hp ni pula ada problem. Masalah pula. Katanya kena tunggu sehari untuk ganti hp yang baru. Waduhh….. apa boleh buat. Terpaksalah…
Ingatkan dah boleh terima dan jawab panggilan yang missed call 2- 3 hari lepas. Rupa-rupanya masih tak dapat lagi. Tambahan pula data missed call dan SMS telah dipindahkan ke hp baru.. dan hp baru pula sekarang ni rosak juga. Maknanya SMS dan miss called anda juga dah tiada dalam simpanan saya.
Oleh itu, tak dapatlah saya nak membalas SMS atau panggilan anda.
Kepada sesiapa yang bermasalah menghubungi saya pada hari Ahad lepas 18 Julai mulai jam 5.00pm hinggalah hari ni… saya harap anda hubungi saya semula.
Walaupun hp baru saya bermasalah, namun kini saya telah mendapat back-up hp. Terpaksalah pinjam hp anak! Nombor hp asal saya masih sama… 019-2626 101
Hubungi saya sekarang ya!….


July 21st, 2010 on 4:51 pm
Sebenarnya tuan kena cari hp yg lebih mahal sikit.. he he .. cari produk dlm negeri spt jenama Al-Iman ker..
(bukanlah nk promote hp tu bcoz sya bukan ejen pun…) Saya pun bercadang nk sambar satu sbb tertarik dengan sofwere dia..
July 22nd, 2010 on 7:25 am
ha ye la.. hp ada jenama Al-Iman rupanya… tu la saya pun tak survey sgt…
hp baru ni satu je masalahnya.. nak belajar guna ambil masa juga ya… alahai memang kekok kalau dah bertukar hp ni… dgn keyboard baru… menu baru… kadang nak taip sms pun terkial2 juga.. dll…