Salam ceria sahabatku,
Bunyinya macam saya ajak anda ke Melaka…
Ohhh.. yang sebenarnya saya telah ke Melaka baru-baru ini.
Pada hari Selasa & Rabu (27-28 Julai) lepas saya telah dijemput oleh Pusat Zakat Melaka, PZM (Majlis Agama Islam Melaka) untuk mengadakan kursus Joomla! kepada kakitangannya di sana.
Bangunan Pusat Zakat Melaka, berdekatan dengan Masjid Al-Azim
(yang popular sebagai salah satu mercu tanda Melaka)
Lebih sepesifik, tempat kursus telah diadakan di makmal komputer, Universiti Terbuka (Open University) kampus Melaka. Bersebelahan sahaja dengan bangunan PZM ni.
Kami bertolak pada hari Isnin 26 Julai dan menginap di Ayer Keroh bagi memastikan semua persediaan sebelah pagi keesokannya berjalan lancar.
Tepat pada jam 8.45 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh Y.Bhg Datuk Hj. Nawi bin Ahmad. Selesai majlis ucapan dan perasmian ringkas, saya telah dijemput untuk menyampaikan cenderamata kepada Y.Bhg. Datuk.
Ucapan dan majlis perasmian ringkas oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Nawi bin Ahmad.
Saya menyerahkan cenderahati kepada Y.Bhg. Datuk.
Kursus dimulakan tepat jam 9.30 pagi. Seramai 10 orang kakitangan PZM telah hadir dalam kursus ini. Mereka terdiri daripada kakitangan dari beberapa jabatan khasnya IT dan bukan IT.
Saya dan Yasir sedang mengadakan sesi berkenalan bersama para peserta.
Kursus dimulakan.
En. Mas Ali (kiri), Penolong Pengurus IT sedang mencuba memasang Joomla! Beliau telah menggunakan Joomla sejak Mambo lagi.. kira ‘old-timer’ juga la beliau ni… Tapi masih tak jemu untuk belajar lagi.
Puan Junaida (kiri), Pen. Pengurus IT dan Puan Norhalina (kanan), Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia juga tidak melepaskan peluang mempelajari Joomla!
Kursus tamat pada 28 Julai jam 6pm. Kami pun pulang ke KL.
Objektif mereka ialah untuk menggantikan laman web sedia ada PZM sekarang ini dengan Joomla! 1.5. Oleh yang demikian setiap kakitangan yang terlibat diberi pendedahan kepada kursus ini.
Oh ya!… saya akan mengadakan kursus Joomla! 1.5 ini di Puchong pada minggu ini. Ini mungkin kursus yang terakhir sebelum Ramadhan. Saya tak pasti samada bulan puasa nanti saya akan mengandakan kursus ini lagi atau tidak. Jika tiada, bermakna selepas Hari Raya nanti… maknanya lambat lagi lah ya…
Tarikhnya 31 Jul – 1 Ogos (Sabtu – Ahad), 2 hari, 100% secara praktikal. Komputer, makan minum disediakan sepanjang kursus.
Untuk mendaftar, klik di sini.










July 29th, 2010 on 2:40 pm
salam.
en.zaki, bila ya akan diadakan kursus adobe photoshop?
August 11th, 2010 on 7:42 am
Oh… saya pun tak pasti lagi bila ya?… tak sempat lagi ak workout on that… ni dah masuk Ramadhan… nampaknya lepas Raya la ya…
July 29th, 2010 on 3:41 pm
Salam tuan Zaki,
Semakin jauh mengadakan program program sebegini, oh maaf banyak2x hari tu lepas training ada beberapa perisian yg didownload tidak sempat dibuang…risau juga dlm laptop tu banyak semaknya. emm..first time dtg sana, environment bagus, siok mata memandang dan servis pun bagus juga…
Terima kasih..
August 11th, 2010 on 7:44 am
Oh tuan.. maaf lambat balas entry ni…
tak mengapa… kami pun memang akan buang ‘sampah sarap’ dalam tu… dah buang pun… hehehe…
bila lagi nak datang sini?…
August 11th, 2010 on 11:25 am
Insyallah, jika cepat tangkap peluang yg tiba…nanti ke sana lagi..
July 29th, 2010 on 4:43 pm
terima kasih Tuan Zaki, saya ni jauh sangat di Sabah, hati memang nak jugak ikut bangkel tuan, dari dulu saya nak belajar joomla ni cuma kenkangan masa dan tempat saja yang membataskan saya, insyaallah jika diizinkanNya
August 11th, 2010 on 7:46 am
InsyaAllah… mudah-mudahan keinginan tuan akan dikabulkan..
Buat masa ni memang training di KL/Puchong jer… cadangan memang ada nak buat di luar… cuma kena tengok beberapa perkara dulu sebelum dapat dilaksanakan…
ramai juga orang luar datang ke sini… tapi seingat saya dari Sabah belum ada lagi… mungkin tuan yang pertama nanti… amiin..
August 11th, 2010 on 10:26 am
nampak gaya…saya org yg pertama jejak ke sana dulu….sabahan mari..huhuh