Salam sahabatku,
Pada 8 Julai (Khamis) lepas saya dan Fariz telah membuat pemasangan EzGuard di Pangsapuri Sri Kemuning, Kota Kemuning, Shah Alam.
Kawasan ini mengandungi 8 blok yang mana setiap blok mengandungi 5 tingkat. Pangsapuri adalah berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan yang bertugas mengawal 24 jam.
Pihak JMB di sini telah membuat keputusan untuk menggunakan EzGuard bagi memantau tugas-tugas pengawal keselamatan membuat rondaan. Ia juga dapat menjamin keberkesanan kawalan rondaan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan yang dilantik.
Memandangkan pangsapuri ini diuruskan oleh pihak pengurus bangunan, maka saya telah diarah oleh pihak pengurusan bangunan untuk memasang EzGuard di kawasan pangsapuri ini.
1 unit pakej EzGuard dengan 10 check-point telah dipasang di sini.
Sedang berbincang menentukan lokasi terbaik check-point bersama pihak pengurusan bangunan.
Fariz sedang membuat pemasangan salah satu check-point.
En. Rahman sedang mencuba check-point yang telah dipasang.
Beginilah rupa check-point yang telah di pasang di dinding. Pengawal perlu ke tempat ini semasa membuat rondaan.
Wakil daripada pihak Pengurusan Bangunan, En. Rahman.
Untuk maklumat lanjut EzGuard, klik di sini.







