Kenangan Lalu | Perniagaan Internet | Tiada Yang Spesifik
RSS:
Publications
Comments

Akhirnya Berdaftar dengan MOF.

Salam ceria sahabatku,

Selepas melalui berbagai proses, akhirnya syarikat LIVEWEBS NETWORK & TECHNOLOGY SDN. BHD. telah memperolehi sijil akuan kontraktor berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia / Ministry of Finance (MOF).

Sebenarnya sudah lama saya ingin mendapatkan sijil akuan ini. Sijil ini memang penting. Namun oleh kerana keperluan yang masih belum begitu mendesak ketika itu, rancangan tersebut ditangguhkan seketika.

Sehinggalah pada awal tahun 2010 ini, saya merasakan sudah tiba masanya untuk memiliki sijil ini bagi mengembangkan lagi operasi syarikat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya…. apa pentingnya sijil akuan pendaftaran MOF ni?

Untuk anda yang mungkin pertama kali mendengar mengenai sijil akuan MOF ini, sebenarnya sijil ini sangat penting jika anda menjalankan urusan dengan pihak / jabatan kerajaan di Malaysia. Dengan kata mudahnya, pelanggan anda adalah dari jabatan / pihak kerajaan.

Ini kerana proses pembayaran selepas selesai kerja-kerja memerlukan anda memberikan nombor pendaftaran kontraktor Kementerian Kewangan. Anda perlu menjadi kontraktor berdaftar dengan MOF terlebih dahulu. Anda perlu mendatftar di ePerolehan. Selepas berjaya dalam permohonan tersebut, barulah anda akan menerima nombor pendaftaran kontraktor MOF.

Dengan adanya nombor rujukan pendaftaran ini, maka barulah urusan pembayaran boleh dibuat terus ke akaun bank syarikat anda nanti. Kaedah ini juga dikenali dengan pembayaran melalui LO (pesanan kerajaan).

Untuk syarikat anda mendaftar atau menjadi kontraktor MOF, anda boleh mendaftar secara online di sini:

-> http://home.eperolehan.gov.my

Jadi, kesimpulannya akuan pendaftaran sebagai kontraktor MOF ini memang sangat penting jika anda ingin berurusan dengan jabatan kerajaan. Sekiranya tiada, sebagai alternatifnya anda boleh meminjam syarikat yang memiliki akuan MOF ini.

Seperti yang saya lakukan sebelum ini saya menggunakan nama syarikat sahabat saya untuk menerima pembayaran yang melibatkan urusan dengan jabatan kerajaan. Biasalah, kalau pinjam nama syarikat ni, adalah sedikit upahnya. Kawan-kawan juga… upah jangan lupa… hehehe…

Lagi satu, kerugian kita adalah dari segi nama syarikat. Sudah tentu rekod kerja yang dilaksanakan bukan nama syarikat kita sedangkan sebenarnya syarikat kita yang melaksanakan kerja-kerja tersebut. Oleh itu, sangat baguslah kalau ada sijil akuan MOF atas nama syarikat sendiri.

Saya telah memohon 10 bidang namun 1 bidang telah ditolak dengan alasan ianya dikhaskan untuk pemilik hotel @ resort sahaja. Manalah saya tahu ya…. 9 kod bidang adalah seperti dalam imej di bawah. 9 kod bidang ni pun dah kira sangat baik…

 

Sijil MOF & No. akuan Pendaftaran MOF: 357-02153388

9 Kod Bidang:

========================
020201 – Mesin-mesin Pejabat
210104 – Software Product And Services
210105 – Other Computer Related Services
220109 – Perkakas/Sistem Elektrik
220204 – Penyediaan Pameran / Pentas
220502 – Tenaga Pengajar
220503 – Data Entry/Perisian
221501 – Media Elektronik (Tidak Termasuk Kerja Percetakan)
221504 – Mereka Cipta, Reka Bentuk Grafik, Animasi Dan Senihalus
================================================

9 Comments to "Akhirnya Berdaftar dengan MOF."

  1. July 14, 2010 - 2:11 pm | Permalink

    Tahniah !

    [Reply]

    Zaki Reply:

    Terima kasih…

    Terima kasih juga kerana melawat blog saya..

    [Reply]

    muainah Reply:

    Tahniah!
    Informasi ni menambahkan pengetahuan saya…

    Sebenarnya saya berminat untk ikuti kursus , tapi belum berkesempatan….

    [Reply]

  2. July 14, 2010 - 2:35 pm | Permalink

    Tahniah En.Zaki semoga murah rezeki dan mudah2an dapatlah diskaun kursus nanti juga jengah2lah web saya tu & join

    [Reply]

    Zaki Reply:

    Terima kasih Normah…

    Saya dah masuk web tu… cuma buat masa ni tak dapat nak join lagi…

    [Reply]

  3. July 14, 2010 - 3:13 pm | Permalink

    Tahniah! satu evolusi baru bagi memudahkan urusan peniagaan, bagus tu tuan zaki, banyak kelebihan memiliki MOF ini, kepercayaan dari pelanggan terutama dari gomen sangat memudahkan segala urusan. Walaupun 1 ditolak tapi 9 sudah cukup baik sebagai tulang belakang utk kepelbagaian produk yg ingin ditawarkan. Kini tiada lagi persoalan… :)

    [Reply]

    Zaki Reply:

    Terima kasih tuan…

    Selepas ni kalau boleh nak register dengan PSMB @ HRDF pula… ni pun bagus juga kalau ada… mmm tapi biasalah untuk memohonnya tu macam-macam proses juga nak dilalui… memang kena sabo je… hehehe..

    [Reply]

  4. July 14, 2010 - 4:09 pm | Permalink

    tahniah bro!..
    semoga rezeki bertambah luas dan dapat lebih banyak projek dari kerajaan.. :)

    [Reply]

    Zaki Reply:

    Terima kasih Shuth..

    Mudah-mudahan… Cuma rezeki dari kerajaan ni lambat sedikit paymentnya…

    Bila lagi seminar ebook Shuth?…

    [Reply]

  5. nor's Gravatar nor
    July 14, 2010 - 4:59 pm | Permalink

    tahniah en zaki. Didoakan semoga dimudahkan segala urusan dan mendapat rezeki halal dari arah yang tidak disangka. Cuma permintaan disini ! harap dapatlah bagi diskaun atau kekalkan dengan yuran yang lama untuk kursus akan datang. walaupun saya belum berpeluang mengikuti kursus, insyallah jika ada kelapangan . wassalam

    [Reply]

    Zaki Reply:

    Terima kasih Nor kerana melawati blog saya ni…

    Amiiin…. mudah-mudahan…

    Jgn bimbang Nor, kursus2 di JTC ni yurannya masih tetap ada diskaunnya dan murah… kalau nak dibanding dengan yuran kursus di luar sana.. jadi memang tak rugi lah ..

    Cuma kalau nak lebih murah datanglah kursus secepat mungkin sebab biasanya kursus awal saya beri diskaun yg lebih… :-)

    [Reply]

  6. Pak wan's Gravatar Pak wan
    July 14, 2010 - 11:13 pm | Permalink

    Syabas!, bisnes makin berkembang, harap-harap lepas ini dapat lagi bimbingan seumur hidup…

    [Reply]

    zaki Reply:

    Terima kasih Pak Wan…

    Pak Wan bekas peserta bengkel ke?.. saya masih offer bimbingan seumur hidup… InsyaAllah.. kalau ada masalah tentang perniagaan Internet boleh la call saya..

    [Reply]

  7. Sazul's Gravatar Sazul
    July 15, 2010 - 9:13 am | Permalink

    Tahniah Tuan..
    Moga di rahmati Allah…
    Boleh jelaskan mereka cipta /reka bentuk grafik/animasi/seni halus..??
    Apa yg tuan boleh tawarkan..??

    [Reply]

    Zaki Reply:

    Amiiin…

    … yg seni halus ni saya kurang arif.. tapi seni rekabentuk la juga… cuma lebih kreatif agaknya..

    [Reply]

  8. radziah's Gravatar radziah
    July 15, 2010 - 9:26 am | Permalink

    Tahniah. Dengan pertambahan ini dimurahkan lagi rezeki dan diberkati Allah.

    [Reply]

    Zaki Reply:

    Terima kasih.. Mudah-mudahan….

    [Reply]

  9. riduwan's Gravatar riduwan
    July 20, 2010 - 9:09 pm | Permalink

    semoga maju jaya…amin

    [Reply]

    Zaki Reply:

    Amiin. robbal alamin… terima kasih.

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You can add images to your comment by clicking here.