Archive for July, 2010

Joomla! ke Melaka

Salam ceria sahabatku,

Bunyinya macam saya ajak anda ke Melaka…

Ohhh.. yang sebenarnya saya telah ke Melaka baru-baru ini.

Pada hari Selasa & Rabu (27-28 Julai) lepas saya telah dijemput oleh Pusat Zakat Melaka, PZM (Majlis Agama Islam Melaka) untuk mengadakan kursus Joomla! kepada kakitangannya di sana.

Bangunan Pusat Zakat Melaka, berdekatan dengan Masjid Al-Azim

(yang popular sebagai salah satu mercu tanda Melaka)

Lebih sepesifik, tempat kursus telah diadakan di makmal komputer, Universiti Terbuka (Open University) kampus Melaka. Bersebelahan sahaja dengan bangunan PZM ni.

Kami bertolak pada hari Isnin 26 Julai dan menginap di Ayer Keroh bagi memastikan semua persediaan sebelah pagi keesokannya berjalan lancar.

Tepat pada jam 8.45 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh Y.Bhg Datuk Hj. Nawi bin Ahmad. Selesai majlis ucapan dan perasmian ringkas, saya telah dijemput untuk menyampaikan cenderamata  kepada Y.Bhg. Datuk.

Ucapan dan majlis perasmian ringkas oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Nawi bin Ahmad.

Saya menyerahkan cenderahati kepada Y.Bhg. Datuk.

Kursus dimulakan tepat jam 9.30 pagi. Seramai 10 orang kakitangan PZM telah hadir dalam kursus ini. Mereka terdiri daripada kakitangan dari beberapa jabatan khasnya IT dan bukan IT.

Saya dan Yasir sedang mengadakan sesi berkenalan bersama para peserta.

Kursus dimulakan.

 

En. Mas Ali (kiri), Penolong Pengurus IT sedang mencuba memasang Joomla! Beliau telah menggunakan Joomla sejak Mambo lagi..  kira ‘old-timer’ juga la beliau ni… Tapi masih tak jemu untuk belajar lagi.

Puan Junaida (kiri), Pen. Pengurus IT dan Puan Norhalina (kanan), Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia juga tidak melepaskan peluang mempelajari Joomla!

 

Kursus tamat pada 28 Julai jam 6pm. Kami pun pulang ke KL.

Objektif mereka ialah untuk menggantikan laman web sedia ada PZM sekarang ini dengan Joomla! 1.5. Oleh yang demikian setiap kakitangan yang terlibat diberi pendedahan kepada kursus ini.

Oh ya!… saya akan mengadakan kursus Joomla! 1.5  ini di Puchong pada minggu ini. Ini mungkin kursus yang terakhir sebelum Ramadhan. Saya tak pasti samada bulan puasa nanti saya akan mengandakan kursus ini lagi atau tidak. Jika tiada, bermakna selepas Hari Raya nanti… maknanya lambat lagi lah ya…

Tarikhnya 31 Jul – 1 Ogos (Sabtu – Ahad), 2 hari, 100% secara praktikal. Komputer, makan minum disediakan sepanjang kursus.

Untuk mendaftar, klik di sini.


Ohhh… HP rosak! Hubungi saya semula…

Salam sejahtera sahabatku,

Entah kenapa tiba-tiba HP Nokia saya tak boleh dionkan!

Sampai saja di  LCCT jam 5.30pm hari Ahad 18/Julai lepas semasa sedang menunggu bagasi saya pun nak hidupkan hp. Ye lah dah sampai terminal barulah boleh onkan hp.

Tapi… tiba-tiba terus tak boleh on. Langsung tak boleh nak lihat apa-apa fungsi hp. Sehinggalah semalam…. waduhh!!. masih juga bermasalah.

Nak hantar repair, bimbang ambil masa untuk diperbaiki.  Akhirnya buat keputusan untuk beli hp baru. Lagipun dah lebih 3 tahun guna hp tersebut… mungkin dah sampai masa dia nak ‘bersara’. Seingat saya dah 2 kali juga hp tu di hantar ke klinik… apa salahnya sekarang nak tukar selera pula.

Belek punya belek… fikir punya fikir…  ni lah hp terbaru yang saya beli. Tak survey sangat pun… yang penting boleh buat panggilan. Kalau ada fungsi tambahan elok juga.. mana yang boleh digunakan boleh la mencubanya.. tapi sebenarnya kebanyakan fungsi yang canggih  tak guna pun.. hehehe (pengalaman guna hp sebelum ni).

Tapi saya tertarik dengan fungsi GPSnya… apa kata nak try GPS dari hp ni nanti.

Nokia E72

Saya tak pasti lah samada teknologi hp ni masih terkini  atau dah out-dated. Mungkin anda dah lama guna hp ni… tapi saya baru nak guna.. hahaha.. Hakikatnya inilah hp termahal yang saya beli sepanjang hayat saya… hehehe..

Maka semalam dalam jam 5pm… saya pun mulalah ‘akad nikah’ dengan hp ni. Sambil ada urusan di luar… tak sempat pula nak menggodeknya. Sambil tu hp ni ada terima mesej dan miss called yang dah berusia 2-3 hari lepas.

InsyaAllah lepas ni boleh lah balas. Semua mesej dah dipindahkan ke dalam hp baru ni. Wah banyak juga mesej dan miss called.

Sambil tu hp ni pula kejap boleh on.. kejap mati… kejap kena on semula. Tak apalah mungkin baterinya lemah (belum dicas.. maklumlah hp baru…)

Oleh kerana itu ia perlu dicas terlebih dahulu. Maka dengan rasa excitednya, selepas pulang ke rumah petang semalam… saya pun mulalah caskan hp ini. Tapi selepas beberapa ketika… semasa sedang nak mencuba fungsi hp ni… saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena pula.

HP langsung tak boleh dionkan. Sehinggalah saya mencubanya dengan berbagai cara. Akhirnya saya pergi semula ke kedai HP dan memaklumkan tentang masalah ni.

SAH… hp ni pula ada problem. Masalah pula. Katanya kena tunggu sehari untuk ganti hp yang baru. Waduhh….. apa boleh buat.  Terpaksalah…

Ingatkan dah boleh terima dan jawab panggilan yang missed call 2- 3  hari lepas. Rupa-rupanya masih tak dapat lagi. Tambahan pula data missed call dan SMS telah dipindahkan ke hp baru.. dan hp baru pula sekarang ni rosak juga. Maknanya SMS dan miss called anda juga dah tiada dalam simpanan saya.

Oleh itu, tak dapatlah saya nak membalas SMS atau panggilan anda.

Kepada sesiapa yang bermasalah menghubungi saya pada hari Ahad lepas 18 Julai mulai jam 5.00pm hinggalah hari ni… saya harap anda hubungi saya semula.

Walaupun hp baru saya bermasalah, namun kini saya telah mendapat back-up hp. Terpaksalah pinjam hp anak! Nombor hp asal saya masih sama… 019-2626 101

Hubungi saya sekarang ya!….


EzGuard di Pangsapuri Sri Kemuning

Salam sahabatku,

Pada 8 Julai (Khamis) lepas saya dan Fariz telah membuat pemasangan EzGuard di Pangsapuri Sri Kemuning, Kota Kemuning, Shah Alam.

Kawasan ini mengandungi 8 blok  yang mana setiap blok mengandungi 5 tingkat. Pangsapuri adalah berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan yang bertugas mengawal 24 jam.

Pihak JMB di sini telah membuat keputusan untuk menggunakan EzGuard bagi memantau tugas-tugas pengawal keselamatan membuat rondaan. Ia juga dapat menjamin keberkesanan kawalan rondaan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan yang dilantik.

Memandangkan pangsapuri ini diuruskan oleh pihak pengurus bangunan, maka saya telah diarah oleh pihak pengurusan bangunan untuk memasang EzGuard di kawasan pangsapuri ini.

1 unit pakej EzGuard dengan 10 check-point telah dipasang di sini.

 

Sedang berbincang menentukan lokasi terbaik check-point bersama pihak pengurusan bangunan.

Fariz sedang membuat pemasangan salah satu check-point.

En. Rahman sedang mencuba check-point yang telah dipasang.

Beginilah rupa check-point yang telah di pasang di dinding. Pengawal perlu ke tempat ini semasa membuat rondaan.

Wakil daripada pihak Pengurusan Bangunan, En. Rahman.

Untuk maklumat lanjut EzGuard, klik di sini.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress