Archive for June, 2010

Tips Menjalankan Kursus Yang Profesional

Salam sahabatku,

Demam bola sudah bermula… Tapi saya bukanlah nak bercerita tentang bola. Cuma ingin kongsikan tips ringkas ini buat tatapan pembaca setia blog ini.

Kepada rakan-rakan yang sering menjalankan kursus, saya ingin kongsikan beberapa tips menjalankan kursus yang profesional. Ianya tidak sukar untuk diamalkan. Yang penting jangan abaikan perkara-perkara ini walaupun ianya nampak remeh. Kerana ia boleh membantu menambahkan kualiti perkhidmatan anda.

Tips ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya menjalankan pelbagai kursus sejak 3 tahun lalu. Termasuk menyediakan kemudahan training kepada banyak organisasi dan individu. Anda boleh lihat foto-foto album training di bawah ini:

Koleksi foto 1

Koleksi Foto 2

Alhamdulillah sepanjang saya menjalankan kursus, para peserta mahupun pelanggan-pelanggan saya berpuashati dengannya. (Ini berdasarkan pada borang maklumbalas yang dijawab oleh peserta sebaik sahaja tamat kursus.

Tips ini merangkumi persediaan awal sebelum hari kursus sehinggalah ke hari kursus.

1- Rancang dengan rapi agenda kursus anda.

Nyatakan kepada peserta beberapa hari sebelum tarikh kursus, aturcara dan agenda kursus. Anda boleh emelkan maklumat tersebut.

Untuk memudahkan notis diterima, hantarkan juga SMS kepada para peserta menyatakan anda ada menghantar emel kepada mereka berhubung perkara itu dan meminta mereka membacanya.

Jangan hantar notis terlalu lewat (paling lewat 3 hari sebelum tarikh kursus) kerana berkemungkinan ada peserta yang telah bertolak ke lokasi kursus anda dan mungkin mereka sukar untuk membuka emel.

Di dalam emel tersebut anda berikan peta lokasi kursus anda. Ini bagi memudahkan mereka mencari lokasi kursus anda. Tidaklah mereka tersesat jalan yang akibatnya akan mengganggu talian telefon anda semasa anda sedang bersiap sedia untuk memulakan kursus. Paling mudah, anda boleh berikan nombor telefon urusetia untuk mereka hubungi jika mereka tersesat jalan. Bermakna mereka tak perlu menelefon anda.

Nyatakan waktu yang mereka perlu sampai ditempat kursus. Nyatakan juga waktu pendaftaran semasa hari kursus (jika ada) dan apa yang perlu mereka lakukan selepas itu.

Contohnya, “anda perlu mendaftar di kaunter pendaftaran mulai jam 8.30 pagi. Dan selepas itu anda boleh menempah tempat di dalam bilik kursus. Sarapan pagi ada disediakan sebelum kursus bermula.”

2- Nyatakan anda akan memulakan kursus tepat pada masanya tanpa menunggu sesiapa pun yang belum hadir.

Ini sangat penting kerana masa kursus adalah milik anda sepenuhnya. Anda perlu memastikan kandungan kursus dapat disampaikan sepenuhnya kepada peserta. Itu janji anda! Oleh itu anda tidak perlu menangguhkan masa untuk memulakan kursus semata-mata menunggu peserta yang belum hadir.

Cara ini dapat meyakinkan para peserta anda bahawa kursus anda akan bermula tepat pada masanya seperti yang tertera di  dalam jadual kursus yang telah anda berikan. Ini juga sebagai menghormati peserta lain yang telah tiba tepat pada masanya.

Apa perasaan anda jika pengendali kursus masih tidak memulakan kursus sehingga 30 minit?… dengan alasan “kita tunggu beberapa orang lagi yang belum datang ya…” Sedangkan anda juga telah bersusah payah datang tepat pada masanya.

Namun, sebaiknya notis ini perlu anda maklumkan kepada peserta sebelum hari kursus. Atau di dalam iklan kursus anda.

Ini juga boleh membantu meningkatkan keyakinan bakal peserta untuk datang ke kursus anda. Ia menunjukkan anda memang mengambil berat kursus yang akan anda anjurkan. Mereka pula sudah tentu bersedia dengan keadaan ini. Jadi, kedua-dua pihak jelas dengan keadaan ini. Dan mereka tidak boleh menyalahkan anda nanti.

3- Pastikan kemudahan dan keadaan tempat kursus sebelum hari kursus.

Paling baik adalah sehari sebelum hari kursus. Ini bagi memastikan keadaan terakhir sebelum hari kursus adalah sama seperti keadaan pada hari kursus. Anda perlulah memeriksa kemudahan kursus ada secukupnya, peralatan kursus berfungsi sepenuhnya.

Oleh itu anda perlu membuat ujian terhadap semua peralatan kursus yang akan anda gunakan. 

Jangan sesekali anda baru nak mencubanya pada waktu pagi sebelum kursus bermula kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku yang akan menjejaskan mood peserta dan anda juga (kecuali anda telah biasa dengan keadaan dan tempat tersebut kerana telah beberapa kali menggunakan kemudahannya).

Sebarang masalah kursus pada saat akhir menunjukkan anda tidak bersedia dengan kursus yang anda anjurkan.

4- Keterampilan anda sebagai Pengajar / Trainer / Fasilitator

Keterampilan anda perlu disesuaikan dengan jenis kursus yang anda jalankan. Jika kursus-kursus profesional, maka anda perlulah memakai pakaian yang profesional seperti berbaju kot, bertali leher dan sebagainya. Keterampilan anda penting untuk memberikan keyakinan kepada peserta apabila melihat anda buat pertama kalinya.

5- Kedudukan anda sebagai trainer / fasilitator

Kedudukan anda di dalam bilik kursus juga memainkan peranan penting bagi memudahkan peserta menerima mesej anda dengan berkesan. Teknik ini sebenarnya ada diajarkan di dalam skill persembahan hebat dan menawan (jika anda pergi ke kursus ini)

Saya ingin kongsikan tipsnya: Jika anda berada di hadapan dan menjalankan kursus yang memerlukan anda menggunakan slide, maka sisi bahu kiri anda seharusnya berada di sebelah skrin projektor anda. Dengan kata lain, anda berada di sebelah kiri skrin slide anda.

Ini akan memberikan keselesaan kepada peserta melihat anda sepanjang hari kursus semasa anda membuat presentation dan membaca bahan presentation anda di skrin projektor.

Secara asasnya mata kita akan membaca dari kiri ke kanan … jadi anda perlu berada di sebelah kiri pada pandangan mata peserta dan akan terus membaca bahan presentation di skrin sebelah anda.

6- Yuran Kursus – Bayar penuh sebelum hadir.

Perkara ini sangat penting. Semua kursus yang saya anjurkan akan saya tetapkan syarat ini. Bermakna tiada istilah booking tempat untuk datang ke kursus sebelum membuat bayaran penuh.

Tujuannya supaya ia dapat memastikan peserta yang akan hadir memang benar-benar hadir. Anda juga boleh menetapkan syarat sekiranya gagal hadir yuran akan lupus (gagal hadir tanpa notis untuk tempoh beberapa hari sebelum hari kursus).

Klunya di sini peserta yang telah membayar penuh yuran kursus sudah pasti komitment mereka 100% akan hadir. Jadi peratus untuk peserta anda sewenang-wenangnya tidak hadir sangatlah tipis.

Secara tidak langsung, ini dapat mengelakkan bebanan kos anda. Sudah tentu anda telah membuat tempahan awal dari segi makan & minum, sewaan bilik training dan kemudahan lain mengikut bilangan peserta pada hotel atau training center.

Jadi, adalah sangat merugikan jika anda telah menempah untuk sesuatu jumlah tertentu sedangkan peserta yang hadir pada hari kursus tidak 100%.

Selalunya tempat training / seminar (samada hotel atau training center) akan mengenakan caj mengikut persetujuan awal untuk jumlah bilangan peserta yang anda telah tempah dan mereka akan mengenakan caj yang tetap pada jumlah tersebut kerana mereka juga perlu membuat persediaan awal terhadap jumlah peserta anda.

Jadi, dengan mewajibkan kaedah bayaran penuh sebelum hari kursus, risiko seperti di atas dapat dielakkan.

7- Pilih tempat kursus yang sesuai.

Anda boleh memilih samada hotel atau mana-mana pusat latihan yang difikirkan sesuai.

Tentunya semua aspek perlu dinilai seperti kemudahan yang ditawarkan, lokasi yang mudah dikunjungi, tempat yang selesa, bersih, nyaman, kos yang berpatutan, makanan yang bersesuaian dan sebagainya.

Sekiranya kombinasi ini dapat digabungkan dengan baik, maka kursus yang anda jalankan pasti akan mendapat pujian.

Walaupun kadar yuran kursus yang anda kenakan adalah subjektif (mungkin ada yang kata mahal, murah dan sebagainya) tetapi jika peserta merasakan mereka dilayan dengan profesional pasti mereka akan tersenyum dan senang dengan kursus yang mereka hadiri.

Dan pastinya mereka akan rekomen kepada rakan-rakan mereka yang lain pula. Tahukah anda?… rekomen pada rakan adalah marketing paling berkesan & tiada kos pula yang anda perlu belanjakan…

Sekian sahaja tips daripada saya. Ringkas jer… cukuplah setakat ini dahulu nanti panjang berjela-jela letih pula nak membacanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Saya ada satu lagi tips tambahan!

… untuk mencari Training Center yang selesa dan profesional, klik di sini.


Laporan Kursus Web Joomla! 1.5

Salam ceria sahabatku,

Pada hari Sabtu – Ahad lepas (5-6 Jun 2010), selesailah sudah diadakan Kursus Web Joomla! 1.5 di JTC2.

Walaupun ini kali pertama kursus Joomla! dianjurkan oleh JTC, namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Seramai 18 orang peserta telah datang menyertai kursus yang best ni… Terima kasih kepada anda semua yang datang.

Saya pun taklah promote sangat kursus ni. Sebab laman web kursus ni pun baru je siap beberapa minggu sebelum daripada tarikh kursus.  Tapi ada teknik rahsia yang saya gunakan. Nak tahu caranya bolehlah belajar di Bengkel Website saya selepas ini … di sini. 

Sesiapapun yang datang ke kursus JTC ni, kami di JTC akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Jadi tak rugilah jika datang ke kursus di JTC ni kan? InsyaAllah…

Kebanyakannya yang datang dengan tanggungan sendiri (individu). Ada juga yang datang dengan tanggungan syarikat. Hakikatnya tak rugi menuntut ilmu kerana ilmu akan bertambah. 

Apapun matlamat dan tujuan kita tetap sama… iaitu untuk mempelajari membina laman web Joomla! 1.5 yang profesional dan canggih manggih tu.

Rata-rata semua peserta teruja dengan kehebatan Joomla!. Saya sendiri pun teruja melihat sifu Yasir dengan kepetahan dan kepakaran Joomlanya. Dengan Joomla orang tak pandai IT pun boleh menghasilkan laman web seperti profesional ya!

Saya kongsikan beberapa foto yang sempat dirakam sepanjang hari kursus.

Inilah yang dipanggil back-end Joomla! 1.5. Hanya admin sahaja yang boleh akses ruangan ini. Bolehlah pasang iklan dalam web anda lepas ni.  Senang jer kan…lengkap dengan sistem pengurusan iklan pulak tu… Inilah keistimewaan Joomla!

Bak kata Sifu Yasir, orang boleh caj ribu-ribu malah ratusan ribu RM dengan CMS lain, tapi Joomla! free ajer… mungkin mereka tak tahu adanya Joomla! Untunglah anda yang dah tahu perkara ni.

Amir Nubhan (daripada Bangi) dan Nooraishikin (Institut Sultan Iskandar, UTM). Apa yang ditenung Sdr Amir tu?…

Abang Karim (orang ‘ladang’) dan Salahudin (Klang). Datang kursus atas tajaan sendiri. Yang penting ilmu dapat… :-)

Syazwani (dari Matrix Business Consulting Sdn. Bhd) dan Wan Hamiza (dari Satang Group Sdn. Bhd). Datang atas tajaan syarikat. Ada misi besar dengan Joomla! 1.5 selepas ini.

Nur Raiehan dan Nurul Fatin. Adik dan kakak. Ayah yang sporting… hantar mereka ke kursus ini untuk menambah ilmu yang tak diajar di Universiti. Kedua-duanya mahasiswi IPTA.

Apapun kursus yang diadakan di JTC, keselesaan peserta adalah keutamaan kami. Barulah berasa seronok dan berbaloi-baloi datang ke kursus ini!

Wanita, duduk dari kiri: Fatin (Terengganu),  Nooraishikin (Institut Sultan Iskandar), Syazwani (Matrix Business), Wan Hamizah (Satang Group) dan Raiehan (UiTM Shah Alam)

Lelaki, berdiri dari kiri: Saya la tu, Salahudin, Rhazali (Persatuan Pengasih), Alfa, Abang Karim, Ahmad Zaini (photographer), Yasir (Sifu Joomla), Bazli (pakar renang), Cikgu Baharudin, Abdul Aziz, Mohd Rahmat, Rosli (Joomla addicted), Amir Nubhan, Kamaruzzaman (cool je dengan Joomla! sebab hari kedua baru join kursus Joomla!)

Tiada dalam gambar: Mohd Zin (UPSI Tg. Malim) – balik awal kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan.

Nak tahu detail tentang kursus Web Joomla! 1.5 yang seterusnya? Kik di sini.


Catatan Kelas PHP & MySQL Siri #6

Salam ceria sahabatku,

Maaf… agak lewat saya mengemaskinikan acara ini. Lantaran terlalu sibuk dengan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.

Pada 29 Mei – 1 Jun 2010 minggu yang lalu, selesailah diadakan kursus PHP & MySQL anjuran JomTraining Siri #6.

Peserta kali ini datangnya dari UiTM, Kolej RISDA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan individu.

Terima kasih kepada anda semua yang datang. Tentunya selepas kursus ini banyak yang dipelajari dan boleh diaplikasikan. Jangan lupa ya… jika ada masalah hubungilah saya atau Pak Cu ya…

Jom kita buat satu sistem contoh…

Ashikin seorang pelajar bidang Sains Komputer dari Kelantan. Meminati PHP & MySQL. Lantaran projek diploma beliau pun katanya ingin menggunakan PHP & MySQL. Saya kagum dengan semangat dan sokongan keluarga beliau. Keluarga beliau sendiri (ibu & ayah) datang dari Kelantan ke JTC menghantar beliau ke sini. Untung Ashikin dapat ayah & ibu yang ambil berat…

Mazliana yang sentiasa cool ajer..

Saifulnizam dan Hasani yang tersenyum … kelas php ni kena banyakkan senyum baru cepat masuk.. hahaha

Salah satu modul sistem yang dibangunkan.

Ingat tak nama diagram ni? Inilah flowchart namanya. Sebelum membina satu-satu sistem eloklah buat flowchart seperti ini supaya mudah nak nampak aturan sistem.

4 hari dah tamat. Syabas dah sukses. Penyampaian Sijil…

Hasani dari SSM.

Saifulnizam dari UiTM

Ashikin dari Kelantan.

Mazliana dari Kolej RISDA.

Info Kursus PHP & MySQL, klik di sini.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress