Salam sahabatku,
Sambil-sambil saya membaca emel yang lepas-lepas, saya terjumpa satu topik menarik ini. Rasanya elok saya kongsikan topik ini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya.
Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu?
Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini.
Namun pernahkan anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya?
Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar-gambar yang kurang baik, melihat perkara-perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya.
Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY.
Mengikut buku “What Do Say” oleh Kathyn Abdullah, kalimah “MasyaaAllah” sesuai digunakan apabila melihat sesuatu yang menarik seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya lagi. Pendek kata apa saja perkara baik eloklah kalimah puji-pujian ini digunakan.
Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau kurang baik seperti yang dinyatakan di atas adalah salah dan tidak sesuai.
Sebaliknya lafaz yang sesuai pada ketika itu ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali).
Sekian.
Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Wallahualam!


May 30th, 2010 on 11:40 pm
ooo, macam tu kah???
akan saya sebarkan
May 31st, 2010 on 8:28 am
ya Amin… macam tu lah.. nampak simple tapi penting…
sampaikanlah walau satu ayat – antara sabda nabi SAW dalam khutbah Wida’…
May 31st, 2010 on 12:00 am
Terima kasih En. Zaki di atas info di atas. Saya penah buat silap..baru saya tahu apa maksud masyaAllah.
May 31st, 2010 on 8:29 am
sama-sama…
manusia yang sentiasa ingin belajar Allah akan ampunkan kesalahannya… Amiin…
May 31st, 2010 on 12:43 am
terima kasih membetulkan keadaan… memang selalu terjadi juga di depan mata…
May 31st, 2010 on 8:31 am
ya.. betul tu Zaidi…
kadang kita suka ikut orang buat.. sedangkan kita sendiri pun tak tahu kenapa orang buat… bila dah tahu barulah terasa kerdilnya ilmu kita ini…
May 31st, 2010 on 7:28 am
Salam… MasyaALLAH juga membawa maksud – “Apa yang Allah kehendaki”
Boleh rujuk website ini untuk lebih detail.
http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/maksud-kalimah-masyaallah.html
May 31st, 2010 on 8:32 am
terima kasih alfa…
saya baru masuk web tu…bertambah lagi ilmu di dada…
May 31st, 2010 on 8:08 am
Terima kasih..ilmu yg sedikit tetapi tinggi nilainya..
Sama-sama kita amalkan..
May 31st, 2010 on 8:33 am
Ya.. betultu Anuar…
ilmu tanpa amal … jadi makumat aje…
amal tanpa ilmu… jadi sesat pula….
mudah2an dapat sedikit dan kita amal… itu kan lebih baik ya…
May 31st, 2010 on 8:13 am
Terima kasih….kerana mengingatkan dan memperbetulkan. Sama-sama kita amalkan.
May 31st, 2010 on 8:33 am
Amiin… InsyaAllah… mula2 ni amal sikit2 ..lama dah terbiasa..
May 31st, 2010 on 8:23 am
Assalamualaikum…
Saya nak tambah sikit… Kebanyakan org kite salah faham penggunaan Innalillah… Kebanyakan (bukan semua), menggunakan Innalillah hanya pada kematian aje… Walhal, ianya sesuai digunakan apabila mendengar sesuatu yang tidak dikehendaki…
“ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155
May 31st, 2010 on 8:37 am
Waalaikumsalam Faizal,
Ya betul tu Faizal… kalau org mati mesti wajib lah kalimah tu disebut…
Sekarang cuba kita amal pula… kalau tersepak batu pun kita sebut kalimah Innalillah ni……bole ke agak2nya?… atau yg keluar opocot… mak kau… c*l*k* batu nih…
apapun kita sama-sama latih yer…
June 1st, 2010 on 10:40 pm
Yup, same2 kite praktis…
kadang2, saya pelik gak…
bile member2 cakap ayah die masuk wad sebab sakit, bile sebut innalillah, blh plak die cakap “wei, ayah aku xmati lg r”…
sabar jela nak kene terangkan satu2 kt diorg.
June 2nd, 2010 on 8:18 am
memang kena banyak sabo jer.. org yg belum khatam ngaji la tu… hehehe…
May 31st, 2010 on 9:50 am
T.kasih Pak Zaki. Ingat mengingati.
June 1st, 2010 on 7:10 am
sama-sama…
ingat memperingati manfaat bagi org mukmin…
May 31st, 2010 on 10:17 am
Assalamualaikum,
I have been reading and learning a lot and I came across about the phrase “Masya-Allah” few years back. Have tried to tell and convince friends & family members but they seem to take it for granted and choose to ignore me. Once, I questioned my family members about the meaning of “Masya-Allah”, no one can explain it to me. It is wise to know why we cite certain words and understand it by heart. Why when we cite “Allah hu Akhbar” when we pray our hands must be raise up next to our ears. Then only we can feel the greatness of God in us. Forgive me if I’m wrong for I’m still in learning stage in Islam. God is Great and I’m glad I’m one of the chosen one to revert back to the original path. Alhamdulilah.
Wassalam.
June 1st, 2010 on 7:17 am
Islam is our life… Muhammad is our role model….
Apabila seseorang sentiasa ada keinginan untuk belajar, Allah akan membuka jalan untuk dia mempelajari sesuatu yang baru…
Iktibarnya… jangan jadi seperti iblis… yang ada sifat bangga diri, khibir, ego dan sebagainya… apabila diperintah sujud oleh Allah… dia berkata aku diperbuat dpd api… Adam dpd tanah… Aku lebih baik dari Adam… inilah sifat bangga diri yg bahaya…
kita ni hamba Allah yang kerdil… kita tak punya apa… semua milik Allah…
semoga kita dipelihara Allah…Amiin.
May 31st, 2010 on 10:18 am
Assalamualaikum …..
Terima kasih berkongsi ilmu dengan Ida …sesungguhnya kata2 yang baik adalah lahir dari jiwa yang bersih …..:) dengan namaNYA Yang Maha Agung …..Yang Maha Indah …..keindahan milik Allah jua …
Bulan Feb yang lepas Ida bertemu dengan penulis buku Tips Haji Muda ….Tuan Haji Ridzuan pesan jangan kita lupa baca doa Nabi Yunus . kalau tak silaplah …yang ditelan ikan tu …..baca doa tu tiap2 hari …… bersihkan jiwa dan minda kita dari perkara yang negatif ……Allah pandang apa yang ada dalam hati kita …..
bacaan yang ringkas yang penuh bermakna ….sekadar berkongsi info …terima kasih sekali lagi buat Tuan Zaki Yusof .
June 1st, 2010 on 7:19 am
Waalaikumsalam Ida,
bagus doa Nabi Yunus tu… memang kita ni selalu menzalimi diri kita sendiri.. selalu berbuat dosa… istighfarlah jalan terbaik… Nabi SAW pun beristighfar 100 @ 70 kali sehari… apatah lagi kita ni ya…
sama-samalah kita dapat amalkan…
May 31st, 2010 on 10:45 am
alhamdulillah dapat ilmu lagi padi ni.. terima kasih
June 1st, 2010 on 7:20 am
sama-sama rinmy…
May 31st, 2010 on 11:25 am
ok….
terima kasih kerana mengingatkan…….
orait…….
June 1st, 2010 on 7:21 am
sama-sama fahmi… manusia @ insan ni dicipta sebagai pelupa.. sebab itulah kita disuruh ingat memperingati…
sama-sama kita dapat manfaat…
May 31st, 2010 on 12:32 pm
salam,
terima kasih kerana kongsi perkara ni…kita manusia byk buat kesilapan tanpa di sedari.
thnks
June 1st, 2010 on 7:22 am
betul tu syima… Allah pula Maha Pengampun…. semoga Allah ampunkan kita..
May 31st, 2010 on 3:28 pm
Ayat yg sepatutnya digunakan dgn betul selalu disalah ertikan atau dgn kata lain disalahguna. Perkataan, ayat dan maksud sebenar diperlakukan dgn sewenang-wenangnya tanpa mengetahui bahananya. Begitu juga penggunaan ayat alhamdulillah…juga turut disalahguna…
June 1st, 2010 on 7:24 am
Kekadang geli hati juga saya apabila melihat orang menggunakan perkataan Alhamdulillah… tatkala sedang melakukan kemungkaran… kasihan…
Namun… masih ada positifnya kerana masih ingat Allah juga…
sama-sama ambil iktibar…
May 31st, 2010 on 5:56 pm
Ya, betul tu tuan.. saya sokong.. antara maksud lain MasyaAllah ialah ‘Segala yang dikehendaki oleh Allah’ dan yg pastinya semua yg baik2 belaka..
Takbir!
June 1st, 2010 on 7:25 am
terima kasih tuan…
Allahu Akhbar….
May 31st, 2010 on 6:46 pm
terima kasih….anda dah sampaikan yang baik itu…walaupun satu ayat…Nabi amat suka umatnya saling pesan-memesan, ingat-mengingati…aminn..dan…
“”"” Hai orang 2 yang beriman..,berTAQWALAH kepada ALLAH dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)..”" surah al hasyr : ayat 18…
June 1st, 2010 on 7:27 am
terima kasih din… sama-samalah kita dapat manfaat…
June 1st, 2010 on 8:28 pm
Salam…
Semua yang berunsur baik pasti dapat pahalakan dengan niat yg baik gak kan…
Sblm tido, kita belajar dan biasa2kan diri istigfar. Moga Allah lembutkan hati2 kita nie..maklumlah hati manusia boleh dibolak balik..(ya muqallibal Quluub..Sabbit Quluubana ‘ala deeni wa tooati…Amin…)
June 2nd, 2010 on 8:17 am
Betul Isma…setuju sgt..
Sebelum tidur memang digalakkan utk bermuhasabah diri… banyak dosa pada hari tu… tidur adalah mati kecil yg belum tentu kita akan bangun lagi…
June 2nd, 2010 on 1:37 pm
alhamdullilah,
walaupun kita orang islam tp tak semua perkara kita arif, betul tak?
jadi sama-samalah kita belajar, tuntut ilmu kan dituntut hingga ke liang lahad.
June 6th, 2010 on 3:54 pm
salam,
Tq atas ingat mengingati.
Perbetulkan yang salah jika melakukannya.
June 8th, 2010 on 8:46 am
salam..
Terima kasih atas info yg telah diberikan…bagaimana pula dgn penggunaan “subhanAllah”, kalau boleh saudara kongsi bersama..
Jazakum Allah Khaira
June 8th, 2010 on 9:37 am
Ni yg biasa kita dengar: MasyaALLAH budak niiii…. Nakal sungguh!!!! Inilah kebiasaan kita… Kita gunakan MasyaALLAH bila kita marah atau nampak sesuatu yg tak elok… Barangkali kalau kita sebut MasyaALLAH bila kita kagum dengan apa yg kita lihat/dengar, barangkali orang akan berasa pelik; Apahal mamat ni, dengar berita yang gembira pun marah!!!
February 15th, 2011 on 3:34 pm
Alhamdulilah…saya dapat ilmu hari ini..di hari yg baik pulak..hari ni ialah Maulidur Rasul..
Terima kasih ye..