Archive for May, 2010

EzGuard di Pelikan / Konsortium Puchong.

Salam sejahtera sahabatku,

Sebentar tadi saya baru saja memasang EzGuard di Pelikan / Konsortium Puchong (bersebelahan dengan DHL).

Pihak pengurusan Konsortium telah mengarahkan syarikat kawalan keselamatan di sini menggunakan EzGuard bagi memastikan kawalan rondaan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

Ini tentunya dapat menjamin keadaan keselamatan di sekitar kawasan ini kerana pengawal keselamatan dipaksa membuat rondaan.

Alhamdulillah pemasangan berjalan lancar… dan sebaik saja selesai pemasangan, hujan pun turun dengan lebatnya. Oh… hujan rezeki lah tu agaknya. Mereka memasang 10 checkpoint di sekeliling gudang ini.

Saya kongsikan beberapa foto yang sempat dirakam.

Main Office di sini.

Ini pintu belakang rupanya.. saya ingatkan pintu utama kerana di depan ini jalan utama. Orang Puchong yang selalu melalui kawasan ini tentu perasan tempat ini.

Penyerahan EzGuard kepada syarikat kawalan keselamatan yang dilantik pihak Konsortium.

Sekitar gudang.

Pasang checkpoint di pokok pun boleh. Kawasan hujung pagar yang perlukan pemantauan di sini.

Guard hanya perlu membawa reader ini dan scan pada batang pokok ini. Tu saja.. Tandanya dah meronda lah tu… Ni terus test sekali!

Checkpoint di hadapan pintu utama salah satu gudang.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Konsortium dan syarikat kawalan keselamatan yang telah menggunakan EzGuard bagi memudahkan tugas mereka di sini. Saya percaya kedua-dua pihak akan dapat manfaatnya.

Bagi Konsortium, mereka dapat memastikan syarikat kawalan keselamatan yang dilantik menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya setimpal dengan bayaran yang diberikan.

Manakala bagi syarikat kawalan keselamatan pula, ini adalah salah satu value added services yang mereka berikan bagi membuktikan mereka adalah syarikat kawalan keselamatan yang boleh dipercayai dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Dalam bisnes kita kena kreatif juga… apa yang orang lain ada.. kita sepatutnya lebih daripada apa yang mereka ada. Itulah kemenangan persaingan namanya. Barulah dikatakan bijak dalam berniaga… Janganlah marah kalau dikatakan oleh Dr M satu masa dulu ”orang Melayu tak pandai berniaga…” mungkin ada betul kata-katanya.

Sesiapa yang berminat menjadi agen EzGuard, bolehlah menghubungi saya atau klik di sini. 

Tahukah anda 99% kadar penolakan EzGuard. Bermaksud jika anda demo sahaja mereka akan terpikat!


PayPal di Malaysia.

Satu berita baik ni…

Nampaknya Malaysia dah semakin maju setapak lagi dalam e-commerce… Saya ambil dari keratan Berita Harian Online – semalam 19/5/2010.

PayPal bakal buka pusat operasi perkhidmatan kedua Asia di Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Penyedia kaedah pembayaran dalam talian, PayPal, merancang membuka pusat operasi perkhidmatan Asianya yang kedua di Kuala Lumpur dalam tempoh enam bulan ini.

Ia bagi menampung permintaan yang kian meningkat untuk e-perdagangan, terutamanya di rantau Asean.

Naib Presiden PayPal Asia Pasifik, Farhad Irani, berkata syarikat pada masa ini sedang meninjau lokasi yang bersesuaian dan seterusnya mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

“Kami hanya boleh membuat pengumuman yang khusus dalam tempoh tiga bulan ini. Kami juga berharap pusat itu boleh beroperasi menjelang hujung tahun,” tambah beliau apabila ditanya mengenai pelaburan oleh syarikat itu untuk pusat berkenaan.

Irani berkata, pusat itu akan mengambil pekerja antara 250 hingga 400 orang dengan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa supaya dapat disesuaikan dengan pelbagai negara di Asean.

“Pada masa ini, syarikat mempunyai operasi perkhidmatan di Shanghai, China, dengan 450 pekerja,” katanya.

Beliau berkata, pembukaan pusat di Kuala Lumpur ini adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang syarikat untuk mengukuhkan lagi tapaknya di Malaysia.

Terdahulu, Irani telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan eBay.

Perjanjian MoU itu akan menyaksikan PayPal dan eBay menganjurkan beberapa siri seminar, bengkel dan menyediakan perkhidmatan sokongan perundingan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir turut hadir menyaksikan majlis berkenaan.

Pelaksanaan eBay untuk Program Perniagaan, akan menyaksikan PKS mendapatkan pengetahuan bagaimana mengendalikan penyelidikan pasaran secara berkesan, mengendalikan penyumberan dan pemasaran produk serta menyediakan perkhidmatan pengguna untuk sektor pedagang.

Irani berkata, PayPal dan eBay kekal yakin dengan prospek e-perdagangan.

“Dengan 15.8 juta pengguna internet dan e-perdagangan dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun melebihi 28 peratus dari tahun 2006 hingga 2010, potensi untuk Malaysia kekal menggalakkan,” jelas beliau.

eBay, contohnya, Malaysia ialah antara pasaran yang paling aktif di Asia Tenggara.

“Jumlah nilai produk yang dijual ke pasaran seberang laut seperti Amerika Syarikat atau Eropah oleh penjual eBay Malaysia saja, berkembang sebanyak 69 peratus tahun atas tahun pada Januari 2010,” kata beliau.

Dilaporkan yang PayPal memproseskan lebih daripada AS$6 bilion dari segi jumlah pembayaran di Asia Pasifik pada tahun 2009.

Irani berkata, dengan kerjasama istimewa dengan Matrade ini, ahli-ahli yang melanggan akaun PayPal akan mendapat manfaat diskaun 25 peratus ke atas semua yuran transaksi untuk 100 transaksi pertama yang dibuat dalam tempoh tiga bulan mereka mendaftar.

Selain daripada itu, eBay akan turut mengenepikan yuran kemasukan bagi 100 penyenaraian pertama yang diwujudkan oleh ahli-ahli Matrade.

PayPal, adalah syarikat eBay, menguruskan lebih daripada 84 juta akaun aktif di 190 pasaran dan 24 mata wang seluruh dunia. – Bernama


EzGuard di Imbi Plaza

Salam ceria sahabatku,

Anda ingat lagi Imbi Plaza?

Sudah lama sebenarnya saya tidak ke sini. Dahulu seingat saya 10 tahun lepas kali terakhir saya ke sini. Itupun semata-mata untuk mencari dan melihat barang-barang ICT seperti komputer, printer dan sebagainya. Apa sahaja barang-barang komputer pasti ada di sini.

Pemandangan terkini dari bahagian belakang Imbi Plaza.

Semalam, saya telah datang semula ke Imbi Plaza. Tetapi saya merasakan Imbi Plaza yang dahulu tidak sama dengan hari ini.

Kedai-kedai komputer di Imbi Plaza.

Dahulu ianya memang meriah dan kedai-kedai komputer yang sesak dengan orang ramai. Kini ianya agak lengang walaupun masih terdapat kedai-kedai komputer seperti dulu.

Saya difahamkan ini disebabkan sudah banyak IT Mall berdekatan yang diwujudkan berdekatan dengan Imbi Plaza seperti di Low Yat dan Times Square. Atau mungkin saya berada di sini pada bukan hari cuti / hujung minggu?

Yang paling jelasnya… sekarang ini kebanyakan pekerja atau pembantu kedai di sini terdiri dari warga asing seperti Pakistan dan Bangladesh. Mereka ini rata-ratanya saya lihat terlibat di kedai-kedai membaikpulih komputer.

Ni salah seorang daripadanya…

Di sebelah kiri sekali, mungkin Bangla / Pakistani ’technician’ (mungkin tokey) kedai komputer and repairing.

Sejak beberapa tahun lepas Imbi Plaza diurus oleh Joint Management Body (JMB). Kedatangan saya di sini ialah untuk memasang EzGuard yang telah ditempah oleh pihak JMB.

Pemasangannya merangkumi keseluruhan bangunan setinggi 7 tingkat. Bangunan Imbi Plaza ini rupa-rupanya mengandungi ruang pejabat di tingkat 5,6 & 7 manakala kedai-kedai komputer di tingkat G dan LG. Selebihnya iaitu tingkat 2,3 dan 4 adalah kawasan parking kenderaan.

Bangunan ini adalah bangunan lama. Dan ia adalah bangunan terawal yang popular yang menjadi mercu tanda di kawasan Bukit Bintang suatu masa dulu. Sesiapa sahaja pasti biasa mendengar nama Imbi Plaza.

Penyerahan EzGuard kepada wakil JMB Imbi Plaza.

Pemasangan checkpoint EzGuard di kawasan parking. Ini bagi memastikan kawalan rondaan dilakukan di kawasan ini.

Pemasangan checkpoint di luar bangunan. Untuk pemantauan di pintu masuk.

Checkpoint dipasang di spot-spot tertentu di kawasan kedai-kedai bagi memastikan rondaan dibuat di kawasan ini oleh pengawal keselamatan. Peniaga di sini pasti lega kerana nak tak nak guard terpaksa meronda di kawasan ini.

Saya sedang menunjukkan cara-cara melihat report EzGuard. Mudah sangat… cuma klik jer. Report terus keluar. Boleh print, save atau emelkan kepada pihak management. 200% jimatkan masa kerani untuk dapatkan laporan rondaan.

Tempat anda nak guna EzGuard? Klik di sini.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress