Salam ceria sahabatku sekalian,
Seperti biasa saya ingin kongsikan beberapa perkara yang berlaku di JTC. Memandangkan blog ini pun sebagai mengimbas kenangan lalu maka saya kongsikan juga berita yang sudah agak lama… tapi akan selalu segar dalam ingatan (ingatan saya lah…) Harap-harap anda masih sudi membacanya ya…
Pada hari Sabtu & Ahad 2 minggu yang lepas, telah diadakan 2 kursus serentak di JTC1 dan JTC2.
Kursus di JTC1:
1-Bengkel Pemasaran Ebook (Sabtu – 8 Mei 2010)
2-Kursus Affiliate Kerajaan (Ahad – 9 Mei 2010)
Kedua-duanya dijalankan oleh sdr. Jamaludin Bahari. Seorang IM yang menjana pendapatan lumayan dengan produk ebook dan program affiliate.
Saya kongsikan beberapa foto yang sempat diambil semasa kursus dijalankan di JTC1:
Sebenarnya ini kursus yang ke-4 beliau mengadakannya di sini.
Baru-baru ini beliau telah menubuhkan training center sendiri di Shah Alam. Saya juga turut diundang ke majlis doa selamat dan meraikan training center beliau yang baru. Syabas saya ucapkan!
Semoga dengan adanya training center beliau sendiri lebih ramai masyarakat berpeluang mempelajari tentang pernigaan Internet yang sebenarnya.
Bergambar kenang-kenangan bersama beberapa IM di training center milik Sdr. Jamal bersama 2 orang rakan kongsinya iaitu Sdr. Sam & Ashraf. Nama training center beliau ialah IM Training Center terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Kursus di JTC2 (8 Mei 2010)
Manakala di JTC2 pula pada 8 Mei (Ahad) telah diadakan Kursus Membongkar Potensi Diri yang dianjurkan oleh Puan Siti Hajar dari HZ Academy.
Ini kali pertama beliau mengadakan kursus di JTC. Sebelum ini beliau memang biasa mengadakan kursus seperti ini. Memang menarik kursus ini supaya kita dapat mengetahui bagaimana untuk mengenal dan mengetahui potensi diri kita yang sebenarnya.
Saya juga sempat mendengar beberapa slot daripada kursus ini. Yang menariknya pendekatan agama juga diterapkan dalam kursus ini.
Saya kongsikan beberapa foto yang sempat diambil:
Atas permintaan ramai, beliau akan mengadakan sekali lagi kursus ini pada hujung minggu ini iaitu 23 Mei (Ahad) ini di JTC1, Bdr. Tasik Selatan, KL.
Yuran bengkel Free ajer… cuma bayar yuran untuk sewaan kemudahan training dan material yang berkaitan. Cuma RM100 sahaja! Memang baik hati sungguh Puan Siti Hajar ni… kerana biasanya memang tak dapat harga kursus seperti ini! Rugi kalau tak rebut peluang sebegini.
Untuk penyertaan, silalah berhubung dengan Pn. Siti Hajar sendiri ya.. klik di sini. Tempat sangat terhad.








January 15th, 2011 on 6:57 am
Saya memang teringin nak join, pada masa ini tak sempat lagi, masa belum ada, buat masa ini sekadar tengok dvd dan baca ebook, kemudian cuba-cuba, InsyaAllah suatu hari nanti saya akan Join IM semua