Salam ceria sahabatku,

Saya ada menerima beberapa keluhan, katanya “saya dah telefon Zaki banyak kali… tapi tak dijawab. Kadang-kadang susah sangat nak dapat line. Asyik engage aje…”

Susah juga saya nak jawab soalan ni. Kalau nak jawab tentulah saya akan tanya…”Bila telefon? Jam berapa? Hari apa?” 

Sebenarnya telefon saya ni sentiasa on 24 jam. Orang lain telefon tiada masalah pula.

Ok tak mengapa… Ada 2 persoalan di sini.

Pertamanya, telefon berdering tapi tak dijawab.

Keduanya, talian telefon langsung tak dapat dihubungi.

Baiklah… saya akan jawab kedua-dua masalah ini. Saya akan senaraikan sebab-sebab mengapa panggilan tersebut tidak dijawab. Supaya anda tidak salah faham dengan saya. Lain kali mudah lah kita nak berhubungan ya… Hakikatnya saya sangat menghargai sebarang panggilan daripada anda.

Masalah #1: HP berdering tapi tidak dijawab.

Sebab-sebabnya…

1. Saya sedang bersembahyang. Ini antara yang kerap berlaku. Kadang-kadang, saya hanya silentkan sahaja HP apabila bersembahyang. Atau kadangkala saya offkan sahaja. Jadi… bila saya silentkan memang talian dapat dihubungi tetapi saya tak dapat lah nak menjawabnya.

Saya memang mementingkan waktu solat dan selalunya tiap-tiap waktu saya akan solat di masjid @ surau berdekatan. Jadi kebiasaannya waktu solat dimasjid @ surau akan mengambil masa dalam lingkungan 30 – 45 minit untuk selesai. Makanya  jika anda membuat panggilan waktu tersebut memanglah tidak akan dijawab.

Jadi elakkan menghubungi saya pada waktu ini (dalam lingkungan 30 – 40 minit selepas sahaja masuk waktu sembahyang).

2- Waktu saya sedang mesyuarat / berbincang / berjumpa  pelanggan samada secara face-to-face atau saya sedang berbincang menggunakan telefon lain. Seboleh-bolehnya saya akan cuba menghargai pertemuan dan perbincangan yang sedang diadakan dengan tidak menjawab panggilan.

3- Saya sedang melakukan kerja-kerja yang tidak mengizinkan untuk menjawab panggilan. Contohnya saya sedang mengendalikan kursus, makan, mandi, memanjat tangga, berada di dalam tandas dan sebagainya.

4- HP saya dalam ‘Silent Mode’. Perkara ini kadangkala berlaku kerana saya terlupa untuk menukarkannya kepada ‘Ring Mode’. Oleh itu saya tidak sedar ada panggilan yang masuk.

5- HP saya tertinggal seperti di dalam kereta, pejabat atau di rumah. Namun keadaan ini jarang berlaku kerana biasanya saya akan pastikan hp sentiasa berada bersama saya.

6- Anda menelefon menggunakan nombor syarikat (general line). Semasa anda menelefon, saya tidak dapat menjawab panggilan atas beberapa sebab di atas.  Nombor anda akan tertera sebagai missed call di hp saya.

Saya pun membuat panggilan semula kepada anda. Panggilan saya dijawab oleh seseorang dimana apabila saya bertanyakan kepadanya, beliau pun tidak pasti siapa sebenarnya yang telah membuat panggilan kepada saya.

Oleh itu, sukar untuk saya menghubungi anda semula jika anda menggunakan nombor syarikat @ general line.

7- Anda menelefon di waktu yang kurang sesuai seperti waktu malam – di tengah malam. Pada masa itu mungkin saya sedang tidur. Lagipun di waktu begitu bukanlah masa yang sesuai untuk anda menghubungi seseorang melainkan buah hati anda… :-)

Masalah #2: HP susah nak dapat line.

1- HP saya habis bateri. Kadangkala semasa berada di luar pejabat hp saya kehabisan bateri. Walaupun selalunya saya akan pastikan hp saya full charge setiap masa. Tapi kita ni manusia… kadangkala terlepas pandang juga perkara ni. Jadi terpaksa tunggu saya masuk ke pejabat barulah hp boleh dicaj semula (kerana charger hanya ada di rumah @ pejabat sahaja!). Oleh itu, jika kebetulan saya ada urusan di luar yang perlu diselesaikan dahulu dan hp saya kehabisan bateri, maka sepanjang tempoh itulah saya sukar dihubungi.

2- HP saya sedang digunakan. Kebetulan semasa anda membuat panggilan, hp saya sedang digunakan untuk bercakap dengan pihak lain. Jadi tentulah sukar untuk anda mendapat line.

3- Saya berada di luar liputan talian. Tapi keadaan ini jarang berlaku kerana saya bukannya selalu ke kawasan pedalaman. Coverage untuk talian ini pula boleh dikatakan meluas. Jadi ianya sangat jarang berlaku.

4- HP saya rosak. Perkara ini memang jarang berlaku kerana HP selalunya susah untuk meragam. Namun kemungkinan ia berlaku tetap ada.

Tindakan alternatif untuk semua perkara di atas:

(i) Telefon semula saya …

ATAU

(ii) Tinggalkan SMS sahaja terlebih dahulu.

InsyaAllah saya akan menghubungi anda semula.

Silalah hubungi saya jika anda berhajat untuk bercakap dengan saya… panggilan anda sangat saya hargai. Semoga penjelasan ini memudahkan kita untuk berhubungan lagi.

Untuk menghubungi saya: 019-2626 101

Sekiranya semua percubaan telefon di atas gagal, sila hubungi saya melalui emel di zaki@zakiyusof.com