Salam sejahtera sahabatku,
Sebentar tadi saya baru saja memasang EzGuard di Pelikan / Konsortium Puchong (bersebelahan dengan DHL).
Pihak pengurusan Konsortium telah mengarahkan syarikat kawalan keselamatan di sini menggunakan EzGuard bagi memastikan kawalan rondaan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.
Ini tentunya dapat menjamin keadaan keselamatan di sekitar kawasan ini kerana pengawal keselamatan dipaksa membuat rondaan.
Alhamdulillah pemasangan berjalan lancar… dan sebaik saja selesai pemasangan, hujan pun turun dengan lebatnya. Oh… hujan rezeki lah tu agaknya. Mereka memasang 10 checkpoint di sekeliling gudang ini.
Saya kongsikan beberapa foto yang sempat dirakam.
Main Office di sini.
Ini pintu belakang rupanya.. saya ingatkan pintu utama kerana di depan ini jalan utama. Orang Puchong yang selalu melalui kawasan ini tentu perasan tempat ini.
Penyerahan EzGuard kepada syarikat kawalan keselamatan yang dilantik pihak Konsortium.
Sekitar gudang.
Pasang checkpoint di pokok pun boleh. Kawasan hujung pagar yang perlukan pemantauan di sini.
Guard hanya perlu membawa reader ini dan scan pada batang pokok ini. Tu saja.. Tandanya dah meronda lah tu… Ni terus test sekali!
Checkpoint di hadapan pintu utama salah satu gudang.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Konsortium dan syarikat kawalan keselamatan yang telah menggunakan EzGuard bagi memudahkan tugas mereka di sini. Saya percaya kedua-dua pihak akan dapat manfaatnya.
Bagi Konsortium, mereka dapat memastikan syarikat kawalan keselamatan yang dilantik menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya setimpal dengan bayaran yang diberikan.
Manakala bagi syarikat kawalan keselamatan pula, ini adalah salah satu value added services yang mereka berikan bagi membuktikan mereka adalah syarikat kawalan keselamatan yang boleh dipercayai dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.
Dalam bisnes kita kena kreatif juga… apa yang orang lain ada.. kita sepatutnya lebih daripada apa yang mereka ada. Itulah kemenangan persaingan namanya. Barulah dikatakan bijak dalam berniaga… Janganlah marah kalau dikatakan oleh Dr M satu masa dulu ”orang Melayu tak pandai berniaga…” mungkin ada betul kata-katanya.
Sesiapa yang berminat menjadi agen EzGuard, bolehlah menghubungi saya atau klik di sini.
Tahukah anda 99% kadar penolakan EzGuard. Bermaksud jika anda demo sahaja mereka akan terpikat!









May 21st, 2010 on 9:30 am
Syabas tuan Zaki,
Semoga bisnes terus berdaya maju dan maju…………
Boleh dikatakan saya mengikuti perkembangan EzGuard tuan, tapi masih belum menjadi agen lagi…he he,.hati tu nak juga join tapi masih belum ada kelapangan.
Syabas!!
May 26th, 2010 on 4:57 pm
kalau nak join senang aje… kita memang watkan bisnes ni yg senang jual dan senang nak bisnes..
kalau nak jadi agen secara online je pun bole…
kalau ada mana2 contact yg minat bole la inform saya.. nanti saya leh datang sana buat demo… (lembah klang la yer…)
May 26th, 2010 on 11:43 pm
Salam tuan zaki,
saya amat berminat untuk menjadi agen PTN di Perak cuma saya tertanya adakah saya perlukan mempunyai sebuah syarikat yang berdaftar???
Harap dapat membantu..
May 27th, 2010 on 3:19 am
Salam Faidul,
untuk jadi agen tak perlu syarikat. Individu pun boleh..