Salam ceria sahabatku,
Anda ingat lagi Imbi Plaza?
Sudah lama sebenarnya saya tidak ke sini. Dahulu seingat saya 10 tahun lepas kali terakhir saya ke sini. Itupun semata-mata untuk mencari dan melihat barang-barang ICT seperti komputer, printer dan sebagainya. Apa sahaja barang-barang komputer pasti ada di sini.
Pemandangan terkini dari bahagian belakang Imbi Plaza.
Semalam, saya telah datang semula ke Imbi Plaza. Tetapi saya merasakan Imbi Plaza yang dahulu tidak sama dengan hari ini.

Kedai-kedai komputer di Imbi Plaza.
Dahulu ianya memang meriah dan kedai-kedai komputer yang sesak dengan orang ramai. Kini ianya agak lengang walaupun masih terdapat kedai-kedai komputer seperti dulu.
Saya difahamkan ini disebabkan sudah banyak IT Mall berdekatan yang diwujudkan berdekatan dengan Imbi Plaza seperti di Low Yat dan Times Square. Atau mungkin saya berada di sini pada bukan hari cuti / hujung minggu?
Yang paling jelasnya… sekarang ini kebanyakan pekerja atau pembantu kedai di sini terdiri dari warga asing seperti Pakistan dan Bangladesh. Mereka ini rata-ratanya saya lihat terlibat di kedai-kedai membaikpulih komputer.
Ni salah seorang daripadanya…
Di sebelah kiri sekali, mungkin Bangla / Pakistani ’technician’ (mungkin tokey) kedai komputer and repairing.
Sejak beberapa tahun lepas Imbi Plaza diurus oleh Joint Management Body (JMB). Kedatangan saya di sini ialah untuk memasang EzGuard yang telah ditempah oleh pihak JMB.
Pemasangannya merangkumi keseluruhan bangunan setinggi 7 tingkat. Bangunan Imbi Plaza ini rupa-rupanya mengandungi ruang pejabat di tingkat 5,6 & 7 manakala kedai-kedai komputer di tingkat G dan LG. Selebihnya iaitu tingkat 2,3 dan 4 adalah kawasan parking kenderaan.
Bangunan ini adalah bangunan lama. Dan ia adalah bangunan terawal yang popular yang menjadi mercu tanda di kawasan Bukit Bintang suatu masa dulu. Sesiapa sahaja pasti biasa mendengar nama Imbi Plaza.
Penyerahan EzGuard kepada wakil JMB Imbi Plaza.
Pemasangan checkpoint EzGuard di kawasan parking. Ini bagi memastikan kawalan rondaan dilakukan di kawasan ini.

Pemasangan checkpoint di luar bangunan. Untuk pemantauan di pintu masuk.
Checkpoint dipasang di spot-spot tertentu di kawasan kedai-kedai bagi memastikan rondaan dibuat di kawasan ini oleh pengawal keselamatan. Peniaga di sini pasti lega kerana nak tak nak guard terpaksa meronda di kawasan ini.
Saya sedang menunjukkan cara-cara melihat report EzGuard. Mudah sangat… cuma klik jer. Report terus keluar. Boleh print, save atau emelkan kepada pihak management. 200% jimatkan masa kerani untuk dapatkan laporan rondaan.
Tempat anda nak guna EzGuard? Klik di sini.










Kini Low Yat lebih populardari Imbi saya rasa, memandangkan ia kini jadi tumpuan sesiapa sahaja. Mungkin peminat teknologi mempunyai demand yg tinggi tntg ICT masa kini. Oh ya, Sistem ini boleh ke dipasang sekiranya menggunakan perisian window 7?
[Reply]
Zaki Reply:
May 19th, 2010 at 3:20 pm
Ya tuan.. mungkin betul juga… tapi saya pun dah lama tak ke low yat.. cuma kekadang singgah ke forum lowyat.net…
S/ware boleh dipasang ke Windows 7… saya sudah mencubanya… tiada masalah.
[Reply]