Archive for May, 2010

Penggunaan “MasyaAllah”.

Salam sahabatku,

Sambil-sambil saya membaca emel yang lepas-lepas, saya terjumpa satu topik menarik ini. Rasanya elok saya kongsikan topik ini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya.

Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu?

Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. 

Namun pernahkan anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya?

Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar-gambar yang kurang baik, melihat perkara-perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya.

Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY.

Mengikut buku “What Do Say” oleh Kathyn Abdullah, kalimah “MasyaaAllah” sesuai digunakan apabila melihat sesuatu yang menarik seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya lagi. Pendek kata apa saja perkara baik eloklah kalimah puji-pujian ini digunakan.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau kurang baik seperti yang dinyatakan di atas adalah salah dan tidak sesuai.

Sebaliknya lafaz yang sesuai pada ketika itu ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali).

Sekian.

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Wallahualam!


Bengkel Website 22-23 Mei 2010.

Salam sejahtera sahabatku,

Pada 22 – 23 Mei iaitu hari Sabtu – Ahad lepas, telah diadakan kursus bengkel website di JTC2, Puchong.

Ramai yang datang dan memang menjadi kebiasaan penyertaan daripada seluruh negara. Peserta paling jauh kali ini daripada Johor dan Pahang.

Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Anda semua memang BEST!!!

Sulfahmi baru nak control handsome tu :-) . Kalau telefon rosak inilah pakarnya! Kerap dijemput mengendalikan kursus membaiki handphone. Sebenarnya kepakaran tuan adalah salah satu dari produk yang boleh dimajukan lagi melalui Internet.  Amalkan teknik yang dipelajari.. InsyaAllah bisnes tuan akan lebih maju nanti.

Naziehah dan Rosidah. 2 bakal usahawanita Internet yang bakal menggegar dunia IM. Ya.. ini cabaran saya kepada anda berdua :-) :-) . Naziehah ni juga sebenarnya seorang tauke itik di kampung. Walaupun datang ke kursus bengkel website ni tapi bisnes itik beliau tetap mahsyuk. Hari kursus ni je ada pelanggan tempah 3000 biji telur itik daripada beliau. Itu baru marketing ‘bodo-bodo’  je kata beliau… Apa kata lepas ni promosikan telur itik cara Internet marketing pulak…  Yang penting amalkan teknik yang diajarkan…gerenti meletup! InsyaAllah.

2 orang pakar IT.  Nabil & Alfa. Gandingan yang mantap. Walaupun begitu masih perlu menghadiri bengkel website kerana belajar tiada guru umpama belajar yang tidak sempurna. 

 

Hj.@ Cikgu Zaki dan Anuar. Masing-masing guru dan kontraktor. Tak kurang hebat juga mereka berdua ni … hasilnya meyakinkan. Dalam masa 2 hari ni laman web berjaya disiapkan dan dicapai di Internet. 100% buat sendiri. Balik ke rumah cuba akses… hosting dan username masih boleh digunakan ya.

Shairul dan Sarifuddin… semua okay…

Dari kiri: Shairul (Bandar Tasik Selatan), Azman (Muadzam Shah), Nik Mohd Zaman (Kinrara), Sarifuddin (Alor Gajah), Azhar (Putrajaya), Haidir (Kuala Kangsar), Alfa (Putrajaya), Anuar (Johor), Rosdin (Putra Perdana, Puchong), Zainal (Temerloh), Nabil (Ipoh), Azimah (Klang), Rosidah (Bt. Pahat), Naziehah (Rawang), Hj. Zaki @ Cikgu Zaki (Bentong), Sulfahmi (Selayang), Roslan (Kota Damansara), Zarudin (Johor), saya la tu…

 Maklumbalas dan testimoni peserta.

Lihat foto album lagi…? Klik di sini.


Kenapa Saya Tak Jawab Telefon?

Salam ceria sahabatku,

Saya ada menerima beberapa keluhan, katanya “saya dah telefon Zaki banyak kali… tapi tak dijawab. Kadang-kadang susah sangat nak dapat line. Asyik engage aje…”

Susah juga saya nak jawab soalan ni. Kalau nak jawab tentulah saya akan tanya…”Bila telefon? Jam berapa? Hari apa?” 

Sebenarnya telefon saya ni sentiasa on 24 jam. Orang lain telefon tiada masalah pula.

Ok tak mengapa… Ada 2 persoalan di sini.

Pertamanya, telefon berdering tapi tak dijawab.

Keduanya, talian telefon langsung tak dapat dihubungi.

Baiklah… saya akan jawab kedua-dua masalah ini. Saya akan senaraikan sebab-sebab mengapa panggilan tersebut tidak dijawab. Supaya anda tidak salah faham dengan saya. Lain kali mudah lah kita nak berhubungan ya… Hakikatnya saya sangat menghargai sebarang panggilan daripada anda.

Masalah #1: HP berdering tapi tidak dijawab.

Sebab-sebabnya…

1. Saya sedang bersembahyang. Ini antara yang kerap berlaku. Kadang-kadang, saya hanya silentkan sahaja HP apabila bersembahyang. Atau kadangkala saya offkan sahaja. Jadi… bila saya silentkan memang talian dapat dihubungi tetapi saya tak dapat lah nak menjawabnya.

Saya memang mementingkan waktu solat dan selalunya tiap-tiap waktu saya akan solat di masjid @ surau berdekatan. Jadi kebiasaannya waktu solat dimasjid @ surau akan mengambil masa dalam lingkungan 30 – 45 minit untuk selesai. Makanya  jika anda membuat panggilan waktu tersebut memanglah tidak akan dijawab.

Jadi elakkan menghubungi saya pada waktu ini (dalam lingkungan 30 – 40 minit selepas sahaja masuk waktu sembahyang).

2- Waktu saya sedang mesyuarat / berbincang / berjumpa  pelanggan samada secara face-to-face atau saya sedang berbincang menggunakan telefon lain. Seboleh-bolehnya saya akan cuba menghargai pertemuan dan perbincangan yang sedang diadakan dengan tidak menjawab panggilan.

3- Saya sedang melakukan kerja-kerja yang tidak mengizinkan untuk menjawab panggilan. Contohnya saya sedang mengendalikan kursus, makan, mandi, memanjat tangga, berada di dalam tandas dan sebagainya.

4- HP saya dalam ‘Silent Mode’. Perkara ini kadangkala berlaku kerana saya terlupa untuk menukarkannya kepada ‘Ring Mode’. Oleh itu saya tidak sedar ada panggilan yang masuk.

5- HP saya tertinggal seperti di dalam kereta, pejabat atau di rumah. Namun keadaan ini jarang berlaku kerana biasanya saya akan pastikan hp sentiasa berada bersama saya.

6- Anda menelefon menggunakan nombor syarikat (general line). Semasa anda menelefon, saya tidak dapat menjawab panggilan atas beberapa sebab di atas.  Nombor anda akan tertera sebagai missed call di hp saya.

Saya pun membuat panggilan semula kepada anda. Panggilan saya dijawab oleh seseorang dimana apabila saya bertanyakan kepadanya, beliau pun tidak pasti siapa sebenarnya yang telah membuat panggilan kepada saya.

Oleh itu, sukar untuk saya menghubungi anda semula jika anda menggunakan nombor syarikat @ general line.

7- Anda menelefon di waktu yang kurang sesuai seperti waktu malam – di tengah malam. Pada masa itu mungkin saya sedang tidur. Lagipun di waktu begitu bukanlah masa yang sesuai untuk anda menghubungi seseorang melainkan buah hati anda… :-)

Masalah #2: HP susah nak dapat line.

1- HP saya habis bateri. Kadangkala semasa berada di luar pejabat hp saya kehabisan bateri. Walaupun selalunya saya akan pastikan hp saya full charge setiap masa. Tapi kita ni manusia… kadangkala terlepas pandang juga perkara ni. Jadi terpaksa tunggu saya masuk ke pejabat barulah hp boleh dicaj semula (kerana charger hanya ada di rumah @ pejabat sahaja!). Oleh itu, jika kebetulan saya ada urusan di luar yang perlu diselesaikan dahulu dan hp saya kehabisan bateri, maka sepanjang tempoh itulah saya sukar dihubungi.

2- HP saya sedang digunakan. Kebetulan semasa anda membuat panggilan, hp saya sedang digunakan untuk bercakap dengan pihak lain. Jadi tentulah sukar untuk anda mendapat line.

3- Saya berada di luar liputan talian. Tapi keadaan ini jarang berlaku kerana saya bukannya selalu ke kawasan pedalaman. Coverage untuk talian ini pula boleh dikatakan meluas. Jadi ianya sangat jarang berlaku.

4- HP saya rosak. Perkara ini memang jarang berlaku kerana HP selalunya susah untuk meragam. Namun kemungkinan ia berlaku tetap ada.

Tindakan alternatif untuk semua perkara di atas:

(i) Telefon semula saya …

ATAU

(ii) Tinggalkan SMS sahaja terlebih dahulu.

InsyaAllah saya akan menghubungi anda semula.

Silalah hubungi saya jika anda berhajat untuk bercakap dengan saya… panggilan anda sangat saya hargai. Semoga penjelasan ini memudahkan kita untuk berhubungan lagi.

Untuk menghubungi saya: 019-2626 101

Sekiranya semua percubaan telefon di atas gagal, sila hubungi saya melalui emel di zaki@zakiyusof.com


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress