Salam sejahtera sahabat sekalian,
Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat hendaknya.
Alhamdulillah pada 17-18 April 2010 (2 hari) iaitu pada hari Sabtu – Ahad lepas telah diadakan kursus Bengkel Website di JTC2. Ini adalah kali pertama kursus bengkel website diadakan di sini. Sebelum ini ianya diadakan di JTC1.
Alhamdulillah ramai yang datang… jadi meriahlah JTC2…
Terima kasih kepada semua peserta yang telah datang. Saya sangat teruja dengan kehadiran anda semua. Ada yang datang sejauh Perlis, Alor Setar, Sg. Petani, Ipoh, Kuantan. Walaupun berbeza tempat namun tujuan dan matlamat adalah sama iaitu untuk mempelajari suatu ilmu yang sangat penting tentang Perniagaan Internet.
Semoga semangat dan pengorbanan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya selepas bengkel ini.
Saya kongsikan beberapa keping foto yang sempat diambil semasa 2 hari bengkel berlangsung.
Klik foto – besarkan.
Wanita dari kiri: Masriyah (usahawan minyak wangi – aroma2u.biz), Farahafizah (nanti saya tanyakan kursus tu ya..), Asmani (oh rupanya suami kawan lama dulu ya..), Kak Siti (usahawan buluh madu & wewanita.com.my), Zarina (di Puchong juga rupanya…).
Lelaki dari kiri: Amir Hamzah, Zulkarnain (usahawan butik + civil engineer), Cikgu Rosman (selalu kita contact ya..), Razali (rasanya orang jawa lah Razali ni..), Hashim (dah banyak juga belajar ilmu Internet Bisnes), Sharidan, Noor Azmi, Mohd Fateh (pakar telekomunikasi ni…29 tahun pengalaman), Azhar Tajudin (usahawan kraftangan – orang daerah juga rupanya), Sheikh Ishak, Idris, Mohamad Rosli, Abdullah (Usahawan minyak wangi aroma2u.biz), Azhar Ahmed (abang tentera yang meminati perniagaan Internet), Saya. (Tiada dalam Foto: Ahmadi – penceramah motivasi)
Selepas ni jangan lupa ya… Praktik dan terus praktik ya…
Jika ada sebarang masalah @ pertanyaan hubungilah saya.









April 20th, 2010 on 1:16 pm
Kursus yang berbaloi, ada bahan rujukan sekali. Ini yang memudahkan saya untuk membuat web. Saya sedang berusaha menyiapkan web saya, iaitu dgn menukar no telefon baru anda tak perlu bayar bil, tak perlu top-up lagi, best tak…
April 20th, 2010 on 6:00 pm
Teruskan tuan… sentiasa ghairahkan diri dengan ilmu…
Jangan putus asa… banyak bisnes yang boleh diceburi asalkan kita kreatif dan bijak mengambil peluang.
Tak sabar nak tgk hasil laman web tuan nanti…
April 20th, 2010 on 6:18 pm
Tahniah kepada semua yang hadir!Diharapkan anda semua akan teruskan praktikkan ilmu yang dipelajari..saya juga bekas peserta BengkelWebsite dan sangat berpuas hati sebab sekarang saya dah ada website sendiri dan memudahkan lagi perniagaan Taska & Tadika…
April 21st, 2010 on 11:03 am
Betul kata Farah tu… Amalkanlah ilmu yang dipelajari ya…
Farah pun dah terror buat website dia sendiri tu…
April 20th, 2010 on 9:14 pm
tahniah yang dapat menghadirkan diri.Mudah-mudahan Ilmu yang diperolehi boleh diaplikasikan. Ada rezki insallah, jumpa dikumpulan kursus yang lain.
April 21st, 2010 on 11:06 am
Salam Kak Abib..
terima kasih melawati laman blog ni… InsyaAllah moga dapat juga berjumpa nanti..
April 21st, 2010 on 4:53 pm
Tahniah kepada yang telah selesai menamatkan kursus ini ..harap2 balik rumah tu jangan tinggal pulak ..teruskan mengamalkan trial and error ..semoga berjaya semua …
April 23rd, 2010 on 5:14 pm
tuan,
Berapa bayaran jika saya jemput tuan mengadakan bengkel atau kursus internet di Sabah. email saya shookrie@hotmail.com
April 27th, 2010 on 8:14 am
Salam En. Shookrie,
Tuan boleh emelkan kepada saya maklumat tentang bengkel yg bakal dianjurkan di sana..
InsyaAllah saya akan lihat kesesuaiannya nanti…
April 24th, 2010 on 11:55 pm
wahh… bengkel yang sungguh bagus..
April 27th, 2010 on 8:13 am
Salam Zik,
Terima kasih lawat blog saya ni…
Ya.. memang bengkel ini baik untuk yang nak mempelajari apa itu perniagaan Internet sebenar… Sekarang ni kan macam2 org yg gunakan nama perniagaan Internet… kalau takde ilmu memang mudah terpedaya dengan nama perniagaan Internet tu…
April 27th, 2010 on 2:56 pm
saya setuju dengan pendapat encik shookrie tu. bagus juga kalau tuan dapat menganjurkan bengkel perniagaan internet di sabah sebab masih ramai orang sini yang belum ada ilmu untuk membina laman web sendiri. kedatangan tuan ke sabah sangat-sangat kami alukan.
April 27th, 2010 on 3:26 pm
InsyaAllah kalau ada permintaan di sana… apa salahnya…
demi menyebarkan ilmu tentang perniagaan sebenar….
terima kasih atas sokongan tuan… membuatkan saya bersemangat untuk terus menyebar luas ilmu ini…