Masih ingat lagi dengan pelancaran High Speed Broadband (HSBB) atau Internet Berkelajuan Tinggi oleh PM Dato Seri Najib pada 24 Mac 2010 tempohari?
Beruntunglah jika anda tinggal di kawasan ini:
1. Bangsar
2. Taman Tun Dr. Ismail
3. Subang Jaya
4. Shah Alam
…kerana anda boleh melanggan perkhidmatan HSBB ini.
Bayangkanlah kelajuan paling rendah HSBB ialah pada tahap 5Mbps…. berbanding Streamyx kelajuan paling tinggi pun hanyalah 4Mbps.
Dengan teknologi HSBB anda boleh menikmati perkhidmatan tiga serangkai iaitu suara, video Internet berkelajuan tinggi (IPTV dan Video atas Permintaan – VOD) dan telefon.
Rajah pemasangan HSBB di rumah anda. Pemasangan akan dilakukan oleh pihak TM.
Dengan IPTV, anda bebas menonton TV pilihan anda. Anda boleh menonton program-program mengikut keselesaan anda – tiada lagi jadual program yang tetap untuk diikuti.
Kini teknologi HSBB yang diberi nama UniFi ini menawarkan 2 jenis perkhidmatan iaitu untuk UniFi Residential (untuk pelanggan Rumah) & Business (untuk pelanggan Syarikat).
Pakej Untuk Residential:
Pakej 1: 5Mbps pada harga RM149/bulan
Pakej 2: 10Mbps – RM199/bulan
Pakej 3: 20Mbps – RM249/bulan
Untuk pelanggan perniagaan, pakej-pakej UniFi didatangkan pada kelajuan yang sama tetapi tanpa IPTV dan VoD.
Harga dan pakejnya adalah seperti berikut:
Pakej Untuk Business:
Pakej 1: 5Mbps pada harga RM199/bulan
Pakej 2: 10Mbps – RM599/bulan
Pakej 3: 20Mbps – RM899/bulan
Pelanggan-pelanggan UniFi tidak dikenakan sebarang caj pemasangan atau caj peralatan seperti unit gerbang kediaman, ‘set top box’ dan unit rangkaian optikal yang bernilai lebih daripada RM1,000.
Tiada sebarang deposit juga dikenakan. Wow! Bestnya… kira tempoh promosi la ni ya…!
Pelanggan-pelanggan UniFi di empat kawasan awal di Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar boleh mendaftar di laman web TM, www.tm.com.my atau datang ke enam premis TMpoint dalam kawasan empat ibu sawat tersebut.
Premis TMpoint terpilih itu adalah di Taipan USJ, Damansara Utama, Menara TM, Bukit Mahkamah, Shah Alam dan Bangsar. Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai UniFi, anda boleh menghubungi 1 300 88 1222 atau emel kepada enquiry@unifi.com.
Selain 4 kawasan ibu sawat yang dinyatakan di atas, UniFi akan diperluaskan ke 22 lagi kawasan ibu sawat menjelang bulan Julai dan 22 kawasan lagi menjelang bulan Disember.
Ini bermakna, menjelang akhir 2010, UniFi TM akan meliputi 48 kawasan ibu sawat dengan sejumlah 750,000 premis sedia dipasang. Ini termasuklah kawasan-kawasan penting seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Iskandar Malaysia.
Bilalah agaknya kawasan anda dan saya di Puchong ni nak memperolehi HSBB ya?…


