Salam ceria sahabat sekalian,

Pada hari Sabtu, 24hb. April 2010 lepas, 2 orang ‘otai’ IM telah mengadakan kursus masing-masing di JTC1 & JTC2.

Catzer di JTC1

Seorang ‘otainita’ iaitu Cik Catzer telah mengadakan Bengkel WordPress di JTC1. Sebelum ni (seingat saya pada awal tahun 2009) memang Catzer pernah mengadakan bengkel seperti ini di JTC1 tetapi beliau telah agak lama juga berehat (daripada bengkel)… dan pada Sabtu lepas beliau telah mengadakan semula bengkel ini.

Disamping itu juga, seorang lagi otai IM Sdr. Amirol telah datang dan terlibat dalam bengkel wordpress beliau. Memang beruntunglah peserta yang telah menghadiri bengkel wordpress Catzer kali ini kerana dapat berjumpa dan mendapatkan ilmu tambahan dari Sdr. Amirol.

Saya pun sempat meninjau dan mendengar beberapa bab dalam bengkel beliau… memang best dan tak menyesal hadir di bengkel ini!

Saya kongsikan beberapa foto yang sempat dirakam.

Catzer sedang menyampaikan bahan penting di Bengkel WordPress nya…

 

Sdr. Amirol sedang menyampaikan sesuatu yang penting.

Akan datang tak tahulah bila lagi Catzer akan adakan bengkel seperti ini. Klik di sini.

Shuth di JTC2

Pada hari yang sama, di JTC2 pula berlangsung satu lagi kursus mengenai perniagaan Internet. Ianya dikendalikan oleh seorang lagi otai IM iaitu Sdr. Shuth.

Sebenarnya memang sudah acapkali sdr Shuth mengadakan seminar di JTC. Cuma biasanya beliau adakan di JTC1 tetapi kali ini kali yang pertama beliau adakan di JTC2.

Saya kongsikan beberapa foto yang sempat dirakam di Seminar Ebook beliau.

Mungkin anda berminat dengan seminar beliau. Dapatkan tarikh seminar beliau akan datang. Klik di sini  SeminarEbook.com

Sudah banyak kursus-kursus daripada otai IM telah diadakan di sini. JTC sering  menjadi pilihan kerana memahami kehendak sesebuah kursus dan terbukti sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik.

Antara IM lainnya seperti Team Flarebiz dari MajalahIM, Ammar Zahar, Mawardee, Sdr. Jamal dan lain-lain lagi.  Kenali JTC.