Salam sejahtera sahabat sekalian,
Pemahaman tentang konsep perniagaan Internet adalah penting sekiranya anda ingin menceburi bidang ini.
Dengan adanya pemahaman yang jelas anda akan lebih selamat. Anda tidak lagi ‘terjebak’ dan ‘tertipu’ dengan skim yang bertopengkan nama perniagaan Internet tetapi hakikatnya adalah skim meleburkan wang anda!
Simpati saya membaca berita-berita di akhbar dan menonton di TV kerana masih ada yang terjebak dengan perkara ini. Namun apa boleh buat… sebab itulah pentingnya untuk kita mendapatkan ilmu terlebih dahulu sebelum menceburi sesuatu bidang yang ingin diceburi.
Bukannya main ikut-ikutan dan terpengaruh dengan janji manis sahaja.
Ada beberapa perkara yang kita perlu WAJIB tahu untuk mula menjalankan perniagaan Internet… antaranya:
- Berapakah kos untuk memulakan perniagaan Internet?
- Apakah pecahan kos yang terlibat? Peringkat permulaan perniagaan Internet adalah penting supaya hanya kos yang penting sahaja dilaburkan.
- Apakah 1 teknik pembunuh (killer) yang boleh menarik trafik ke laman web jualan anda?
- Bagaimana untuk mendapatkan teknik ini secara Percuma dan berbayar?
- Apakah 3 langkah penting untuk anda memulakan Perniagaan Internet.
- Apakah tips memilih produk yang mudah dijual di Internet?
- Apakah produk yang paling mudah untuk dijual dan dihasilkan?
- Apakah peralatan yang diperlukan untuk membina perniagaan Internet anda sendiri yang boleh diperolehi secara Percuma?
- Apakah format laman web yang perlu digunakan untuk menghasilkan jualan di Internet?
- Bagaimanakah teknik membina laman web yang berkesan? Terdapat 18 peraturan untuk menghasilkan laman web jualan yang berkesan.
- Apakah dia? Tidak semua laman web boleh menghasilkan jualan!
- Bagaimana untuk mula membina laman web jualan menggunakan perisian XXXX (nama dirahsiakan)? Langkah demi langkah teknik ditunjukkan.
- Apakah kesilapan-kesilapan besar yang tidak disedari yang dilakukan oleh ramai orang untuk menghasilkan laman web jualan yang pertama perniagaan Internet?
- Apakah tanda aras atau ukuran sebuah laman web yang berkesan?
- Berapa kerapkah laman web anda perlu dikemaskini?
- 4 kemudahan bayaran yang perlu disediakan untuk pelanggan anda? Apakah dia?
- Bank manakah yang sesuai untuk perniagaan Internet anda?
- Bagaimana untuk menyediakan 3 kemudahan kad kredit di laman web anda yang boleh menerima bayaran dari Visa, MasterCard, American Express, Diners Club dan lain-lain lagi?
- Dimanakah untuk mendapatkan kemudahan kad kredit yang percuma?
- Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga sistem pembayaran kad kredit? Anda perlukan sistem yang mana satu?
- Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan wang yang diterima dari bayaran pelanggan yang membuat bayaran secara kad kredit di laman web anda?
- Bagaimanakah dengan menggunakan kad debit supaya anda dapat mengeluarkan duit pendapatan anda dari mana-mana mesin ATM?
- Apakah kurier yang sesuai (penjimatan kos tetapi terjamin kualiti perkhidmatannya) untuk penghantaran produk fizikal anda?
- Apakah perbezaan antara Pos Ekspres, Pos Laju, Pos Berdaftar jika anda menggunakan kemudahan Pos Malaysia?
- Di antara ketiga-tiganya, apakah jenis produk yang sesuai samada penghantaran dalam negeri atau luar negara?
- Apakah itu domain dan hosting?
- Apakah kaitannya domain, hosting dan FTP? Istilah yang mesti diketahui sebelum menceburi perniagaan Internet.
- Bagaimana caranya untuk anda mendaftar domain dan hosting?
- Apakah nama domain yang terbaik untuk perniagaan Internet anda?
- Dimanakah syarikat yang terbaik untuk mendaftar domain dan hosting? Dalam negara atau luar negara?
- Kenapa perlukan syarikat hosting reputasi terbaik untuk perniagaan Internet anda?
- Apakah kriteria utama memilih hosting yang dapat menjimatkan ratusan RM anda tetapi tidak mengabaikan kualiti servis hosting?
- Apakah tips untuk mencipta nama domain yang sesuai dengan perniagaan Internet anda?
- Bagaimana untuk membolehkan laman web anda dicapai di Internet?
Dan banyak lagi kemusykilan anda akan terjawab nanti…InsyaAllah.
Anda boleh bertanya terus kepada saya nanti di Bengkel Praktikal Perniagaan Internet.


March 8th, 2010 on 6:54 pm
Wah… Panduan yang sangat berguna.. Teringin nak blajar di bengkel praktikal perniagaan internet… tp modal dan masa belum mengizinkan
March 9th, 2010 on 9:59 am
salam….semua….
mmg minat nak start en.zaki…
tp sama mcm amir azros…modal……
insyallah klu di izinkan dlm masa terdekat ..