Archive for March, 2010

Pejabat Urusan & JTC 2 di Puchong.

Salam sejahtera sahabat sekalian,

Klik imej untuk besarkan.

Alamat lengkap:

LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.
47-1 , Jalan OP 1/2,
1 Puchong Business Park,
47160 Puchong,
Selangor, MALAYSIA.
TeleFax: (+6) 03 8075 0392
Waktu Pejabat: ( Isnin – Jumaat: 9am – 5.30pm )

Klik di sini > peta lokasi.

JTC 2?

  1. JTC 1 – lokasi di Bandar Tasik Selatan
  2. JTC 2 – lokasi di 1 Puchong Business Park

Pejabat Urusan di Puchong juga menyediakan kemudahan untuk sewaan training sama seperti di Bandar Tasik Selatan. Kelebihan JTC 2 ia boleh memuatkan sehingga 30 orang peserta (untuk kursus berkomputer).

Manakala JTC 1 hanya 24 orang sahaja (untuk kursus berkomputer).

Hotel-hotel di sini juga senang di dapati. Dekat sahaja dengan jarak berjalan kaki sahaja ke lokasi JTC 2.


Pemahaman tentang konsep Perniagaan Internet.

Salam sejahtera sahabat sekalian,

Pemahaman tentang konsep perniagaan Internet adalah penting sekiranya anda ingin menceburi bidang ini.

Dengan adanya pemahaman yang jelas anda akan lebih selamat. Anda tidak lagi ‘terjebak’ dan ‘tertipu’ dengan skim yang bertopengkan nama perniagaan Internet tetapi hakikatnya adalah skim meleburkan wang anda!

Simpati saya membaca berita-berita di akhbar dan menonton di TV kerana masih ada yang terjebak dengan perkara ini. Namun apa boleh buat… sebab itulah pentingnya untuk kita mendapatkan ilmu terlebih dahulu sebelum menceburi sesuatu bidang yang ingin diceburi.

Bukannya main ikut-ikutan dan terpengaruh dengan janji manis sahaja.

Ada beberapa perkara yang kita perlu WAJIB tahu untuk mula menjalankan perniagaan Internet… antaranya:

  1. Berapakah kos untuk memulakan perniagaan Internet?
  2. Apakah pecahan kos yang terlibat? Peringkat permulaan perniagaan Internet adalah penting supaya hanya kos yang penting sahaja dilaburkan.
  3. Apakah 1 teknik pembunuh (killer) yang boleh menarik trafik ke laman web jualan anda?
  4. Bagaimana untuk mendapatkan teknik ini secara Percuma dan berbayar?
  5. Apakah 3 langkah penting untuk anda memulakan Perniagaan Internet.
  6. Apakah tips memilih produk yang mudah dijual di Internet?
  7. Apakah produk yang paling mudah untuk dijual dan dihasilkan?
  8. Apakah peralatan yang diperlukan untuk membina perniagaan Internet anda sendiri yang boleh diperolehi secara Percuma?
  9. Apakah format laman web yang perlu digunakan untuk menghasilkan jualan di Internet?
  10. Bagaimanakah teknik membina laman web yang berkesan? Terdapat 18 peraturan untuk menghasilkan laman web jualan yang berkesan.
  11. Apakah dia? Tidak semua laman web boleh menghasilkan jualan!
  12. Bagaimana untuk mula membina laman web jualan menggunakan perisian XXXX (nama dirahsiakan)? Langkah demi langkah teknik ditunjukkan.
  13. Apakah kesilapan-kesilapan besar yang tidak disedari yang dilakukan oleh ramai orang untuk menghasilkan laman web jualan yang pertama perniagaan Internet?
  14. Apakah tanda aras atau ukuran sebuah laman web yang berkesan?
  15. Berapa kerapkah laman web anda perlu dikemaskini?
  16. 4 kemudahan bayaran yang perlu disediakan untuk pelanggan anda? Apakah dia?
  17. Bank manakah yang sesuai untuk perniagaan Internet anda?
  18. Bagaimana untuk menyediakan 3 kemudahan kad kredit di laman web anda yang boleh menerima bayaran dari Visa, MasterCard, American Express, Diners Club dan lain-lain lagi?
  19. Dimanakah untuk mendapatkan kemudahan kad kredit yang percuma?
  20. Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga sistem pembayaran kad kredit? Anda perlukan sistem yang mana satu?
  21. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan wang yang diterima dari bayaran pelanggan yang membuat bayaran secara kad kredit di laman web anda?
  22. Bagaimanakah dengan menggunakan kad debit supaya anda dapat mengeluarkan duit pendapatan anda dari mana-mana mesin ATM?
  23. Apakah kurier yang sesuai (penjimatan kos tetapi terjamin kualiti perkhidmatannya) untuk penghantaran produk fizikal anda?
  24. Apakah perbezaan antara Pos Ekspres, Pos Laju, Pos Berdaftar jika anda menggunakan kemudahan Pos Malaysia?
  25. Di antara ketiga-tiganya, apakah jenis produk yang sesuai samada penghantaran dalam negeri atau luar negara?
  26. Apakah itu domain dan hosting?
  27. Apakah kaitannya domain, hosting dan FTP? Istilah yang mesti diketahui sebelum menceburi perniagaan Internet.
  28. Bagaimana caranya untuk anda mendaftar domain dan hosting?
  29. Apakah nama domain yang terbaik untuk perniagaan Internet anda?
  30. Dimanakah syarikat yang terbaik untuk mendaftar domain dan hosting? Dalam negara atau luar negara?
  31. Kenapa perlukan syarikat hosting reputasi terbaik untuk perniagaan Internet anda?
  32. Apakah kriteria utama memilih hosting yang dapat menjimatkan ratusan RM anda tetapi tidak mengabaikan kualiti servis hosting?
  33. Apakah tips untuk mencipta nama domain yang sesuai dengan perniagaan Internet anda?
  34. Bagaimana untuk membolehkan laman web anda dicapai di Internet?

Dan banyak lagi kemusykilan anda akan terjawab nanti…InsyaAllah.

Anda boleh bertanya terus kepada saya nanti di Bengkel Praktikal Perniagaan Internet.


Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Baru-baru ini iaitu pada 1-4 Mac 2010, JTC telah dipanggil untuk mengadakan kursus PHP & MySQL untuk kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di Pusat Bandar Damansara, KL.

Seramai 18 orang kakitangan telah menghadiri kursus 100% secara praktikal ini. Lokasi kursus adalah di makmal komputer BTM, KPKT.

Alhamdulillah selama 4 hari kursus ini telah selesai dijalankan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian kerana telah memberi kepercayaan kepada JTC untuk melaksanakan kursus ini. 

Peluang dan kepercayaan yang diberikan ini telah digunakan sebaiknya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pihak KPKT.

Saya kongsikan sebahagian daripada foto-foto kursus yang sempat dirakam. Maklumbalas yang diterima daripada pihak KPKT juga telah menaikkan moral dan semangat JTC untuk memberikan perkhidmatan terbaik lagi dimasa akan datang.

Penyerahan sijil-sijil penyertaan kursus kepada wakil KPKT (Pn. Ros).

Sebahagian daripada testimoni dan maklumbalas peserta. Klik pada imej untuk melihat maklumbalas peserta.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress