Salam sahabat sekalian,
Perbezaan JTC 2 berbanding JTC 1 di Bandar Tasik Selatan:
JTC 2…
- Bilik training – Lebih luas. Boleh memuatkan sehingga 30 orang (berkomputer) berbanding JTC 1 hanya 24 orang sahaja. Muatan ini adalah dalam keadaan paling selesa. Kami mementingkan keselesaan setiap peserta.
- Wall Screen Projector - skrin adalah jenis gantung (wall) lebih luas iaitu sebesar 8 kaki lebar dan 7 kaki panjang. Paparan penuh pada skrin memudahkan peserta anda melihat kandungan presentation / bahan kursus anda.
- LCD Projector – digantung di syiling. Dengan cara ini ia tidak menggangu ruang bilik latihan. Paparan lebih jelas (tidak kabur) walaupun cahaya sepenuhnya memenuhi bilik training.
- Penghawa dingin – jenis syiling cassete. Dilengkapi dengan 2 unit jenis syiling cassete berkapasiti 2.0 HP setiap satu. Jika kedua-duanya dipasang pasti sejuk dan dingin walaupun ada lebih 30 peserta di dalamnya. InsyaAllah.
- Tempat Parking – banyak pilihan ruang parking kosong di depan pejabat. Oleh kerana bangunan ini masih baru, masih banyak ruang kosong parking yang mudah diperolehi di hadapan pejabat JTC2. Parking adalah 100% percuma!
- Meja peserta – meja peserta ditempah khas iaitu sepanjang 7 kaki. Ianya selesa untuk memuatkan 3 orang (maksima). Biasanya di tempat lain hanya menggunakan meja bersaiz 6 kaki untuk 3 orang. Ia sebenarnya sempit dan kurang selesa terutamanya apabila meletakkan komputer notebook di atasnya. Tetapi meja yang kami tempah khas ini tiada masalah memuatkan 3 orang dan setiap notebook di atasnya.
- Hotel terdekat – hanya berjalan kaki dari lokasi JTC 2. Jaraknya hanya dalam 100 meter dari JTC2. Ada 2 pilihan hotel di sini. Iaitu Hotel Sun Inns dan Hotel Boutique.
Baru-baru ini, sahabat saya yang juga pelanggan tetap JTC iaitu En. Ridzuan dari Aridztech.com telah mengadakan kursus di JTC 2. Beliau adalah orang pertama yang menggunakan kemudahan JTC 2 kerana kebetulannya jadual JTC 1 telah penuh untuk tarikh kursus yang beliau ingin jalankan.
JTC 1 pada waktu itu digunakan untuk kursus oleh Sdr Jamal dari AffiliateKerajaan.com.
Beliau (Sdr Ridzuan) juga kali pertama datang ke JTC 2 kerana sebelumnya saya mempelawa beliau melihat dahulu JTC 2. Tetapi beliau enggan kerana beliau yakin dengan kemudahan yang akan ditawarkan. Beliau juga merupakan pelanggan tetap JTC dan telah mengadakan beberapa kali kursus di JTC 1.
Alhamdulillah selepas kursus, beliau sangat berpuashati dengan JTC 2. Beliau berkata JTC 2 lebih selesa dan bercadang untuk mengadakannya di sini lagi.
Saya kongsikan beberapa foto yang sempat diambil semasa kursus yang beliau jalankan di JTC 2.
Lihat saiz skrin dengan ketinggian En. Ridzuan.
Aircond dan projector di syiling.
Memang khusyuk dengan training Aridztech ni… meja ni boleh memuatkan 3 orang sebenarnya. Tetapi untuk kursus tempohari digunakan untuk 2 orang sahaja. Jadi tentu lebih-lebih selesa.
Ruang makan-makan.
JTC 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Ridzuan kerana yang pertama menggunakan JTC 2 walau tak pernah tengok dan lihat sebelumnya. Terima kasih juga atas sokongan dan tuan selama ini. Semoga bisnes tuan bertambah maju.
Lokasi JTC 2, klik di sini.
Kursus-kursus lain yang akan dijalankan di sini pada bulan April nanti:
Untuk tempahan JTC 2 atau temujanji lawatan, 016-2636 101









March 23rd, 2010 on 7:43 am
Tahniah atas pembukaan JTC2, nampaknya perkembangan perniagaan En Zaki makin hebat. Semoga lebih ramai mendapat manfaat daripada program yang dianjurkan. Sebab tu saya amat sarankan kenalan2 saya yang ingin buat biz internet supaya hadiri bengkel En Zaki..amat praktikal dan mudah.
March 23rd, 2010 on 8:48 am
terima kasih Sdr Humaizi…. kalau ada masa & kelapangan jemputlah datang JTC 2 ….
March 23rd, 2010 on 11:57 am
Tempat yang amat saya rekemenkan kepada kenalan-kenalan. Tahniah Tuan Zaki.
March 23rd, 2010 on 1:08 pm
MY,
terima kasih atas sokongan MY secara diam-diam…
kalau ada kelapangan masa singgah lah di sini…
March 23rd, 2010 on 12:42 pm
Segala- galanya yang dinyatakan oleh En. Zaki benar belaka. Saya amat berterima kasih kepada En. Zaki menyediakan tempat sebegini. Pengalaman ngeri malapetaka saya di tempat lain membuktikan segala- galanya. Mungkin En. Zaki tidak berapa ingat, saya telah menggunakan khidmat JTC sebanyak 9 kali sudah. More to comes.. Thank you very much En. Zaki!
March 23rd, 2010 on 1:06 pm
Terima kasih tuan…
Cuma alamat sebenarnya saya perlu perbetulkan… saya juga yang silap… sepatutnya bukan Pusat Bandar Puchong… kerana Pusat Bandar Puchong di lokasi yang lain…
Alamat lengkap:
47-1, Jalan OP 1/2,
1 Puchong Business Park,
47160 Puchong, Selangor.
- iaitu Puchong sahaja bukannya Pusat Bandar Puchong..
sebab itulah ada peserta tuan tersilap laluan kerana signage di LDP memang ada untuk menghala ke Pusat Bandar Puchong dan ia menghala ke kawasan lain…
- harap2 lepas ni tiada yang tersesat lagi…
March 23rd, 2010 on 4:40 pm
salam tuan zaki,
JTC1 pn apa kurangya…sya x pernah jmpa training center yg lengkap macam JTC…syabas sya ucapkan & terima kasih krna menyediakan kemudahn yg mesra pengguna:)
p/s: sya peserta bengkel ebook tuan jamal mggu lps:)
March 25th, 2010 on 2:53 pm
terima kasih tuan,
oh ya ka… tuan yg mana satu ya?… dah ramai-ramai tu memang susah nak cam..
semoga tuan berpuashati training di sini…
kalau ada kenalan yg mencari bolehla tolong rekomenkan jtc…