Kenangan Lalu | Perniagaan Internet | Tiada Yang Spesifik
RSS:
Publications
Comments

EZGuard di MAHB, KLIA.

Pada hari Isnin & Selasa lepas, saya dan Fais telah membuat pemasangan EZGuard di Pejabat Korporat Malaysia Airports Holdings (MAHB) di KLIA. Untuk tujuan itu kami telah di’escort’ oleh pegawai keselamatan ke seluruh kawasan bangunan.

Pejabat Korporat ini adalah bangunan yang baru siap dibina awal tahun ini. Saya difahamkan oleh salah seorang kakitangan bahawa kos pembinaannya ialah RM34 juta. Memang cantik dan moden bangunan ini jika dibandingkan dengan bangunan korporat lama berhampiran terminal 3 di Subang.

Semua kakitangan di Subang telah berpindah ke bangunan baru ini termasuklah beberapa lagi kakitangan anak syarikat yang berada di KLIA sebelum ini.

Pihak EZGuard telah diberi kepercayaan oleh Bahagian Keselamatan MAHB untuk memasang EZGuard di sekitar bangunan ini. Ia merangkumi keseluruhan kawasan bangunan ini daripada tingkat bawah (basement), sekeliling, dan setiap tingkat.

Saya kongsikan beberapa foto semasa proses pemasangan tempohari.

Bangunan Pejabat Korporat MAHB, KLIA yang baru. Cantik dan menawan!

Dihadapan penyambut tetamu… possing!

Set-set  yang telah siap sedia untuk pemasangan.

Proses pemasangan check-point.

Pemasangannya mudah sahaja. Boleh diskrew pada dinding. Alat berbutang di atas BUKAN komponen EZGuard.

Teruskan dengan pemasangan.

Antara kawasan yang perlu dilakukan rondaan.  InsyaAllah terjamin lah kawasan ini.

Untuk maklumat lanjut EZGuard, klik di sini.

Leave a Reply

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You can add images to your comment by clicking here.