Archive for March, 2010

Kursus Pertama di JTC 2

Salam sahabat sekalian,

Perbezaan JTC 2 berbanding JTC 1 di Bandar Tasik Selatan:

JTC 2…

  1. Bilik training – Lebih luas. Boleh memuatkan sehingga 30 orang (berkomputer) berbanding JTC 1 hanya 24 orang sahaja.  Muatan ini adalah dalam keadaan paling selesa. Kami mementingkan keselesaan setiap peserta.
  2. Wall Screen Projector - skrin adalah jenis gantung (wall) lebih luas iaitu sebesar 8 kaki lebar dan 7 kaki panjang. Paparan penuh pada skrin memudahkan peserta anda melihat kandungan presentation / bahan kursus anda.
  3. LCD Projector – digantung di syiling. Dengan cara ini ia tidak menggangu ruang bilik latihan. Paparan lebih jelas (tidak kabur) walaupun cahaya sepenuhnya memenuhi bilik training.
  4. Penghawa dingin – jenis syiling cassete. Dilengkapi dengan 2 unit jenis syiling  cassete berkapasiti 2.0 HP setiap satu. Jika kedua-duanya dipasang pasti sejuk dan dingin walaupun ada lebih 30 peserta di dalamnya. InsyaAllah.
  5. Tempat Parking – banyak pilihan ruang parking kosong di depan pejabat. Oleh kerana bangunan ini masih baru, masih banyak ruang kosong parking yang mudah diperolehi di hadapan pejabat JTC2. Parking adalah 100% percuma!
  6. Meja peserta – meja peserta ditempah khas iaitu sepanjang 7 kaki. Ianya selesa untuk memuatkan 3 orang (maksima). Biasanya di tempat lain hanya menggunakan meja bersaiz 6 kaki untuk 3 orang. Ia sebenarnya sempit dan kurang selesa terutamanya apabila meletakkan komputer notebook di atasnya. Tetapi meja yang kami tempah khas ini tiada masalah memuatkan 3 orang dan setiap notebook di atasnya.
  7. Hotel terdekat – hanya berjalan kaki dari lokasi JTC 2. Jaraknya hanya dalam 100 meter dari JTC2. Ada 2 pilihan hotel di sini. Iaitu Hotel Sun Inns dan Hotel Boutique.

Baru-baru ini, sahabat saya yang juga pelanggan tetap JTC iaitu En. Ridzuan dari Aridztech.com telah mengadakan kursus di JTC 2. Beliau adalah orang pertama yang menggunakan kemudahan JTC 2 kerana kebetulannya  jadual JTC 1 telah penuh untuk tarikh kursus yang beliau ingin jalankan.

JTC 1 pada waktu itu digunakan untuk kursus oleh Sdr Jamal dari AffiliateKerajaan.com.

Beliau (Sdr Ridzuan) juga kali pertama datang ke JTC 2 kerana sebelumnya saya mempelawa beliau melihat dahulu JTC 2. Tetapi beliau enggan kerana beliau yakin dengan kemudahan yang akan ditawarkan. Beliau juga merupakan pelanggan tetap JTC dan telah mengadakan beberapa kali kursus di JTC 1.

Alhamdulillah selepas kursus, beliau sangat berpuashati dengan JTC 2. Beliau berkata JTC 2 lebih selesa dan bercadang untuk mengadakannya di sini lagi.

Saya kongsikan beberapa foto yang sempat diambil semasa kursus yang beliau jalankan di JTC 2.

Lihat saiz skrin dengan ketinggian En. Ridzuan.

Aircond dan projector di syiling.

Memang khusyuk dengan training Aridztech ni… meja ni boleh memuatkan 3 orang sebenarnya. Tetapi untuk kursus tempohari digunakan untuk 2 orang sahaja. Jadi tentu lebih-lebih selesa.

Menu sarapan pagi…

Ruang makan-makan.

JTC 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Ridzuan kerana yang pertama menggunakan JTC 2 walau tak pernah tengok dan lihat sebelumnya. Terima kasih juga atas sokongan dan tuan selama ini. Semoga bisnes tuan bertambah maju.

Lokasi JTC 2, klik di sini.

Kursus-kursus lain yang akan dijalankan di sini pada bulan April nanti:

  1. BengkelWebsite.com
  2. KelasPHP.com

Untuk tempahan JTC 2 atau temujanji lawatan, 016-2636 101


EZGuard di MAHB, KLIA.

Pada hari Isnin & Selasa lepas, saya dan Fais telah membuat pemasangan EZGuard di Pejabat Korporat Malaysia Airports Holdings (MAHB) di KLIA. Untuk tujuan itu kami telah di’escort’ oleh pegawai keselamatan ke seluruh kawasan bangunan.

Pejabat Korporat ini adalah bangunan yang baru siap dibina awal tahun ini. Saya difahamkan oleh salah seorang kakitangan bahawa kos pembinaannya ialah RM34 juta. Memang cantik dan moden bangunan ini jika dibandingkan dengan bangunan korporat lama berhampiran terminal 3 di Subang.

Semua kakitangan di Subang telah berpindah ke bangunan baru ini termasuklah beberapa lagi kakitangan anak syarikat yang berada di KLIA sebelum ini.

Pihak EZGuard telah diberi kepercayaan oleh Bahagian Keselamatan MAHB untuk memasang EZGuard di sekitar bangunan ini. Ia merangkumi keseluruhan kawasan bangunan ini daripada tingkat bawah (basement), sekeliling, dan setiap tingkat.

Saya kongsikan beberapa foto semasa proses pemasangan tempohari.

Bangunan Pejabat Korporat MAHB, KLIA yang baru. Cantik dan menawan!

Dihadapan penyambut tetamu… possing!

Set-set  yang telah siap sedia untuk pemasangan.

Proses pemasangan check-point.

Pemasangannya mudah sahaja. Boleh diskrew pada dinding. Alat berbutang di atas BUKAN komponen EZGuard.

Teruskan dengan pemasangan.

Antara kawasan yang perlu dilakukan rondaan.  InsyaAllah terjamin lah kawasan ini.

Untuk maklumat lanjut EZGuard, klik di sini.


Bengkel Website 13-14 Mac.

Salam sejahtera sahabat sekalian,

Pada 13 hingga 14 Mac lepas telah selesai diadakan bengkel website di JTC.

Ramai yang datang. Rata-ratanya peserta kali ini datang dari jauh di luar KL. 3 orang peserta paling jauh terbang dari Sarawak.

Semangat semua peserta yang ingin mempelajari perniagaan Internet sangat saya hargai. Terima kasih anda semua yang datang dan berkampung selama 2 hari di JTC.

Bonus-bonus yang diberikan gunakan sepenuhnya. Banyak yang boleh membantu anda selepas ini.

Saya kongsikan beberapa foto bengkel.

 

1 Comment more...

Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress