Salam sejahtera sahabat ku,
Baru-baru ni saya telah dihubungi oleh seorang pegawai dari sebuah Kementerian untuk mengadakan kursus kepada kakitangan mereka.
Selepas beberapa kali berhubung, pihak Kementerian telah meminta saya untuk mengadakan kursus tersebut khas untuk 20 orang kakitangan bertempat di Kementerian tersebut.
InsyaAllah kursus tersebut akan diadakan pada minggu hadapan iaitu 1-4 Mac 2010 (khas untuk kakitangan Kementerian mereka sahaja). Kursus tersebut ialah Kursus PHP & MySQL.
Namun, untuk kursus PHP & MySQL Siri ke-4 akan datang ramai juga yang bertanyakan hal ini. Untuk pengetahuan anda, permintaan untuk penggunaan PHP & MySQL memang semakin meningkat di Malaysia sekarang ini.
Contohnya, tidak dinafikan kerajaan Malaysia sentiasa mencari jalan untuk menjimatkan kos dalam urusan pentadbiran kerajaan (khasnya jabatan-jabatan kerajaan). Antara langkah penjimatan ialah dengan menggunakan aplikasi perisian Open Source. Oleh yang demikian banyaklah aplikasi perisian Open Source yang digunakan di jabatan kerajaan seperti Open Office, Joomla, Linux termasuklah PHP & MySQL.
Ini tak lain dan tak bukan kerana penjimatan kos yang diperolehi sangatlah menguntungkan kerana kesemuanya adalah PERCUMA! RM0 cost! Hasilnya pada tahun 2009 kerajaan telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM40 juta. (Berita di sini).
Walaupun ianya percuma namun kualiti perisian-perisian tersebut memang tidak dapat dinafikan lagi. Dan urusan pentadbiran berjalan baik seperti biasa.
Syabas saya ucapkan kepada pembuat-pembuat keputusan yang telah melaksanakan kaedah ini.
Mana kan tidak, syarikat gergasi dunia seperti Google, Facebook, Yahoo juga menggunakan Open Source dalam sistem mereka. Contohnya seperti PHP & MySQL. Apalah sangat jika dibandingkan dengan syarikat kita di Malaysia ni ya…
Tips Jimatkan Kos Dalam Syarikat:
- Sistem EMel Syarikat – gunakan GMail (boleh digabungkan dengan beberapa nama domain syarikat anda seperti www.namasyarikat.com , www.namsyarikat2.com dan lain-lain lagi. Namun alamat emel anda tetap memaparkan nama domain syarikat juga)
- Laman Web Korporat Syarikat - gunakan Joomla (laman web interaktif dan dinamik yang sungguh mengancam)
- MS Office (Word, Power Point, Excel) – gunakan Open Office 3.0 (Writer, Impress, Calc) yang setanding dengan MS Office.
- Pembangunan Sistem – gunakan PHP & MySQL (boleh upah freelancer jika tiada developer dalaman sendiri)
- Sistem Kalendar/Jadual / Temujanji – gunakan Google Calendar yang digabungkan sekali dengan sistem GMail.
- Sistem Dokumen Online – gunakan Google Docs yang digabungkan sekali dengan sistem GMail.
Yang paling bestnya - semua item di atas adalah PERCUMA! PERCUMA! PERCUMA! Jimatlah kos pengurusan syarikat anda…
P/S – Sekiranya anda prihatin kepada syarikat, mungkin boleh dicadangkan tips ini kepada syarikat…:-)
P/P/S – Untuk kursus PHP & MySQL yang terdekat, klik di sini.


February 24th, 2010 on 1:01 pm
Sukurlah setelah dapat peluang belajar dengan sifu zaki bagaikan nampak dunia ini luas di maya internet. pulak tu perhubungan terus menerus. Berhubunglah akan terungkai masaalah. terima kasih atas sumbangan tuan..jazkallah khair..teru berjuang
February 26th, 2010 on 9:58 am
Salam Tn Hj,
Orang lama macam tn hj pun dah semakin ICT ..hehehe… bukan senang nak jumpa macam ni.. syabas…
February 25th, 2010 on 9:41 am
Jerman adalah tanah kelahiran PHP.
Cuma makna PHP yang tuan sebutkan itu ada sikit kesilapan. Asal mulanya, laman web PHP dicipta oleh penciptanya untuk mendapatkan pekerjaan dan mengetahui jumlah orang yang datang dan memberi respon pada laman web beliau.
Pada masa itu PHP membawa maksud — Personal HomePage
February 26th, 2010 on 9:57 am
terima kasih sdr atas perkongsian tersebut…
saya sangat menghargainya…
March 3rd, 2010 on 12:41 am
….Dan yang bagusnya abang zaki selalu gunakan fomula P.E.R.C.U.M.A… !! Susah nak dapat tok guru macam ni…Rugi kalau tak dapat ilmu guna source percuma tapi boleh jana income ribu-ribu.
June 14th, 2010 on 7:53 am
rata-rata orng suka yang percuma
tapi ada kalanya orang tidak menghargai barang yang percuma… kerana menganggap barang percuma rendah mutunya…
June 14th, 2010 on 7:47 am
assalamualaikum ..
maaf mencelah.. ada kalanya .. kita tidak boleh menyerahkan data personal kita bulat bulat kepada pihak ketiga…
fikir fikirkan …
June 14th, 2010 on 7:52 am
Waalaikumsalam,
Ya… betul tuan.. setuju sgt…
kita perlu memilih mana data yang privacy dan tidak privacy..
agar yg privacy tidak didedahkan umum..
June 14th, 2010 on 9:58 am
bila dok tau nok g kursus .. nampok macam best jer bengkel bengkel yg di adakan…
June 14th, 2010 on 10:02 am
Maaf Tuan, sedikit cadangan dari saya..
Tuan menggunakan WordPress sebagai blog.. jadi sila aktifkan URL SEO .. ia lebih baik dan lebih bagus .. dari posting id seperti yang kita saksikan dalam alamat di atas..