Archive for February, 2010

Kursus PHP & MySQL pada 8 – 11 Feb. 2010

Alhamdulillah, JTC telah selesai mengadakan kursus PHP & MySQL  siri ke-3 pada 8 – 11 Februari 2010 (Isnin – Khamis, selama 4 hari) baru-baru ini.

Kursus telah dihadiri oleh 5 orang peserta termasuk 3 orang adalah dari kakitangan kerajaan.

Peserta jauh datangnya dari Kuantan, Kelantan dan Kedah. (tabik dengan semangat menuntut ilmu mereka walaupun terpaksa menginap selama 4 malam di KL….)

  1. En. Azman Bin Abdul Aziz – Shah Alam Perlis
  2. En. Mohd Khairi Bin Riduan – Kolej MARA, K. Nerang, Kedah.
  3. En. Shamsul Kamal Bin Mohd Yusof – Kuantan
  4. En. Wan Mohd Robaei Bin Wan Mahmood – Bhg. Teknologi Pendidikan (BTP), Kelantan.
  5. En. Zulkifli Bin Md Dom – MPAJ, Selangor.

Sudah pastinya mereka datang dengan matlamat dan tujuan yang sangat penting. Dari maklumbalas yang diberikan selepas selesai kursus, alhamdulillah matlamat dan objektif setiap peserta tercapai.

Saya kongsikan beberapa foto sepanjang kursus.

Dari kiri: Saya, En. Azman (Shah Alam Perlis), En. Robaei (BTP Kelantan), En. Ramadhan, En. Zulkifli (MPAJ), En. Khairi (Kolej MARA), En. Shamsul (Kuantan)


MIS 2010 di tunda ke Mei 2010

Beberapa hari lepas saya telah menerima surat daripada pihak penganjur berhubung Malaysia Internet Summit (MIS) 2010 yang akan diadakan pada 21 Feb ini.

Suratnya memaklumkan bahawa acara MIS 2010 telah ditunda ke bulan Mei 2010. Tarikhnya akan diputuskan kemudian.

Antara sebab-sebab penundaan yang dinyatakan oleh pihak penganjur adalah seperti berikut:

  1. Memberi ruang masa untuk kerjasama daripada kerajaan Malaysia.
  2. Memberi pengkhususan pengisian oleh setiap panel penceramah supaya peserta dapat mengoptimumkan pengetahuan tentang dunia perniagaan internet.
  3. Memberi peluang kepada lebih ramai peserta untuk menghadiri konvensyen ini dengan harga tiket yang lebih rendah.

Harapan saya semoga MIS 2010 akan menjadi realiti dimana salah satu objektifnya adalah untuk memberikan input berguna kepada masyarakat tentang ‘buat duit di Internet’ yang betul dan tidak terjebak dengan skim cepat kaya lagi.

Harap maklum.


Kursus di JTC & Perjumpaan IM MIS 2010

Sudah lama saya tak sempat mengupdate info di blog ni. Kebelakangan ni memang teramat sibuk kerana menguruskan pengubahsuaian pejabat urusan yang baru disamping terlibat juga dengan beberapa kerja di sini.

Kerja mengecat ni kena banyak sabo… tapi seronok juga.. hehe.

InsyaAllah sebelum Tahun Baru Cina nanti mulalah kami berpindah ke sini. Kerja-kerja mengecat pun dah selesai. Stage sekarang ni cuma tunggu nak pasang karpet sahaja. InsyaAllah pada hari Rabu ini, mula lah pemasangan karpet. Dan selepas itu bolehlah perpindahan barang-barang  dari ofis lama dilakukan.

Memang lari daripada perancangan awal iaitu saya jangkakan akan dapat pindah pada awal Februari, tetapi rupa-rupanya memakan masa juga untuk menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian ini.  Masa yang tuan punya bangunan beri 2 minggu percuma untuk siapkan ofis juga membantu tempoh kemasukan.

Dalam rancangan awal, janji dengan tuan punya pejabat lama untuk keluar 1 hb. Feb ni tetapi nasib baiklah tuan punya pejabat lama boleh bertolak ansur. Kira tumpang barang lagi lah di pejabat lama sana tu tanpa bayar sewa tambahan.

Disamping itu pula ada beberapa perkara penting untuk saya terlibat. Antaranya iaitu pada 30 Jan 2010 lalu satu perjumpaan dengan para speaker dan IM telah diadakan di pejabat Flarebiz Network. (maaf lah.. lama juga dah info ini… tapi tak mengapalah sebagai kenang-kenangan saya juga…)  Ia perjumpaan bagi membincangkan tentang Malaysia Internet Summit (MIS) 2010 yang akan diadakan pada 21 Feb. ni nanti.

Antara IM yang hadir Zamri Mohamad, Smartzul, Shuth, Ammar Zahar dan ramai lagi… (gambar ni ihsan Team Flarebiz. Saya ambil dari blog mereka sebab masa tu terlupa bawak kamera. Minta izin team FlareBiz ambil foto ini ya.. hehe)

Disamping itu pula, urusan harian kenalah berjalan seperti biasa. Antaranya program-program di JTC. Seperti biasa, boleh dikatakan JTC tetap penuh dengan program-program hujung minggu. Antara beberapa kursus yang telah diadakan di JTC beberapa hari yang lepas.

  1. Kursus Perniagaan Ebook oleh Shuth pada 31 Januari 2010 (SeminarEbook.com)
  2. Kursus Pengucapan Awam Kreatif oleh Azzah pada 6 Februari 2010. (Azuzafu.com)
  3. Kursus Asas Photoshop CS4 olah Nazrul Efendi pada 7 Februari 2010. (Teknokrati.com)

 Seminar Ebook. Lagi foto di sini.

Kursus Pengucapan Awam Kreatif. Lagi foto di sini.

Kursus Asas Photoshop CS4. Lagi foto di sini.

Kepada semua pelanggan-pelanggan JTC diucapkan terima kasih daun keladi. Lain kali datang lagi ya….

Untuk mengenali JTC, klik di sini. InsyaAllah JTC2 akan dibuka di Puchong pada bulan Mac nanti. Kepada pelanggan atau bakal pelanggan JTC boleh lah pilih venue JTC yang sesuai nanti samada di Bandar Tasik Selatan atau Puchong. Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.

 


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress