Salam sahabat sekalian,

Saya memang teramat sibuk beberapa minggu lepas. Dalam pada itu ramailah antara kenalan yang menelefon dan emel kepada saya bertanyakan bilakah tarikh bengkel website yang seterusnya?

Ini kerana mereka ingin sangat menyertai bengkel website. Saya hanya dapat menjawab, “Maaf banyak … tarikhnya belum dapat saya tentukan lagi memandangkan jadual saya yang tidak mengizinkan. Jika dah ada tarikhnya saya akan update di laman web dan emelkan infonya.”

Dan pada hari ini, saya ada berita baik iaitu saya ingin memaklumkan tarikh bengkel website terbaru yang terdekat. Ini pun setelah saya belek-belek kalendar dan diari kerja saya… rasanya tarikh ni paling sesuai lah ya… sebab tarikh mula cuti sekolah juga tu.

Info bengkel website seperti berikut:

  1. Tarikh: 13 – 14 Mac 2010 (Sabtu – Ahad)
  2. Masa: 8.30am – 5.00pm.
  3. Tempat: JomTraining Center, Bandar Tasik Selatan, KL (http://www.jomtraining.com/lokasijtc.html)
  4. Jumlah penyertaan: Terhad hanya 20 peserta sahaja!
  5. Makan, minum, notebook disediakan untuk semua peserta.

Untuk maklumat yuran dan penyertaan klik di sini.

Lihat testimoni sebenar bengkel peserta-peserta lepas? Klik di sini.

Sekiranya selama ini anda masih buntu dan tidak dapat memulakan perniagaan Internet anda sendiri, bengkel website ini adalah tempat yang sesuai untuk anda! Klik di sini daftar.

Saya sendiri menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. Saat paling sukar ialah apabila menjawab soalan orang yang bertanyakan kerja saya apa? 

Jawapan saya, “I buat Internet Business (perniagaan Internet)”… Dan mulalah terkebil-kebil mata dia…  Bak kata pepatah “Hanya jauhari yang mengenal manikam”…eh betul ke pepatah ni?!

Cepat-cepatlah anda mendaftar. Sebelum terpaksa menunggu lama tak tahu bila lagi? Jumpa anda di sana…