Salam sejahtera sahabat ku,
Baru-baru ni saya telah dihubungi oleh seorang pegawai dari sebuah Kementerian untuk mengadakan kursus kepada kakitangan mereka.
Selepas beberapa kali berhubung, pihak Kementerian telah meminta saya untuk mengadakan kursus tersebut khas untuk 20 orang kakitangan bertempat di Kementerian tersebut.
InsyaAllah kursus tersebut akan diadakan pada minggu hadapan iaitu 1-4 Mac 2010 (khas untuk kakitangan Kementerian mereka sahaja). Kursus tersebut ialah Kursus PHP & MySQL.
Namun, untuk kursus PHP & MySQL Siri ke-4 akan datang ramai juga yang bertanyakan hal ini. Untuk pengetahuan anda, permintaan untuk penggunaan PHP & MySQL memang semakin meningkat di Malaysia sekarang ini.
Contohnya, tidak dinafikan kerajaan Malaysia sentiasa mencari jalan untuk menjimatkan kos dalam urusan pentadbiran kerajaan (khasnya jabatan-jabatan kerajaan). Antara langkah penjimatan ialah dengan menggunakan aplikasi perisian Open Source. Oleh yang demikian banyaklah aplikasi perisian Open Source yang digunakan di jabatan kerajaan seperti Open Office, Joomla, Linux termasuklah PHP & MySQL.
Ini tak lain dan tak bukan kerana penjimatan kos yang diperolehi sangatlah menguntungkan kerana kesemuanya adalah PERCUMA! RM0 cost! Hasilnya pada tahun 2009 kerajaan telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM40 juta. (Berita di sini).
Walaupun ianya percuma namun kualiti perisian-perisian tersebut memang tidak dapat dinafikan lagi. Dan urusan pentadbiran berjalan baik seperti biasa.
Syabas saya ucapkan kepada pembuat-pembuat keputusan yang telah melaksanakan kaedah ini.
Mana kan tidak, syarikat gergasi dunia seperti Google, Facebook, Yahoo juga menggunakan Open Source dalam sistem mereka. Contohnya seperti PHP & MySQL. Apalah sangat jika dibandingkan dengan syarikat kita di Malaysia ni ya…
Tips Jimatkan Kos Dalam Syarikat:
- Sistem EMel Syarikat – gunakan GMail (boleh digabungkan dengan beberapa nama domain syarikat anda seperti www.namasyarikat.com , www.namsyarikat2.com dan lain-lain lagi. Namun alamat emel anda tetap memaparkan nama domain syarikat juga)
- Laman Web Korporat Syarikat - gunakan Joomla (laman web interaktif dan dinamik yang sungguh mengancam)
- MS Office (Word, Power Point, Excel) – gunakan Open Office 3.0 (Writer, Impress, Calc) yang setanding dengan MS Office.
- Pembangunan Sistem – gunakan PHP & MySQL (boleh upah freelancer jika tiada developer dalaman sendiri)
- Sistem Kalendar/Jadual / Temujanji – gunakan Google Calendar yang digabungkan sekali dengan sistem GMail.
- Sistem Dokumen Online – gunakan Google Docs yang digabungkan sekali dengan sistem GMail.
Yang paling bestnya - semua item di atas adalah PERCUMA! PERCUMA! PERCUMA! Jimatlah kos pengurusan syarikat anda…
P/S – Sekiranya anda prihatin kepada syarikat, mungkin boleh dicadangkan tips ini kepada syarikat…:-)
P/P/S – Untuk kursus PHP & MySQL yang terdekat, klik di sini.




