Selamat tahun baru diucapkan.
Tahun Baru Masehi 2010 telah pun tiba. Tahun 2009 telah pun berlalu. Begitulah masa.. setiap saat tidak dapat diulang semula. Yang pergi tetap pergi… Rupa-rupanya sudah setahun berlalu. Semua orang pasti berkata “cepatnya masa setahun yang berlalu…”
Apapun kehidupan perlu diteruskan dan semoga kedatangan tahun baru akan meningkatkan lagi kecemerlangan kita di dunia dan akhirat. Semoga di tahun baru ini boleh kita jadikan kayu pengukur prestasi disepanjang tahun lepas.
Bagi saya memang banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun lepas. Terutamanya apabila berkaitan dengan perniagaan. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong perniagaan syarikat saya. Terima kasih banyak atas sokongan anda semua. Disamping itu, ramai juga kawan-kawan baru yang dikenali. Terima kasih juga saya ucapkan. Semoga silaturrahim ini berkekalan.
Terima kasih daun keladi, InsyaAllah di tahun baru ini kita terus berhubungan lagi.
Saya sempat merakamkan beberapa peristiwa sepanjang tahun lepas. Sudi-sudikanlah melihatnya di sini.

