Archive for January, 2010

Lihat Album Foto Saya!

Saya nak kongsikan kepada anda…

Anda boleh melihat banyak koleksi gambar dari album foto JTC, Bengkel Website, EzGuard dan banyak lagi di blog ini. Ada ribuan foto sebenarnya!

Koleksi foto-foto (yang dirasakan penting) ini saya kumpul dan simpan sejak saya memulakan perniagaan Internet saya secara sepenuh masa iaitu mulai 1 Feb 2007 (tetapi bukanlah kesemuanya..).  Asalnya foto-foto ini hanya disimpan di dalam komputer saya sebagai rujukan dan kenang-kenangan sahaja.

Oleh kerana menyimpan koleksi foto-foto di komputer ada risikonya seperti pc rosak dan sebagainya, maka saya juga meletakkan foto-foto ini di dalam album foto online yang boleh saya akses dimana-mana melalui Internet. Jika gambar hilang pun tak jadi masalah… sebab saya boleh dapatkan semula di album foto Internet ni.

Untuk melihatnya, klik di sini.

Tahukah anda? Saya menggunakan software percuma yang dinamakan Coppermine Photo Gallery untuk membuat album foto online ini. Walaupun percuma tapi ianya canggih dan memudahkan saya untuk melihat atau mendapatkan album foto ini bila-bila masa dan dimana saja bila diperlukan.

Anda ingin mencubanya?

Jika anda ingin tahu cara membina album foto online ini, anda boleh lihat video tutorial panduan di bawah ini: (tentu anda masih ingat, saya pernah memberikan video tutorial panduan ini kepada anda satu masa dulu..)

Klik di sini video tutorial bina album foto online.

Untuk melihat album foto,  klik di sini. Anda juga boleh memberi komen pada foto-foto di sana.


Kriteria blog yang dipilih.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger semua yang telah memberi respon untuk bertukar link blog (exchange link). Saya sangat menghargai respons anda semua.

Kepada blog yang terpilih, lihatlah nama anda di senarai kawan blog saya tu ya…

Kepada yang tak terpilih, maaf la ya sebab ianya kurang sesuai. Sebenarnya ada beberapa kriteria yang saya tetapkan untuk exchange link ni.  Ya… walaupun ada setengah blog tu tak memenuhi kriteria sepenuhnya tapi saya pilih juga sebab ada ilmu yang boleh dikongsikan di sana.

Kriterianya:

  1. Ia mesti laman blog. Selain daripada laman blog tak layak lah ya.
  2. Blog bukan untuk tujuan semata-mata mengiklan @ menjual produk. Objektif blog adalah untuk kita berkongsi maklumat. Jadi… blog yang mempunyai “information sharing..” menjadi kriteria pilihan.
  3. Blog daripada bahan penulisan anda sendiri lebih diutamakan. Pengunjung blog suka mengunjungi blog anda semula  jika ada info-info menarik dan baru hasil tangan anda sendiri.
  4. Blog yang sentiasa dikemaskini.

Ada juga blog-blog baru. Dan juga blog lama yang tidak dikemaskini yang terpilih. Memang saya sengaja memilihnya supaya ia memberi semangat kepada anda untuk terus menulis @ menyumbang sesuatu di dalam blog anda nanti (mudah-mudahan ada lah follower-follower baru dari blog ini ke blog anda nanti…)

Kepada yang terpilih, jangan lupa letakkan link blog saya di blog anda pula ya… Barulah Win-Win ya. Saya memberi tempoh seminggu lah ya dari tarikh blog anda dipilih untuk meletakkan link blog saya di sana.. Jika tiada … terpaksalah saya keluarkan semula link anda dari senarai kawan.

Terima kasih kepada rakan blogger semua atas perkongsian yang diberikan.

Link exchange blog ini masih dibuka untuk diperkongsikan. Namun blog yang terpilih tetapi kemudiannya tidak memenuhi kriteria di atas boleh dibuang dari senarai kawan tanpa notis.

Jom kita tukar link blog! Klik di sini.

Wassalam.


Jom Bertukar Link… Tingkatkan Trafik Pengunjung ke Blog Anda!

Saya nak offer satu peluang kepada anda.

Jika anda mempunyai blog dan ingin meningkatkan lagi trafik blog anda maka offer ini adalah yang paling sesuai.

Jom kita bertukar link atau dalam bahasa orang putih dipanggil link exchange. Bermakna link laman web blog (blog sahaja ya..) anda akan saya letakkan di blog saya seperti di bawah….

Teknik link exchange ni salah satu cara paling mudah dan free pula tu untuk menjana trafik ke laman web anda!

Sebagai timbal balasnya, anda pula meletakkan link laman blog saya ini (ZakiYusof.com) di laman blog anda nanti.

Jadi… kita sama-sama akan menjana trafik daripada blog masing-masing. Pengunjung-pengujung baru dan tetap yang melawati blog saya berpeluang menjumpai atau melawati blog anda. Manakala, pengunjung anda pula mungkin akan melawati blog saya.

Sebagai panduan, saya berikan statistik pengunjung yang melawati blog saya setiap bulan mulai blog ini ditulis. Statistik di bawah ni adalah pengunjung unik (Unique Visitors) yang mengunjungi blog saya. Jumlahnya semakin meningkat …

Unique Visitors bermakna pengunjung yang pertama kali menjumpai blog ini. Sekiranya, pengunjung ini melawat blog saya untuk kali ke-2 dan seterusnya ianya tidak dikira lagi.

Tujuan saya berikan statistik unique visitor ini ialah supaya kita dapat menilai dengan lebih tepat berapa ramaikah pengunjung baru yang menjumpai blog ini pada setiap bulan? Jika dalam sesebuah perniagaan, statistik seperti ini adalah penting kerana pengunjung baru seumpama bakal pelanggan-pelanggan baru. Jika tiada pelanggan baru tentu susah hati kan?…

Jika dilihat statistik di atas, blog ni mula ditulis pada bulan Ogos 2009. Pada masa itu trafik pengunjung ke blog ini tidak sampai 1000 sebulan. Namun ia semakin bertambah dari bulan ke bulan… hingga mulai Nov 2009 pengunjung unik telah melebihi 2000 orang / bulan.

Kalau anda berminat dengan tawaran ini, reply post saya di bawah dan nyatakan sekali link URL blog anda. Nanti saya akan melawati laman blog anda dan saya akan reply samada blog anda sesuai atau tidak untuk kita bertukar link. Dan salah satu kritreria utama saya ialah blog yang selalu dikemaskini.

Oh ya… link exchange ni untuk laman web blog sahaja ya.. laman web bukan blog tidak layak lah ya.

Balas post saya di bawah sekarang ya (jika berminat)…. saya mungkin akan menerima link dengan jumlah yang terhad sahaja. Jom kita bertukar link sekarang!


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress