Pernahkah anda mendengar nama event di atas sebelum ini?
… mungkin pernah atau mungkin tidak?… Tak pasti?
Sebenarnya, di Malaysia memang pernah diadakan sebuah event seperti ini. Untuk pengetahuan anda event ini adalah berkenaan perniagaan Internet. Namun event tersebut telah berlaku beberapa tahun lepas. Pada waktu itu ia mengumpulkan ramai usahawan-usahawan Internet dari Malaysia dan juga luar negara.
Seingat saya, antara Internet Marketer (IM) tempatan yang terlibat dalam event tersebut ialah seperti Patric Chan (dimana beliau telah diundang sebagai speaker).
Namun, dalam event tersebut semua bahasa pengantaraan dan persembahan adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi sememangnya semua perserta perlu memahami bahasa Inggeris.
Baiklah… itu cerita lepas. Kini saya nak kongsikan kepada anda satu cerita baru dan…. MASIH PANAS!
Kini, Malaysia Internet Summit (MIS) julung-julung kalinya akan diadakan pada tahun ini. Maklumatnya seperti di bawah:
- Tarikhnya: 21 hb, Febuari 2010 (Ahad).
- Tempat: PWTC, KL.

Bezanya MIS kali ini adalah perkongsian ilmu perniagaan Internet oleh para IM Malaysia dan bahasa pengantar dalam Bahasa Melayu.
Antara pengisiannya pula beberapa orang speaker yang terdiri daripada para IM tempatan yang dijemput khas (seperti nama-nama di bawah) akan memberikan persembahan kepada anda. Di akhir sesi akan diadakan pula sesi forum di antara para IM.
Antara IM jemputan yang akan memberikan talk istimewa pada hari tersebut adalah:
- Dr. Irfan Khairi
- Shuth
- SmartZul
- Gobala Krishnan
- Sabri Saifulsham
- dan lain-lain IM tempatan lagi.
Sememangnya acara seperti ini amat mengujakan. Kerana bukan senang untuk mengumpulkan mereka semua dalam satu acara.
Anda akan menerima banyak maklumat dan ilmu tentang perniagaan Internet dalam acara ini nanti daripada mereka. Saya syorkan anda harus mempertimbangkan untuk hadir ke acara ini.
Saya harap anda jangan lepaskan peluang ini. Ingat tarikhnya pada 21 Febuari 2010. (lama lagi tu.. tapi kena rancang awal untuk memudahkan anda nanti)
Tidak keterlaluan saya katakan, inilah acara terbesar pada tahun ini yang akan mengumpulkan para IM Malaysia. Dalam masa yang sama para IM ini pula akan berkongsi ilmu menarik tentang perniagaan Internet sepanjang program MIS berlangsung.
Saya dimaklumkan pihak penganjur menyediakan tempat yang terhad. Dan sebagai penghargaan untuk 100 orang pertama, potongan diskaun RM100 daripada harga tiket akan diberikan. Tawaran diskaun ini hanya tinggal 39 tempat sahaja lagi.
Untuk mengetahui cara penyertaan dan maklumat MIS sila klik di bawah ini:
P/S - Saya juga telah diundang sebagai salah seorang IM jemputan. Nak tahu slot mana saya akan muncul? Klik di sini ..



January 21st, 2010 on 9:13 am
Salam,
Wow! hebatnya program nie.. boleh tahan.. saya juga ada dapat email mengenai seminar jom bisnes 2010. harganya agak murah dalam RM 120.00 per pax.. dua2 seminar pun menarik.. pergi jangan x pergi..
January 21st, 2010 on 9:25 am
Bagus event ini! Ianya memberi peluang membuka mata ramai lagi rakyat Malaysia terlibat dengan Pemasaran Internet.
January 21st, 2010 on 9:53 am
Bagusnya event ni gunakan Bahasa Melayu.
Semoga makin banyak event seperti ini diadakan
supaya ramai rakyat Malaysia semakin celik
tentang perniagaan dan pemasaran internet.
January 22nd, 2010 on 11:47 pm
Salam Tuan Zaki….
Hebat tuan Zaki neh., dah jadi salah seorang Otai IM. Besar event tu. Nak gak pegi rsnya….
Bila sya baca berita ne rsnya tringin gak nak jadi mcam tuan Zaki neh. Tak dapat jadi separuh…. suku pun tak pe lah. Apapun trinma kasih banyak2 d atas segala tunjuk ajar yg diberi. Dah laa yuran kelas BengkelWebsite.com yg tuan Zaki kenakan sangat murah, servis seumur hidup plak2.
Apa2 pun semoga apa yg dicita2kan success selalu…. InsyAllah.
TQ
February 2nd, 2010 on 7:40 am
Sudah lama saya tak menulis reply di sini… salah satu sebabnya ruangan komen dalam blog saya dah dipenuhi dengan komen-komen SPAM… bukannya sikit.. beribu spam yang masuk…
Akhirnya semua telah berjaya saya buang… langkah pencegahan telah dilakukan. Mudah-mudahan berhasil langkah pencegahan tu..
MIS2010 InsyaAllah pada bulan Feb nanti.. semoga menjadi realiti.
February 11th, 2010 on 12:42 pm
Hi Zaki, kalau dah guna WordPress sytem, activate kan Akismet. Akismet ni boleh filter kebanyakkan spam.. it works for me, about 98% filter sume spam..
About this event, I rasa nak pergi jugak.. tapi masih tengah teragak-agak.. congratulations for being a guest speaker of this event!
May 8th, 2010 on 1:26 am
Nampaknyer sudah ditunda ke 20 Jun 2010, tempat pula ditukarkan ke PICC
source:
http://www.wangcyber.com/forum/berita-and-pengumuman/28545-kenyataan-rasmi-malaysia-internet-summit-2010-a.html
May 8th, 2010 on 6:03 pm
Ya.. betul tu… memang telah diubah… semoga kali ni program ini berjaya..
terima kasih atas makluman.