Saya nak kongsikan kepada anda…
Anda boleh melihat banyak koleksi gambar dari album foto JTC, Bengkel Website, EzGuard dan banyak lagi di blog ini. Ada ribuan foto sebenarnya!
Koleksi foto-foto (yang dirasakan penting) ini saya kumpul dan simpan sejak saya memulakan perniagaan Internet saya secara sepenuh masa iaitu mulai 1 Feb 2007 (tetapi bukanlah kesemuanya..). Asalnya foto-foto ini hanya disimpan di dalam komputer saya sebagai rujukan dan kenang-kenangan sahaja.
Oleh kerana menyimpan koleksi foto-foto di komputer ada risikonya seperti pc rosak dan sebagainya, maka saya juga meletakkan foto-foto ini di dalam album foto online yang boleh saya akses dimana-mana melalui Internet. Jika gambar hilang pun tak jadi masalah… sebab saya boleh dapatkan semula di album foto Internet ni.
Untuk melihatnya, klik di sini.
Tahukah anda? Saya menggunakan software percuma yang dinamakan Coppermine Photo Gallery untuk membuat album foto online ini. Walaupun percuma tapi ianya canggih dan memudahkan saya untuk melihat atau mendapatkan album foto ini bila-bila masa dan dimana saja bila diperlukan.
Anda ingin mencubanya?
Jika anda ingin tahu cara membina album foto online ini, anda boleh lihat video tutorial panduan di bawah ini: (tentu anda masih ingat, saya pernah memberikan video tutorial panduan ini kepada anda satu masa dulu..)
Klik di sini video tutorial bina album foto online.
Untuk melihat album foto, klik di sini. Anda juga boleh memberi komen pada foto-foto di sana.

January 11th, 2010 on 10:21 pm
Salam Lebai;
Satu ilmu baru bagi saya… dulu banyak gambar2 saya ilang (3x PC losak, uwaaa), INSYAALLAH, ada masa saya belajar, dan simpan foto on9…syukran Lebai, hehehe
January 12th, 2010 on 8:15 am
jutaan terima kasih buat sifu en Zaki yang bukan sekadar menyampaikan ilmu l/web dll. tapi masih terus menerus menyampaikan maklumat dan pelajaran hingga bila-bila. inilah untungnya jadi ahli kelab zaki jtc. yang penting silatul rahim terus. semuga Allah berkati kita semua. salam.
January 12th, 2010 on 9:40 am
terima kasih… semoga terus bersilaturrahim w/pun secara maya…