Semalam selesailah bengkel website di JTC. Inilah bengkel pembuka tirai tahun baru 2010 di JTC. Semua yang datang dan saya juga rasa teruja sempena tahun baru ni. Mungkin semangat tahun baru.
Seramai 10 orang peserta telah menghadiri bengkel 2 hari ini yang bermula pada 2-3 Jan 2010. Peserta paling jauh iaitu Pn. Saliha yang terus terbang dari Penang pagi itu. Walaupun ditakdirkan terlepas penerbangan ke KL yang dirancang pagi tu, tapi dengan semangat yang tinggi telah membeli tiket baru untuk datang juga ke bengkel. Wah… memang tabik betul dengan semangat beliau kan!
Wah… Syabas!! hebat anda semua kerana berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Ilmu yang diperolehi bolehlah dipraktikkan ya. Apa tunggu lagi.. jalankan perniagaan Internet anda sendiri selepas ini ya!
Sebelum balik ada hadiah istimewa untuk peserta yang bertuah. (tapi bukan cabutan bertuah ya…)
Dari kiri: Zaki, Jamil, Hamdi, Rudy, Yakin, Husaimi, Faridah, Azidah, Roslinda, Hazalina, (tiada dalam gambar kerana terpaksa pulang awal untuk flight - Saliha)
*maaf kualiti foto agak gelap.
Klik di sini untuk foto-foto seterusnya…
Anjuran: BengkelWebsite.com







January 12th, 2010 on 6:28 am
salam..
semoga sejahtera dan sentiasa dibawah perlindungan Allah..
tuan bila program terkini? saya berminat untuk menyertainya
January 12th, 2010 on 9:39 am
program terkini bengkel website belum ada tarikh terbaru lagi.. sebab jadual saya agak padat sekarang ini…
kalau ada tarikhnya saya akan update dlm web @ emel..
rajin2 lah check emel @ web nanti ya..
terima kasih.
January 18th, 2010 on 9:44 pm
salam..
tuan saya pun berminat nak menghadiri bengkel website di puchong sebab saya tinggal di seksyen 28 shah alam. kalau dah ada tarikh email kat saya ye.
terima kasih
January 21st, 2010 on 2:11 am
ok… nanti kalau dah ada tarikh terbaru saya akan update dalam blog ini atau dalam web http://www.bengkelwebsite.com
February 3rd, 2010 on 12:45 am
salam…
saya memang hendak menghadiri sangat bengkel saudara bila tarikh terbaru untuk bulan FEB 2010 ni..