Apa itu pemasaran e-mel atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil e-mail marketing?
Secara ringkasnya sebarang e-mel yang dihantar kepada seseorang dengan tujuan atau objektif akhirnya untuk perniagaan (seperti promosi, perkenalkan produk dan yang seangkatan dengannya) adalah dikenali sebagai pemasaran e-mel atau e-mail marketing. (rujukan wikipedia)
Anda tentu pernah menerima berbagai-bagai e-mel seperti ini. Saya pun banyak menerima e-mel seperti ini sehinggakan penuh kotak emel saya tetapi kebanyakannya daripada penghantar yang tidak saya kenali.
Sebenarnya e-mail marketing adalah salah satu teknik pemasaran yang berkesan dalam perniagaan. Teknik ini telah digunakan sejak dulu lagi sehinggalah sekarang kerana komunikasi emel masih relevan.
Antara kelebihan menggunakan pemasaran emel:
- Jimat kos. Tiada caj untuk menghantar emel.
- Emel akan sampai terus kepada penerima.
- Tiada sempadan. Mana-mana prospek di seluruh dunia boleh menerima emel.
- Boleh meletakkan seberapa banyak maklumat pemasaran di dalam emel samada teks, gambar, lampiran atau video.
- Boleh meletakkan link laman web di dalam emel. Penerima emel boleh terus klik untuk ke laman web produk anda.
Tetapi, dari pemerhatian saya di Malaysia, masih banyak organisasi atau individu tidak menggunakan kaedah ini.
Jika ada pun, mereka menggunakannya dengan kaedah yang salah. (tetapi pada anggapan mereka dirasakan betul). Hakikatnya hanya Internet Marketer yang boleh mentafsirkan kaedah mana yang betul dan salah.
Kenapa saya kata demikian? Ini kerana kebanyakan mereka (saya merujuk kepada sales person) mempromosikan produk mereka melalui e-mel dengan cara menghantar e-mel kepada satu kumpulan prospek atau pelanggan-pelanggan mereka secara manual.
Mungkin mereka mempunyai 100, 1000, 5000, 10000 bahkan ada yang beratus ribu alamat atau senarai emel.
Senarai emel di atas juga dipanggil sebagai e-mail list.
Apabila mereka hendak menghantar e-mel kepada pelanggan atau prospek (guna e-mail list tadi), maka mereka akan menghantarnya menggunakan akaun e-mel peribadi mereka seperti yahoo, gmail, hotmail dan sebagainya atau menggunakan akaun e-mel syarikat mereka.
Kaedah ini dinamakan e-mail blast.
Akibat daripada cara ini, ada di antara e-mel ini (kebanyakannya) tidak diterima terus ke dalam kotak emel penerima. Sebaliknya ia masuk ke dalam kotam Spam atau Bulk.
Bagi kebanyakan kes, apabila penerima tidak mengenali siapa penghantar emel, maka penerima akan melabelkan emel yang diterima sebagai Spam di dalam sistem emel mereka.
Oleh itu, penghantaran emel seterusnya oleh penghantar hanya sia-sia sahaja kerana emel yang dihantar akan terus masuk kek kotak SPAM atau BULK dan bukannya di dalam kotak INBOX seperti kebiasan emel lain.
Sebenarnya sekumpulan senarai emel yang dihantar oleh seseorang tanpa ada restu atau persetujuan daripada penerima juga adalah dikenali sebagai Spam.
Di dalam undang-undang siber, melakukan SPAM boleh didakwa sebagai melakukan jenayah siber (Spam Act).
Untuk mengatasi masalah ini, hanya ada SATU sahaja penyelesaiannya. Dan inilah juga cara dan kaedah pemasaran e-mel yang betul. Ianya adalah 100% dijamin sah dan selamat.
Iaitu dengan menggunakan Sistem Autoresponder.
Dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh mendapatkan kebenaran daripada prospek samada beliau bersetuju atau tidak untuk anda menghantar emel kepadanya.
Sekiranya bersetuju, anda boleh menghantar kepada sekumpulan senarai emel pada bila-bila masa sahaja. Anda boleh menghantar kepada sejumlah prospek tanpa ada masalah.
Dan lebih menarik lagi setiap emel yang anda hantar tersebut boleh disertakan nama sebenar penerima.
Dengan cara ini, hubungan komunikasi anda dengan prospek menjadi lebih mesra dan tidaklah menampakkan bertujuan untuk jual beli semata-mata tetapi lebih kepada menjalin hubungan yang baik terlebih dahulu.
Anda boleh juga mengingati no telefon bimbitnya, asal usulnya, bulan kelahirannya dan sebagainya (tanpa perlu menyalin dimana-mana) walaupun anda ada ribuan malah ratusan ribu senarai e-mail.
Bukankah senang dan canggih begitu?
Dimanakah anda boleh mendapatkan sistem autoresponder ini?
Sebenarnya ada banyak sistem autoresponder yang terdapat di seluruh dunia. Tetapi anda perlu memilihnya dengan berhati-hati. Ada yang berbayar dan percuma.
Namun, berbayar adalah yang terbaik. Di antara berbagai sistem autoresponder berbayar yang ada, hanya ada 2 pilihan yang terbaik di dunia.
Iaitu:
- Sistem Aweber di Aweber.com
- Sistem Getresponse di Getresponse.com
* Untuk pengetahuan anda, saya menggunakan sistem Aweber sejak mula menceburi perniaagaan Internet sepenuh masa hingga sekarang untuk pemasaran e-mel perniagaan Internet saya. Ianya memang terbukti berkesan.
Anda boleh mencuba menggunakan sistem di atas. Mereka menyediakan kemudahan trial. Cubalah kedua-duanya…. tetapi saya sangat mengsyorkan Aweber kerana ia digunakan oleh kebanyakan Internet Marketer (IM) di dunia. Namun kedua-duanya adalah yang terbaik buat masa ini!


January 13th, 2010 on 9:07 am
Terima kaseh sifu yang disayangi yang tak pernah mis menghantar maklumat bernilai. inilah keuntungannya yang pernah belajar dibengkelwebsite.com.
January 13th, 2010 on 12:58 pm
sama-sama.. semoga kita sama-sama dapat manfaat…
kalau tuan hj. ada info menarik pun boleh dikongsikan sama…
January 13th, 2010 on 11:10 am
thanks, good information
January 13th, 2010 on 12:59 pm
thanks… insyaAllah kita belajar sikit-sikit lama-lama jadi bukit….
January 13th, 2010 on 11:27 am
TQ for your offer to this email responder. I am interested in this way.
January 13th, 2010 on 1:00 pm
sama-sama… terima kasih kerana melawat blog ini… semoga bermanfaat..
January 13th, 2010 on 2:49 pm
Salam semua, istimewa bro Zaki:
Kalau kita ‘tersangat baru’ dan tidak begitu yakin dgn autoresponder berbayar untuk mendapatkan list, kita bole memasang autores secara percuma terlebih dahulu, apabila list dah ramai dan kita ada sedikit keyakinan…kita bole dptkan ‘autoresponder berbayar’ pd masa itu…
ps; dulu Bearnd Bonly ada jual ebook “Bagaimana memasang autoresponder percuma”, sekarang tidak lagi rasannya…sesapa yg nak cuba pasang sendiri skrip autores, bole tanya aku pasal ebook tu!
January 14th, 2010 on 8:48 am
ya… kalau nak belajar tentang autoresponder boleh la guna yg percuma dulu… @guna yg trial period pada sistem autoresponder berbayar..
cuma list sedia ada (yg percuma) nanti kena export masuk dalam autoresponder berbayar.. kekadang banyak list yg terlepas… sayang juga…
tapi kalau memang matlamat nak buat internet bisnes secara pro…sgt disyorkan guna autoresponder berbayar… investment yg tak merugikan kalau digunakan sepenuhnya…
January 14th, 2010 on 8:45 pm
YA BETUL!!! akhirnya kita terpaksa guna yg berbayar…apa sahaja (blog, web dsb)! yg berbayar ada GAYA, MUTU & KEUNGGULAN.
ps; kalo pakai yg free kene rajin backup agar list tak ilang, huhuhu
January 13th, 2010 on 8:11 pm
banyak saya dapat pada kami yang buta it ni.hasil penerangan cik zaki.maklumlah ia sangat berguna ke
January 13th, 2010 on 8:15 pm
banyak kami dapat hasil penerangan en. zaki maklumlah ia sangat berguna kepada kami yang buta it ni.
January 14th, 2010 on 8:50 am
sekadar berkongsi info… kalau bagus boleh la sebar-sebarkan… lg satu jgn beli email list yg dijual.. w/pun dia offer 1 juta list dengan harga yg murah…
January 14th, 2010 on 2:09 am
thanks atas maklumat Tn Hj ,ada dalam makluman.Berbayar katanya mahal.Kalau salah maaf aja…..
January 14th, 2010 on 8:51 am
ya ka mahal?… . tapi ada juga yg kata murah.. sebab return untung biz dia lebih2 dari bayar autoresponder…
January 14th, 2010 on 11:25 am
Terimakasih semoga bermanfaat bagi saya yang sedang belajar berniaga diinternet..
January 14th, 2010 on 5:03 pm
wah harus sering2 berkunjung nih maksih ust
February 17th, 2010 on 12:18 pm
tq bro, good information, sy nk tnya pendapat u all…..sblum ni sy pernah cuba bidang internet marketing dgn seseorg IM yg telah BERJAYA dlm bidang internet marketing. tpi sy telah GAGAL dlm bidang ni!
February 18th, 2010 on 7:21 am
tuan perlu belajar lagi dan lagi… jgn putus asa..
kalau satu guru mungkin tak cukup… kena cari guru lain..
tapi sebelum tu tetapkan dulu matlamat internet marketing macam mana yg tuan fokuskan.. kerana internet marketing ni luas bidangnya…
itulah pendapat saya yg serba ringkas… untuk lebih mungkin perlu melihat apa kemahuan & kehendak tuan yg sebenarnya dan perlu buat kajian dimana punca kegagalannya…
October 10th, 2010 on 6:16 pm
saya dah pernah belajar dengan Encik Zaki, kalau tuan ingat, web saya (alatcegahpencuri) dari Batu Pahat, saya ingat nak belajar lagi lebih mendalam mengenai autoresponder atau aweber, kalau dah mahir saya pilih yang berbayar, sebab kegagalan saya yang lepas ialah tidak mengunakan samada sistem aweber atau Sistem Getresponse. Tetapi kali ni saya nak masukkan di web saya yang baru. Apa pendapat Encik Zaki.
October 18th, 2010 on 4:58 pm
Salam tuan,
ya saya masih ingat lagi… bagus sgt kalau nak guna autoresponder yang berbayar… cuma samada autoresponder tu nak pasang sendiri ker?… tapi kalau nak belajar dulu boleh subscribe trial cth: aweber.com atau getresponse.com … dalm tempoh sebulan bolehlah belajar pasang dan ketahui workflownya…
Memang aweber satu alat yng paling penting dalam sesebuah laman web…
Sangat bagus jika ada… jika tiada umpama menangkap ikan menggunakan pukat yang koyak..